notice board saye sekarang dan dahulu. penuh dengan gambar dan aksesori. dari sekolah rendah, habis degree sampai dah kerja ni, notice board saye memang sarat begini. my very own exhibition. syok sendiri. dan setiap hari sebelum tidur dan selepas bangun..inilah wajah-wajah yang saya amati tanpa jemu dan penuh rase sayang..ecehhhhh.. ;)
*** i love the video. all my fav roll into one : lego + starwars + bohemian rhapsody
dua tiga bulan lepas, saya terpandang permainan pedang "light saber" di toys r us. harganya dalam rm200 ke bawah. saya memang gemarkan star wars. dan kalau saya berpendapatan lebih, ingin sahaja jadi pengumpul action figures. saya terus menyimpan niat untuk mendapatkan light saber pada masa hadapan.
tapi ketika saya menyuarakan hasrat saya itu pada kakak sulung dan kakak tengah (yang jauh lebih berusia dan matang), mereka gelakkan saya.
komen kakak sulung, "dah le na, kekadang nak kuar pun macah sikatkan rambut, dah 25 tahun dah, takkan le nak beli mainan lagi?
komen kakak tengah, "dari beli light saber, baik beli pinafore yang kak lynn cakap tu, lagi cantik, harga pun lebih kurang"
sheesh! apa salahnya jika saya memiliki light saber? boleh kan memain lelawan light saber (saya nak jadi darth vader) dengan anak-anak sedara, tak pun anak-anak jiran ke? kalau dah beranak sendiri, boleh saje regu dengan mereka.seronoknye.
i don't see any harm to unleash the inner child in ourselves, kan? heeee..no worries i am matured when it comes to life matters, i do get things done. i know i'll love the pinafore if i buy it.but i just need to have the light saber too. it's a matter of inner satisfaction..;P
adakah saya mahir membaca dan menulis jawi? jawapannya masih merangkak-rangkak.
saya mahu ke tiga tempat berlainan di dunia :- india. itali. mekkah.
ketiga-tiga negara mempunyai kekuatan bahasa yang indah, seni yang tak terucap dengan kata, budaya yang tulen dan unik. dan falsafah buat nurani yang melimpah ruah.
InsyaAllah saya akan jejakkan kaki ketiga-tiga negara tersebut sebelum saya kembali bertemu dengan Empunya Segalanya.
rizal jose, seorang penulis dari filipina berhujah, "mata pena lebih tajam daripada mata pedang" pak agi, seorang sasterawan tanah air pula menyatakan, "sebaris tinta, selautan makna" anak suleiman, seorang pemikir non linear menaakul, " lebih baik berdiam. tulis dalam hati. dan kongsi bila doa hanya pada DIA. kerana tiada manusia akan bisa faham jiwa manusia sendiri"