Tuesday, November 2, 2010

semalam aku mimpi lagi

seperti sekuel yang berantai, kata orang pengaruh daripada fikiran pra sedar:
  1. satu jalan yang luas, ramai orang, di kalangan orang yang aku tidak kenal, dan aku berlari tiba-tiba terhenti. aku tidak menutup aurat. aku tidak berhijab. aku rasa seperti telanjang. aku menangis kemudian ada tangan menghulurkan selendang. aku terjaga.


  2. suatu tempat, ada seorang lelaki berjubah kelabu, berkopiah putih, kulitnya sawo matang, datang dekat padaku, membawa pisau, tiba-tiba aku menghulurkan tanganku, dia menyiat kulit tanganku, kemudia isinya, seperti daging kebab yang disiat. aku merintih sakit. dia senyum dan menyiat lagi. aku terjaga lagi.

  3. aku dalam kereta, arwah ibu memandu, tiga orang di belakang, mereka semua berbaju putih termasuk ibuku. mereka semua diam dan tersenyum tenang. di luar aku nampak semua putih dan menuju ke arah cahaya, tiba-tiba aku seperti disentap keluar daripada kereta itu ke tempat yang sangat gelap. aku mula menangis. aku terjaga sekali lagi.

  4. aku masuk ke rumah lamaku di johor bahru, sudah usang, tapi semua ahli keluargaku berada di situ termasuk arwah ibuku, kemudian aku dimarah oleh dua orang daripada mereka, mereka menangis kemudian ketawa, aku rasa seperti mahu berkata sesuatu, hati aku rasa sayu yang amat, tapi aku tidak sampai hati meluahkannya lalu aku keluar rumah daripada itu, yang aku capai masuk ke dalam satu beg guni adalah Dompet dan Al Quran. Sebaik sahaja aku melangkah keluar, roboh pagar rumah itu, dan sayup terdengar suara seseorang dari dalam memanggilku. Aku cuba menyahut kemudian aku terjaga daripada mimpi itu.

Tuhan sedang memberitahu sesuatu padaku. Aku banyak perlu memperbetulkan diriku. tapi tidurku tidak lena dan bangun dalam peluh dengan hati yang berdegup kencang. Ya Allah, tell me what have i done wrong? Let me fix it before anything get worse. Please Ya Allah, i beg u.Aku paling tidak suka satu perasaan yang boleh menghantui aku, perasaan bernama penyesalan.

No comments: