Monday, October 18, 2010

My name is Al Mubarakah and i'm not a terrrorist.

current

book: Have A Little Faith by Mitch Albom
film: My Name Is Khan by Karan Johar
youtube: Artis Malaysia 1 by Uztaz Kazim Elias
music: Someday by Sugar Ray

I am smitten with the film i've watched last night, My Name Is Khan. I'm so into the book i'm still reading, Have A Little Faith by my favourite author, Mitch Albom. these two contents of different medium moved me to endure hardship of sustaining iman within you. Yes Faith. The only thing that can keep us closer to God, just between you and Him, personally. Sometimes we feel we fail him, as for me, i'm trying not to be too judgemental towards myself or anyone else, because Allah knows best, He knows whats our Iman's worth. What we need to do now is fulfil our duties, do good deeds and be grateful. See how beautiful faith can be wonderful? The contentment. Please reward that to me Allah. The point i'm writing this, is a way of me recommending others, to watch My Name is Khan or read Have a Little Faith. InsyaAllah, hopefully it will intrigue the iman in you like these two medium did upon me. Sorry the film and book had long been distributed, i only my hands on them this month.

I'm now watching the 3rd part from 8 parts of uztaz kazim's preach on Yassin & Toha, names for Rasullullah S.A.W. And forgive me, i did't know before this, i often said no one is perfect. I take back my words on that,. There was, He is Rasullullah. Man of Perfection. And you know if i have time machine, i would love to go back to the time while Rasullullah S.A.W. is still alive, even for 5 minutes, i want to see and thank him for his dakwah, sharing and passing Al Quran and his sunnah to us and future generation. He is truly a remarkable man of God. May Allah bless Him and us all.

Do i sound too religious in this entry.?ok i go easy. i'm still the Nana you know. And i'm not a preacher. Pardon me if i went overboard, i'm just sharing what i'm found out and feeling right now. Sharing is caring right?

Let me see, i rarely suggest blogs because i only read blogs when i have sweet apple time like now. I apologise i update myself with your blog once a month or so. So to share with others, besides facebook, i'm currently reading this blog : http://www.leokid.wordpress.com/. introduced by my housemate. Good stuff. simple, direct and informative, not so cheesy mushy like mine.

As in for music, let me be frank, these days, what is on the radio, sounds like lady gaga or akon, is too advance for my liking. i'm still into 90's music, i prefer sound mixtures of rock, r&b, pop and less discotechque. so for this moment, i go back way back to 1999. a song named someday by sugar ray. easy listening. loads on feelings. hehe yeah right! Mestilah feel sendiri! I dedicate this song to all my family member and fellow friends, you know what? My life would betremendously devastating without all of you. Thanks for accepting me in your life. I appreciate you. Yes all of you. Syukran!

May Allah have mercy and instill iman in us. Amin.

Sunday, October 10, 2010

ketepatan 101010

teringat pesan professorku pada aku dalam kuliah falsafah.
tentang hidup. tentang kebetulan & ketepatan.
tajam pandangan matanya terhadap setiap seorang siswi & siswa tika itu.
caranya bukan mengubah. cuma menganjak hati aku secara tidak langsung.
hingga sekarang kata-katanya melekat pada benak jiwaku.
bilangnya " setiap pekara dalam dunia ada sukatan. maka fikirkan.
kalau kau rasa kebetulan, cari punca kebetulan itu dan mula bersukat permulaan
dan kalau boleh hingga pengakhiran.
mungkin kau jumpa ketepatan dalam kebetulan tadi.percayalah,
ia telah termaktub dalam Al Quran."
oleh itu, aku sentiasa mengira, membilang, mencatu, menyukat mengenai serba serbi pekara.
and it's for real bila orang kata "everything happens for a reason"
lebih kurang kebarangkalian untuk pengetahuan aku sendiri.
tidak terkecuali tentang keindahan sukatan aku dan si bumi ,
aku prihati detiknya mula pada 05.05.08.
dan pada hari ini, 10.10.10. sudah masuk 888 hari aku bersama dia.
cantik sukatan Allah kurniakan pada ikatan aku dan dia.
adakah ini satu kebetulan?
aku harap bukan.
aku harap dia tepat untuk aku. aku tepat untuk dia.
sampai bila-bila, InsyaAllah.
awak, happy 888th days together.
i'm still counting these beautiful days being with you.
dengan cinta,
nana suleiman

Friday, September 10, 2010

dam dam dum bunyi perut saya mahu diisi ketupat, rendang daging, ayam masak merah, nasi beriyani,soto ayam, laksa johor, kek lapis dan kuih-muih.

Aidilfitiri tahun ini azam saya adalah untuk tidak bergundah gulana. walaupun kenyataannya setiap tahun bila ramadhan hendak berakhir saya akan bersedih sebab roh arwah ibu abah saya harus pulang ke pusara dan kembali dihitung di sana. yang saya doa mereka ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah insyaAllah.

Lebaran kali ini saya sambut di rumah ampang sahaja. tidak pulang ke kampung halaman di johor bahru. maunya tidak merindui tempat saya lahir dan dibesarkan tapi saya patut sangat bersyukur sebab Alhamdulillah saya dapat juga menyambut aidilfitri dengan kakak, abang ipar dan adik saya dengan penuh sederhana tetapi cukup buat saya gembira. Saya harap saudara mara dan sahabat di kampung halaman memahami keadaan saya. Saya rindu dan tidak pernah lupakan kalian. (pergh macam duk overseas tak balik 20 tahun je bunyiknye)

Saya paling suka pasal raya ini kan adalah kesempatan bermaaf-maafan dengan telus ikhlas dengan semua orang, persediaan sebelum raya, mengemas rumah dan menolong famili masak lauk raya, lepas itu dapat pakai baju kurung raya baru ( saya memang suka baju kurung, rasa macam nak beli 30 pasang untuk 30 hari raya, melampau dan mustahil), kemudian dapat menonton televisyen, makan dan tidur tanpa henti dan menjamu para tetamu dengan hidangan aidilfitri.

Saya bersyukur dan berdoa agar semua muslim dan muslimah dapat merasakan keberkatan dan nikmat syawal dengan cara mereka tersendiri walaupun kita tahu ada yang bersedih malah diduga dengan pelbagai pekara bulan syawal ini tapi kita perlu, sangat perlu bersabar dan optimistik dengan ketentuan Allah. Kita juga sesama umat harus tolong menolong dan ingat pada yang kurang bernasib baik kan?

Sempena hari raya ini, saya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin pada semua. singkat sahaja ucapannya tapi dalam maksudnya. saya betul-betul mohon kemaafan sesama kita terutamanya anda yang pernah mengenali saya. itu perlu untuk kedamaian jiwa kita bersama. serius ni, rasa lega dan nikmat dalam hati bila kita dah dimaafkan dan maafkan orang lain kan kan ? ;)



p/s : saya gila minat 4u2c dulu ok. hehe lagu raya ini pun saya suka selain lagu raya anuar zain nyanyi masa dia kecik tu. hehe maaf audionya kurang berkualiti. selamat hari raya!

Thursday, September 9, 2010

TAK KYOOT!

ok. ramai tegur aku. "nana ni apa yang tak cute?"
sampai ada rakan berseloroh dengan aku tika melintasi gerai durian dan tong sampah pun berhenti dan mengejek cara aku menyebut " durian dengan tong sampah ni CUTE, na suke"
dan peristiwa ketika penggambaran dokumentari, aku dapat menyaksikan babi hutan dan anak-anaknya lintas di jalan raya tepi hutan pahang pun aku cakap cute. yang itu, ramai kawan tak boleh terima.tapi aku rasa memang cute. terkedek-kedek anak-anak babi ikut ibunya. cutekan?
definisi cute, comel, suwit setiap kali aku ungkapkan adalah kerana aku suka dan terima pekara itu seadanya. kalau aku dah kata chumel tak semestinya rupa bentuk sangat pun tapi lebih pada karekter, pekara atau sesuatu situasi itu sendiri. perbuatan yang baik pun chumel pada aku. maknanya kalau aku kata kau cute tak semestinya aku samakan kau dengan babi hutan melintas jalan raya dengan anak-anaknya ok? semua benda dalam dunia ini ada kecomelannya yang tersendiri. tiada spesifikasi. as long as it makes me happy to say it,i will say it sincerely simply because i appreciate it. bukan untuk menyedapkan hati sesiapa pun, lebih kepada kepuasan hati saya sendiri bila mengatakannya.
tapi memang ada yang langsung tak cute bagi aku, doesn't make sense to me. antaranya:
  1. orang bergusti. WWF ke WWE tu semua. kenapa perlu wrestling menyakitkan orang lain, dengan drama segala tambah dengan seluar dalam ketat dan peluhnya? sungguh tidak cute!
  2. orang berkawad. ok aku tahu orang kata untuk lebih berdisplin. abis kalau tak berkawad tak berdisplin? dengan nak menghadap hujan panas, dengan nak ikut pergerakan serentaknya lagi. adui. displin datang dari dalam bukan dari latihan kawad. mungkin aku tak nampak kecomelan dalam berkawad cuma penyeksaan mental dan fizikal.
  3. ini mungkin lebih umum. semua orang sama kot. aku memang sama sekali tak boleh berkawan rapat dengan orang yang kerek atau cakap besar. aku tak kira yang apa dikatanya semua betul belaka. bukan iri hati tapi tak perlulah kau canang yang kau baik, kaya, pandai, alim atau apa sahaja, tak perlu beritahu aku. sebab kalau ia pekara itu benar atau ikhlas, aku pasti akan tahu sendiri juga akhirnya. tak cute langsung, cuba kau rileks je boleh kan?
  4. yang ni pun sangat umum, aku rasa paling tak cute apabila ada manusia yang sampai hati seksa, rogol, bunuh sesama manusia mahupun haiwan. yang membuang bayi lagi. sungguh aku tak faham! macam mana boleh timbul nafsu nak menyeksa. merogol atau membunuh? ini pekara yang aku paling kasihan. kasihan pada yang menjadi mangsa. ini juga pekara aku paling takut. takut aku lebih pada ketakutan aku boleh berubah jadi sekejam itu daripada menjadi mangsa. sumpah aku takut jadi jahat tanpa aku menyedarinya. kalau kau perasan aku berubah walaupun sedikit, tolong doakan dan tegur aku, kalau aku degil juga, tolong pukul aku sampai aku sedar yang aku salah.
  5. ini nampak ringan, dan memang tak cute sama sekali dan boleh menimbulkan kemarahan aku. aku paling tak suka orang yang berkasar dengan ibu bapa mereka. jangan buat macam ini depan aku walaupun masa itu ibu bapa membuat silap pada kau. tegur mereka seelok yang mampu. tolong. aku alergik, bukan sahaja aku boleh pukul kau malah aku nak sahaja ambil emak dan abah kau jauh dari kau. aku tak sanggup lihat manusia yang bergelar ibu abah dikasari. kalau kau tak mahu mereka, bagi aku. aku sanggup bela mereka macam ibu dan abah aku sendiri.

ish. aku rasa aku teremo. tapi betul la kan, bukan semua benda indah, dan bukan semua bendanya cantik atau dalam kosa kata hidup aku, bukan semuanya cute dalam dunia ni. tetapi selagi kita berakal fikiran dan menpunyai hati budi, tolong hormat dan hargai apa yang ada pada kita, orang lain dan alam semesta. bukan mudah tapi aku percaya kita boleh nampak semua kebaikan walaupun diduga jika kita bersabar dan berusaha memperbaiki diri dan keadaan dari masa ke masa. insyaAllah.

thank you korang rajin baca entri ni. korang memang cute! hahahaha.

eh esok dah raya ek? sedih le plak Ramadhan dah habis. apepun selamat hari lebaran. muga Allah terus memberkati Syawal ini, insyaAllah.

.

Tuesday, August 10, 2010

Lengkap Semula



Bismillahirrahmannirrahim.

Akan kubina sebuah jambatan emas
demi menghubungkan aku denganNya
akan ku reka mesin merentas masa
supaya dapat bersamaNya setiap masa dan ketika

Akan ku rakamkan semua saat indah
bersamanya ke dalam sebuah pita video
akan ku lakarkan sebuah lukisan
untuk menggambarkan keagunganNya

Diri ini lengkap kembali
bila bersama denganNya
denganNya rasa cukup gembira
tak mungkin ada selainNya

Akan ku ciptakan sebuah kapal angkasa
untuk ku pergi ke sana bersama-samaNya
akan ku bina istana semegah Taj Mahal
sebagai tanda kasih sayangku
yang kekal abadi

Ya Ilahi,
I may not be perfect so please guide me all the time and all the way to you.
Lengkapkan Al Mubarakah dengan iman dan takwa.
InsyaAllah.

Salam Ramadhan to all brothers and sisters, this month may just be our last month of mercy, forgiveness, and freedom from the Fire, and we might never be able to see another one again. Let’s not let it go to waste, insyaAllah.
May Allah bless us all.


*credits to Butterfingers for the inspirational song. ;)

Wednesday, July 7, 2010

spesifik

dalam hidup, aku terlalu fleksibel. neutral.

semua yang aku mahu serba serdehana.

tapi kini satu rasa membuak-buak sergah mahu aku segera tatap kembali.

mengadap ilmu.

bukan untuk jaminan orang pandang tinggi atau keutuhan kewangan buat aku.

tapi ia semata-mata makanan untuk jiwaku.

spesifiknya, aku mahu sambung belajar.

aku mohon Tuhan, buka lapangan itu seberapa luas untuk aku.

Wednesday, June 30, 2010

seven days in sunny june

I woke up on an idle tuesday of june. half of 2010 is almost gone.

and I tought to myself, how much have i done?

because quite frankly sometimes I feel complete even I can't be perfect and that's good enough for me.

Thank you God, I just wish I'm more faithful to You like You always have for Me. InsyaAllah.



p/s: this is my favourite june song. what's your favourite month song?