Tuesday, September 6, 2011

Fa Inna Maal' Usri Ushra

saya ada 15 minit untuk berkongsi cerita sebelum kelas seni visual bermula.

saya ada hampir 400 anak murid sekitar usia 7 hingga 9 tahun.

saya kerap membebel pada mereka. seni itu mungkin subjektif tapi masih satu subjek penting bagi pencernaan kreativiti mereka.

saya kini semakin akrab malah sayang pada mereka.

saya rupa-rupanya seorang guru yang senang cair dengan anak muridnya.

saya berdoa saya akan sentiasa diberkati dalam mendidik anak murid saya.

saya sedang berusaha. untuk masa hadapan mereka dan saya.

saya bagaikan perlu 48 jam sehari untuk siapkan semua.

saya perlu faham bahawa dalam setiap kesusahan ada kesenangan.

Fa Inna Maal' Usri Ushra.