Sunday, February 14, 2010

ini hari bukan untuk kau lelaki silam

tengah hari tadi, secara kebetulan aku ketemu orang yang aku fikir tak akan jumpa lagi. dan paling pelik, aku tak rasa apa-apa. padahal dulu aku sering tertanya, apakah perasaan aku bila terserempak dengan lelaki silam. mungkin dulu aku mahu:

a) seperti mahu sembunyi dan berlalu pergi
b) kasi satu ayat tamparan dan berlalu pergi. 
c) lebih baik, tampar sahaja mukanya dan berlalu pergi.

tapi semuanya tidak. aku rasa neutral. walaupun kami bersemuka dan terdiam hampir 5 minit sebelum  bertanya khabar. 

perbualan diplomasi antara kami seperti 'dari mana, beli apa, sekarang buat apa, tinggal di mana'  boleh sahaja disoaljawab dengan senyuman. kemudian dia ajak aku minum secara kebetulannya lagi, tempat aku dan dia selalu pergi makan dahulu yang terletak kurang 10 langkah daripada tempat aku terpacak depan dia. dengan pantas aku jawab, tak apa terima kasih, aku minta permisikan diri. 

kemudian aku nampak mukanya terus merah. riak wajah bila dia tidak puas hati, sama sahaja seperti dahulu sempat dia bersuara  "lupakan kisah lama, aku nak ajak kau minum sahaja, tempat lama kita, lagipun kan hari ini hari valentines"

"tapi ini hari bukan untuk kau dan aku, dan kau pun tau aku dari dulu tak raikan hari valentines, aku pergi dulu" jawab aku yang sedang melangkah pergi.

seperti dalam drama melayu, lelaki silam menghalang langkahku, "boleh aku tahu, kenapa kau tinggalkan aku dulu? kau benci aku?"

aku macam air mengalir deras menjawab "kau tiada pada waktu-waktu aku paling rapuh, saat aku kehilangan arwah abah dan ibuku. aku tak pernah marah bila kau sibuk dulu tapi banyak kali aku cakap, jangan cuba beli aku dengan duit bila kau tak boleh bersama aku. aku letih mengingatkan aku tak nak harta kau, aku mahu kau sahaja. tapi kau lupa nilai kasih sayang. sampai kita tak sehaluan. oleh itu lebih baik aku pergi"

lelaki silam itu menghela nafas panjang "aku terasa serabut bila kau tak ada dan aku harap kau maafkan aku. betul kau cakap kita belajar menghargai bila kita kehilangan. kau tak marah aku lagikan? kau boleh terima aku lagi?"

"aku tak benci kau, tapi aku dah tak rasa sayang kau. aku tak rasa apa-apa dah. kau tak perlu minta maaf pun, sebab semua ini pengajaran untuk masa hadapan. terima kasih sebab berkongsi kasih tapi sudah lebih dua tahun kisah kita sudah bernoktah. aku harap kau faham." dan buat kali ketiga dan terakhir aku minta diri. 

aku tak ingin berpaling memandang reaksinya lagi. 

biarlah dia terus termaktub pada masa lampau aku sahaja. ya aku pernah kecewa dengan dia. tapi aku tak boleh benci dia, kerana aku pernah sayang dia. cuma jodoh tidak panjang. dan Allah itu Segala Maha. kerana Dia beri kita hati. nikmat paling kuat dalam diri kita. untuk rasa cinta, untuk rasa kecewa, untuk rasa bangkit, untuk kembali mencintai dan paling berharga, untuk merasakan yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. 

aku rasa hikmahnya hari ini, aku tak takut berhadapan dengan kisah silam aku dan aku sangat bersyukur dengan semua kasih sayang yang aku ada buat masa ini, dan aku berdoa sampai bila-bila, InsyaAllah.

** perbualan aku dengan lelaki silam dialih bahasa kepada 100%  bahasa melayu dalam blog ini. memang dari dahulu, secara peribadinya, kalau aku dalam keadaan tegang, aku lebih lantang berbahasa inggeris....tak tahu kenapa.. err sekarang ini, bagaimana aku nak cerita pada kekasih  aku tentang kisah ini. hendak dikhabarkan melalui corong telefon? kurang elok pula, lagipun dia sedang berada di kampung halaman. aku sedikit takut tapi aku tahu dia seorang yang rasional. atau aku patut diam sahaja sehingga dia baca blog ini?

Monday, February 8, 2010

setakat 2 bulan pertama 2010 ini

lama benar tak mengeblog kerana aku kembali pada yang asal, aku banyak menulis & melukis atas kertas sejak dua menjak ini. err aku tak tayang pada orang lain. maklumlah karya syok sendiri.. rasanya aku lebih ekspresif begitu..tapi itu bukan sebab utama aku kurang mengetik dalam laman blogspot ini. 

pertama sekali, komputer riba aku sudah rosak. hampir 5 tahun Dell bertahan. mungkin aku harus gantikan dengan yang baru. wang simpanan untuk itu tak pula aku ketepikan. so aku kena mula menabung untuk si Dell yang baru. nak mengeblog ni pun aku kena pinjam laptop abang ipar aku. hehehe. nasib baik dia cool kasi pinjam. 

keduanya, aku lebih banyak beraktiviti lain. paling kerap sekarang, aku suka menghadirkan diri ke bengkel usahawan  & ceramah agama. mungkin nurani aku kini lebih menuntut ilmu spiritual. dan tentang bengkel usahawanan, aku masih bercita-cita membuat perniagaan sendiri. mungkin aku akan mulakan pernianggan online dan  aku nak buka tadika aku sendiri sebab aku suka mengajar anak-anak kecil. sambil itu, aku nak tambah pendapatan supaya aku boleh sambung master, kahwin dan melancong ke serata dunia sebelum aku mati. 

aktiviti lain adalah melayan kerenah anak-anak saudara aku yang sudah berpindah dari Johor Bahru ke TTDI, Damansara. seronoknya aku tuhan saja tahu. lagi pula anak buah yang bongsu dah masuk taska. bijak bukan main. antara bingkisan syurga yg Allah beri padaku. nikmat berkasih sayang dengan anak-anak saudara. melihat mereka membesar bagaikan juara. tak tahulah aku kalau ada anak sendiri nantikan.

aktiviti sampingan tapi agak penting ialah mencari biasiswa dan universiti-universiti luar dan dalam negara yang sesuai dan boleh melayakkan aku menyambung sarjana sebelum aku jejak usia 30 an. aku harus kotakan permintaan arwah ayah aku untuk melihat aku menjadi seorang pendidik. setelah hampir 6 bulan aku berlatih mengajar kanak-kanak kecil, aku rasa aku sudah boleh bersyarah berbekalkan ilmu dan pengalaman dalam bidang layar perak. walaupun aku nampak ceria sebenarnya aku malu nak berhadapan dengan pelajar-pelajar, aku rasa aku tak cukup berilmu tapi pesan seorang kawan, kita akan jadi lebih berilmu apabila kita mengajar kerana secara tidak langsung kita mengulangkaji dan memantapkan lagi ilmu yang sedang diajar kepada orang lain itu. InsyaAllah ayah, na akan tunaikan permintaan ayah. 

owh ya aku tak sempat mengeblog tentang kisah aku menziarahi kampung halaman separuhku, ya aku memberanikan diri dan menerima pelawaan dia pulang ke kampungnya pada awal tahun 2010. the minute i walked into his house, i was welcomed by his family with so much warmth & love of a family. dan sepanjang 4 hari aku di sana, aku bagaikan sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarga dia. i fit right in (perasan sungguh) aku harap tak ketara sangat yang aku lebih suka berkepit dengan mak dan abah dia daripada dengan dia. mungkin aku memang senang bersama orang-orang berusia. aku suka menolong ibunya masak dan menyediakan makan. aku suka berbual dengan abahnya tentang sejarah keluarga dan kampung halamannya. dan yang pasti aku sebenarnya rindu bergaul dengan orang-orang yang bergelar mak dan abah. aku masih malu nak peluk dan kucup mak dan abahnya. tak tahulah kalau dah kahwin nanti, mungkin mereka akan jadi rimas kerana aku manja sangat nanti. hahaha. 

aku paling suka sawah bendang kiri kanan jalan. sempat juga aku memegang padi. mungkin negeri selatan tiada jelapang padi maka aku sangat teruja dengan padi. siap ke muzium padi! hehe aku memang suka sangat pergi muzium and exhibitions ni. hehe. Bandar Alor Setar pun yang aku tahu memang tenang, tetapi ada makanan yang lazat-lazat. aku jatuh cinta dengan nasi royal & keow teow iman. laksam utara pun sedaplah. lain sikit daripada laksam kelantan. 

sepanjang 4 hari 3 hari itu menjadikan aku lebih mengerti mengapa aku menyayangi dia. kerana dia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang. dia amat beruntung memiliki keluarganya itu. sounds cheesy right? but it's true, aku suka tengok family dia, adakala hampir menitiskan air mata melihat kemesraan sesama mereka. how i pray insyaAllah someday i will become apart of that big happy family. yang pasti adik beradiknya semua sempoi dan anak-anak saudaranya comel dan bijak. aku tidak kekok dan menjadi diri seadannya. err aku tak tahulah mereka suka aku ke tidak. aku doa mereka suka aku sebagaimana aku suka malah dah sayang mereka semua. i can't help it, aku memang senang sayang orang. i have so much love to give. oleh itu tolong tuhan, panjangkan jodoh aku dengan dia dengan keluarganya. dengan sahabat-sahabatnya. setakat ini, aku sangat bersyukur aku ada dia sebagai teman hidupku. Alhamdulillah. 

owh ya, aku akan jadi cikgu pendidikan seni sepenuh masa. dan jika berkesempatan aku terus kerja freelance pengarahan dan penulisan skrip. dan perniagaan online. insyaAllah. aku tertarik menerima jawatan tersebut, selain daripada minat seni dan kanak-kanak, ia juga menawarkan pendapatan yang agak berpatutan dan penting secara TETAP. bukan apa, aku teringin  nak rasa dapat gaji setiap akhir bulan. Selama aku jadi freelance, memang aku cemas dapat ke tidak job atau payment setiap bulan. dan bila ada job, dah siap, walaupun lumayan, kadang-kadang lambatnya dapat payment, ada kalanya tak dapat terus! dugaan tapi Alhamdulillah setakat ini, aku taklah susah tapi aku taklah sesenang mana. yang penting, tak membebankan orang lain. 

apa lagi ek? haaa makin ramai kawan aku tunang & kahwin tahun ini. standardlah dah masuk fasa 25 tahun ke atas, maka aku dapat banyak jemputan pertunangan & perkahwinan pada hujung minggu. dan sesuatu yang menjadi aku sedikit risau, aku selalu tak dapat pergi sebab aku tak available ketika majilis pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan aku. aku takut sangat mereka kecil hati. wahai kawan-kawan, harap mengerti ketidaksempatan tidak disengajakan dan aku doakan yang baik-baik untuk semua. tolong jangan tawar hati untuk jemput aku lagi, kalau tak sempat ke majilis pertunangan dan perkahwinan kamu semua, bolehlah jemput ke majlis harijadi anak-anak ke, majlis ulang tahun perkahwinan ke. hehehe. ini semua adalah untuk menyedapkan hati semua. harap mereka faham bahawa persahabatan mereka amat berharga untuk aku.

haa jangan tanya aku bila nak kahwin. jawapan aku tetap sama, sedang diusahakan.  sebab duit simpanan aku, nak beli bunga telur pun tak lepas lagi ya. lagipun tangan aku jadi sejuk bila orang tanya soalan itu, mungkin aku belum bersedia atas dasar kestabilan kewangan. ini yang aku tengah kumpul duit. oleh yang demikian, semua boleh berhenti menyoal dan teruskan doakan aku dan dia murah rezeki dan dapat diijabkabulkan insyaAllah. jangan risau, kalau aku kahwin, aku jemput semua. sungguh yakinnya aku. hahaha. 

setakat ini, semuanya Alhamdulillah. cuma telinga aku belah kanan ni sakit. bengkak belah dalam. dah 2 minggu aku sakit dan tak ke doktor. aku minum air kosong banyak-banyak sebab aku rasa badan aku panas dalam. tapi hari ini, lain macam plak rasanya, sampai aku rasa tersumbat dan macam cakap dalam air dan sering pening kepala. kalau malam ini telinga aku tak baik gak, aku akan ke doktor. aku sebenarnya tak suka jumpa doktor. tak tau kenapa. sebab dari kecik aku slalu sakit jumpa doktor, naik segan dan muak makan ubat. hehehe. 

haa dah lama tak mengeblog, dah mengeblog panjang lebar jadinya. Dalam semua pekara, aku mahu " YANG BESAR PUNYA" (macam iklan mi segera kegemaran aku, maggi asam laksa), semua mahu yang baik-baik sahaja, aku pun sama, maka aku doakan semua orang termasuk diri sendiri memperolehi yang terbaik dan tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan ini, insyaAllah.