Bulan November menduga aku. dalam bab pemahaman.
dalam bab kepekaan. dalam bab kesabaran. bukan dalam satu pekara tapi segala.
Bulan November menduga engkau. dalam menangani. dalam mengharungi.
dalam menghayati.bukan kerana masa tapi kerana takdir dariNya.
Bulan November tepat tanggal tujuh 29 tahun lalu, lahirnya satu kelebihan satu barakah buatku.
Selagi utuh cinta, akanku teman kau sebelum ajal datang bersemuka.
p/s :
Api dari bumi. Air dari langit . Cukup seimbang teguran tuhan. Maafkanlah kami dan terima kasih Ya Ilahi kerana selalu mengingatkan kami yang sentiasa leka dan lepa.