Wednesday, April 16, 2008
Gerimis Semalam
Dulu kita berduaan
Saling mengasyikkan
Kini kau tiada
Tinggal ku sengsara
Hujan renyai semalaman
Tidak kuhiraukan
Laluku terdengar beduk bersahutan
Gerimis pun reda
Angin syahdu bawa berita
Kau telah tiada lagi
Pulang ke hadratnya
Tiada dapat kulihatdan dengar lagi
Wajah dan kata terakhirmu
Kumeratap pilu
Kelu hati kepasrahan
Kumelangkah longlai
Meninggalkan dikau
Tenang sendirian
Hanya doa kuhulurkan
Dalam tangis derai
Harap dikau tahu
Cintaku padamu
Tiada lagi senyum dan tawa
Meneman kita di saat berdua mesra
Hanya ku sendirian
Dalam gerhana senja menuju
Pusara usungmu di hujung desa
Penuh duka hampa
by Sheila Majid.
Jika arwah ibu masih ada, usianya 64 tahun hari ini. hampir setahun dia telah bersama Yang Empunya Dunia & Akhirat.
Iya aku redha ibu bersama ayah di tempat yang lebih baik. cuma rindu. rindu yang amat. rindu yang tiada hujungnya.
Sejak kehilangan ibu, tiada lagi aku mohon dipanjangkan umur, hanya berdoa segerakanlah menjemputku, tuhan. aku mahu seperti dulu bersama ibu dan ayah.
Dan tidak mahu sama sekali kehilangan ibu dan ayah lagi walaupun sesaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment