secara lahiriahnya, semua makhluk Allah ada pasangannya. langit dengan bumi. bulan dengan bintang. siang dengan malam. perempuan dengan lelaki. tapi saya tak pernah setuju perempuan dengan perempuan. lelaki dengan lelaki. maaf tapi yang pasangan benar adalah sahih, bukannya salah atau terpesong.
dan adat manusia, haruslah disatukan...bila jodoh kunjung tiba. dan rakan-rakan sebaya saya (semuanya sudah berusia 24 tahun) memang akan sentiasa kemukan topik ini. topik hangat dan sangat common. soalan pencetusnya adalah
" bila nak kahwin?"
rakan-rakan perempuan ini akan terus menerus bercerita bagaikan penilik masa hadapan perkahwinan masing-masing. impian perkahwinan masing-masing. ada yang mahu wedding garden, ada yang mahu wedding by the sea, ada yang mahu tradisional, ada yang mahu mengalahkan perkahwinan artis. lucu dan chumel tapi semuanya dengan harapan yang sama, bersama dengan cinta sejati untuk selamanya. InsyaAllah.
saya percaya pada seruan jodoh. dan saya bukan seperti sesetengah perempuan lain. walaupun jika saya lanjut usia pun, sekiranya seruan belum tiba, saya tidak akan mendesak pasangan untuk berkahwin. dan saya yakin, sekiranya saya akan berkahwin, saya tidak akan membebankan sesiapa, terutamanya pasangan saya. saya mahu semuanya sederhana, yang penting selepas majilis perkahwinan itu nanti. fasa sebagai pasangan suami isteri, saya mahu pastikan ia sebuah perhubungan perkahwinan yang bahagia dan kukuh buat selamanya.
dan saya tidak mahu cemarkan kegembiraan rakan-rakan perempuan saya itu yang sedang rancak memperbualkan dan membayangkan saat mereka diijabkabulkan dengan menyatakan perasaan saya yang sebenarnya sangat sayu dalam hati.
saya tidak mahupun perkahwinan yang besar-besaran. saya tidak perlu bersanding atas pelamin, saya tidak mahu semua itu. saya hanya terbayang alangkah bermaknanya jika ibu dan ayah masih ada. saya mahu mereka lihat anak perempuannya ini bahagia menjadi seorang isteri, berumah tangga, bakal beranak, mereka akan dapat cucu-cucu yang chumel. tapi saya ini anak yatim piatu. tiada ayah untuk dijadikan wali. saya tiada ibu yang akan sibuk menyiapkan perkahwinan anak perempuannya ini. mereka tiada pada hari saya diijabkabulkan kelak. saya rasa amat pilu.
tapi saya tahu saya punyai keluarga dan rakan-rakan yang meraikan saya dan pasangan saya kan? saya akan ada ibu dan ayah mertua untuk saya meraih sedikit kasih sayang kan? saya akan bersama sang suami yang pasti mengasihi saya kan? insyaAllah arwah mama dan ayah akan tetap bersama saya pada hari perkahwinan nanti tetapi dari sisi Mu kan tuhan? saya sepatutnya harus bersyukur kan?
tapi mengapa hati saya lara setiap kali saya terkenangkan bakal hari perkahwinan saya sendiri? ;(