Tuesday, May 13, 2008

bulan sedang sakit

bulan hampir mengambang penuh.
warna seperti sedang sakit.
pedih.merah jingga. pekat dan gelap.
arwah ibu kata kerana mengikut rasa si pemimpin.
mungkinkah pak lah sedang tidak lena tidur?
adakah pak lah sedang beristighfar panjang?
mendoakan yang terbaik buat negara yang sedang dipimpini?

sambil sang isteri mak jean (dengan masker di muka) mengusap lembut bahu suaminya
"you need to get enough sleep, tomorrow is going to be a long day, dear"

pak lah dengan loghat utaranya menjawab,
"depa sema duk rusuh ja. depa dak paham pesaipa. naik luruh jantung duk pikiaq dari tadi. serba dak kena.. takpa lah maknya pi tidoq dulu neh,"


tidak memihak. cuma sekadar terlintas dalam fikiran saya. kita terus menerus menyalahkan pemimpin. tapi harus juga kita tahu, dia. sama seperti kita. manusia. he can't be perfect. so let's not be so prejudice and judgemental. beri peluang. sesama manusia. mungkin si pemimpin juga ingin tidur lena.

Monday, May 5, 2008

bahasa perasaan

biarpun sejuta puisi
biarpun ada ragamnya
aku cuma mahu memahami
aku juga mahu difahami
maka Ilahi, ajari aku bahasa perasaan.
kerana aku mahu dia rasa apa yang aku rasa.
CINTA

* aku gementar benar. aku rasainya kembali. bikin hatiku tersenyum. rasa seperti bateri sudah dicas. kali ini terbitnya dari utara. kenapalah dari dulu lagi aku cair dengan loghat utara? awat??

Thursday, May 1, 2008

pengakuan si insomnia

Aku memilih tengah pagi mencari sepi, senyap dan murni.

Aku memilih tengah pagi menghindari gaduh, riuh dan polusi.

Aku memilih tengah pagi menemui Maha Penciptaku, mengadu dan mengaku.