Ailena Ali, Before & after the treatment. |
Dua minggu sebelum pernikahan saya, Kak Lynn jatuh sakit. Cukup untuk menggemparkan saya sekeluarga. Kak Lynn pitam dan pengsan dan dikejarkan ke hospital. Aneurysm adalah penyebab otak Kak Lynn dibedah dan urat saraf yang bergelembung akan diklip supaya tidak gelembung kemudian pecah yang boleh menyebabkan pekara yang tidak diingini.
Kasihan Kak Lynn. Hati saya menangis lagi. Antara kakak yang saya paling rapat. Darah daging saya. Masa itu, semua dalam keadaan sedih dan risau amat sangat. Macam drama Melayu, masa Doktor cakap, Kak Lynn perlu dibedah seberapa segera, semua ahli keluarga saya menangis tak henti. Takut kehilangan Kak Lynn.
Tak dapat bayangkan. Seperti menekan butang REWIND, perasaan waktu Arwah Mama jerumus menikam sekian rasa yang ada. Takut kehilangan Kak Lynn saya pula. Doa kami semua, Kak Lynn akan sihat. Seperti sediakala.
Alhamdulillah pembedahannya berjaya dan Kak Lynn selamat. Kak Lynn dipantau dan menjalani beberapa treatment usulan sehingga dia betul-betul sihat. Kak Lynn berada di hospital hampir sebulan lebih.
Terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang menjaga dan melawat Kak Lynn. Dengan kuasa Allah, Kak Lynn sihat dengan doa dan sokongan semua pihak. Alhamdulillah.
Terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang menjaga dan melawat Kak Lynn. Dengan kuasa Allah, Kak Lynn sihat dengan doa dan sokongan semua pihak. Alhamdulillah.
Coretan saya nampak mudah bukan? Tidak. Semua berubah selepas itu. Dugaan & Ujian.
Allah menguji. Kita mengkaji.
Allah menduga. Kita berusaha.
Yang saya pegang dari dulu agar sayang saya pada ahli keluarga sentiasa utuh: Kenang baik, biarpun kadang hati kita dilukai, berulang kali. Kenang baik, itu darah daging dari lahir sampai mati. Itu sayang. Itu kasih.
Lagipun, apa yang aku ada? Hanya kasih sayang seorang adik kepada kakaknya sahaja.
Bukan mudah menjaga orang sakit. Pedih macam mana pun kita harus hadap. Saya belajar itu dari pengalaman, doa & sabar sentiasa jadi senjata saya.
Bukan mudah menjaga orang sakit. Pedih macam mana pun kita harus hadap. Saya belajar itu dari pengalaman, doa & sabar sentiasa jadi senjata saya.
Kini, walaupun tak seperti dulu, Kak Lynn masih bangun seperti hari-hari biasa walaupun sedikit strok ringan di badan kiri. Kak Lynn masih suka masak walaupun tak sepantas dahulu, Kak Lynn masih ketawa dan suka bersiar-siar walaupun tak boleh membawa kereta. Kak Lynn masih ada di rumah dan kadang-kadang ucapkan "I love You," Na. pada saya.
Saya tidak berjanji, tapi akan sentiasa berdoa dan berusaha untuk
menziarahi Kak Lynn bila ada masa. Saya harap Allah permudahkan. Sebab
saya sayang Kak Lynn.
No comments:
Post a Comment