Thursday, March 24, 2011

pohon maaf,aku hambar namun rindukan semua.

Sebahagian diri rindui melimpah rasa dalam alam maya ini.sebahagian lagi menahan,bilangnya,dunia nyata tunggang langgang,masih berkeinginan mengetik ngetik.segera selesaikan tugasan dan tanggungjawabmu. Seperti mana terdampar blog ini,sebegitu jua akrabnya aku dengan yang lain.ntah apa yg aku kejarkan aku pun tiada pastinya.rindu berhujung minggu bersama keluarga.rindu ketawa bersama rakan taulan. Aku jua kurang punya ingin untuk beracara atau membeli belah. Hanya rasa letih,gusar dan mahu berehat jika berkesempatan. Aduh aku memberi seribu alasan tidak semena. Maaf blog,aku jarang berkongsi apa.maaf jua sekalian manusia.rasa aku masih sama. Hambar.mungkin faktor usia.aku tidak teruja dengan kehidupan.mungkin hanya pada anak tekak dan anak-anak kecil saja. Mungkin aku perlu tukar angin.dan kembali segar. Yang masih dicari untuk ditukar itu apa? Tuhan,beri aku jalan.