Thursday, November 20, 2008

ijab & kabulkan aku

secara lahiriahnya, semua makhluk Allah ada pasangannya. langit dengan bumi. bulan dengan bintang. siang dengan malam. perempuan dengan lelaki. tapi saya tak pernah setuju perempuan dengan perempuan. lelaki dengan lelaki. maaf tapi yang pasangan benar adalah sahih, bukannya salah atau terpesong.

dan adat manusia, haruslah disatukan...bila jodoh kunjung tiba. dan rakan-rakan sebaya saya (semuanya sudah berusia 24 tahun) memang akan sentiasa kemukan topik ini. topik hangat dan sangat common. soalan pencetusnya adalah

" bila nak kahwin?"


rakan-rakan perempuan ini akan terus menerus bercerita bagaikan penilik masa hadapan perkahwinan masing-masing. impian perkahwinan masing-masing. ada yang mahu wedding garden, ada yang mahu wedding by the sea, ada yang mahu tradisional, ada yang mahu mengalahkan perkahwinan artis. lucu dan chumel tapi semuanya dengan harapan yang sama, bersama dengan cinta sejati untuk selamanya. InsyaAllah.

saya percaya pada seruan jodoh. dan saya bukan seperti sesetengah perempuan lain. walaupun jika saya lanjut usia pun, sekiranya seruan belum tiba, saya tidak akan mendesak pasangan untuk berkahwin. dan saya yakin, sekiranya saya akan berkahwin, saya tidak akan membebankan sesiapa, terutamanya pasangan saya. saya mahu semuanya sederhana, yang penting selepas majilis perkahwinan itu nanti. fasa sebagai pasangan suami isteri, saya mahu pastikan ia sebuah perhubungan perkahwinan yang bahagia dan kukuh buat selamanya.

dan saya tidak mahu cemarkan kegembiraan rakan-rakan perempuan saya itu yang sedang rancak memperbualkan dan membayangkan saat mereka diijabkabulkan dengan menyatakan perasaan saya yang sebenarnya sangat sayu dalam hati.

saya tidak mahupun perkahwinan yang besar-besaran. saya tidak perlu bersanding atas pelamin, saya tidak mahu semua itu. saya hanya terbayang alangkah bermaknanya jika ibu dan ayah masih ada. saya mahu mereka lihat anak perempuannya ini bahagia menjadi seorang isteri, berumah tangga, bakal beranak, mereka akan dapat cucu-cucu yang chumel. tapi saya ini anak yatim piatu. tiada ayah untuk dijadikan wali. saya tiada ibu yang akan sibuk menyiapkan perkahwinan anak perempuannya ini. mereka tiada pada hari saya diijabkabulkan kelak. saya rasa amat pilu.

tapi saya tahu saya punyai keluarga dan rakan-rakan yang meraikan saya dan pasangan saya kan? saya akan ada ibu dan ayah mertua untuk saya meraih sedikit kasih sayang kan? saya akan bersama sang suami yang pasti mengasihi saya kan? insyaAllah arwah mama dan ayah akan tetap bersama saya pada hari perkahwinan nanti tetapi dari sisi Mu kan tuhan? saya sepatutnya harus bersyukur kan?

tapi mengapa hati saya lara setiap kali saya terkenangkan bakal hari perkahwinan saya sendiri? ;(

Monday, November 10, 2008

praise praise praise

"do you have doubts in life? are you unsure if it is worth the trouble? Look at the sky:that is for you. Look at each person's face as you pass on the street: those faces are for you. And the street itself, and the ground under the street, and the ball of fire underneath the ground, all these things are for you. They are as much for you as they are for other people. Remember this when you wake up in the morning and when think you have nothing. Stand up and face the east. Now praise the sky. And praise the light within each person under the sky. It's okay to be unsure. But PRAISE. PRAISE. PRAISE."

quoted by Miranda July in one of her short stories novel, The Shared Patio, No One Belongs Here More Than You. 2001.
how i wish i'm at least half as talented as miranda july when i write. how i wish i can teach myself while reading and writing, i wish a lot of things. i wish i could be grateful. And i'm still trying. Dear Ilahi, thank you for everything, Praise you for the bottom of my heart. Thank you.

Tuesday, October 14, 2008

bayangkanlah

terlintas pada satu sudut hidup,
bila apa yang nikmat bagi kamu bisa jadi racun pada yang lain?
atau bila apa yang racun bagi kamu bisa jadi nikmat pada yang lain?
haruskah kamu teruskan ataukan korbankan?

rasanya mendung belum beransur dari langitku..

Friday, October 10, 2008

tell me a story

i like films that tells me its okay to cry in the dark.

i like films that tells me its okay to dance goofily in front of your family without being judged.

i like films that tells me mutants, aliens and freaks exist and even superpower figures need love to live their life.

i like films that tells me its okay to eat with your mouth open.

i like films that tells me its okay to drool on your pillow while sleeping.

i like films that tells me its okay to not shave your legs for weeks and still wear shorts to shopping malls.

i like films that tells me I’m not the only one who's going through what i'm going through even sometimes you don't feel like waking up the next day.

i like films that tells me its okay to not wash your face, not comb your hair and go to class or meeting without grooming carefree.

i like films that tells me its okay to love selflessly.not many films that i like are made these days because we live in a superficial world, a fading reality.

* we, the malaysian audiences have a long way to go...we need to think ahead..when i watch films..i do learn, more or often than not about myself but people in general by watching, observing and understanding films...and as i have been learning all these years..about films..again and again..i can sum up that film is all about storytelling..whether its pure or superficial..whether they carry social dynamics or moral issue or plain entertainment...it just tells a story..safe to say i grow up watching films..and being a film scholar is a dream came true. *
[i wrote this on 15th december, 2006, back in uni days]

Tuesday, September 30, 2008

apakah yang dieja depan ke belakang. belakang ke depan, bunyinya sama?

K-A-T-A-K

Pernah tak korang di kelilingi katak yang banyak sampai nak jalan pun tak boleh. terlompat sana sini. dah le melekit-lekit. dah le tu katak-katak tu attack korang, geli kan kan kan?

haaa na pernah.. tapi dalam mimpi..eh betul..dah dua kali mimpi..masa sekolah dulu dengan semalam.. pergh bangun berpeluh-peluh lari dari katak. dah le memang orang fobia katak dengan cicak. kenapalah tak mimpi berenang dengan ikan lumba-lumba ke...mimpi jalan-jalan dengan kungfu panda kat tembuk besar cina ke.. kenapa katak?

na sempat le google dan baca dalam buku tafsiran mimpi kalau mimpi katak:

1) Google:
Frogs are symbols of self-exploration and transformation. Pay attention to messages from frogs in dreams, which are really messages from your unconscious mind.

2) Buku "Erti Mimpi & amalan penawar mimpi buruk" :
- Jika mimpi suara katak, bermakna kebaikan.
- Jika berniaga akan mendapat keuntungan.
- Jika bujang akan cepat kahwin dan jika sakit akan segera sembuh.

Memang ramai cakap mimpi mainan tidur, betul? perhaps. perhaps. na tidak menidakkan. tetapi secara saintifik, it's about your subconscious mind trying to signal something about yourself. perhaps so?

Dan dalam Al Quran pun ada menerangkan kebaikan bermimpi. Ada ketikanya, dengan izin tuhan, Allah memberi khabar atau peringatan melalui mimpi. Seperti yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim & Nabi Yusuf.

Agaknya na ni, bila ditegurNya masa berjaga na terlepas pandang, mungkin Allah ingatkan, tegur na melalui mimpi kot? We have to remember Allah always try to reach us in so many ways. How about us? Apapun kita kenalah gunakan akal dan fikiran dalam mentafsir diri sendiri. tapi janganlah salah tafsiran hingga terpesong aqidah kan?

Tapi seriously, mimpi katak menggelikan sampai naik bulu roma bangun pagi tadi..erghh..

Wednesday, September 24, 2008

aku selak helaian tiga ratus dua puluh tujuh.

Sebentar tadi,
Aku selak helaian tiga ratus dua puluh tujuh.
Masih aku. Masih sama. Masih bab sembilan belas.
Masih perlu banyak belajar.

Cuma hari ini menjurus kerinduan pada lima pekara :
Rindu menyelak buku.
Rindu memetik kamera.
Rindu belaian qaseh.
Rindu ibu bapa di syurga.
Rindu bersujud pada Ilahi.

Masih berbaki beribu helai dihadapku.
Kapan tamat wahai tuhanku?

Sunday, September 14, 2008

kemaruk memetik kamera merasuk kembali


ini foto yang diambil hujung tahun 2005. masa ini, saya baru 5 bulan dapat kamera dslr nikon d50 daripada nano, abang ipar/baba belikan saya sempena hadiah menjadi pelajar terbaik program dan fakulti konvo diploma dulu. aku namakan d50, obscura. ;).. dan setiap hasil fotoku labelnya ++naphotolica.

sebelum dihadiahkan kamera itu, saya sudah ligat dengan nikon fm10 dan nikon coolpix 5000. semua bermula sejak tahun 2003. sejak mempelajari subjek sinema fotografi dengan profesor rushdi kubon pada zaman saya sedang menuntut diploma seni layar di fakulti seni persembahan, uitm. thanks prof! you rock!


tamat sahaja diploma, saya ada juga mengikuti kursus fotografi. antara tok guru yang sibuk dengan canon rebelnya ketika itu ialah tate ghazi. adalah gak saya menjadi jurugambar bebas untuk beberapa acara, aha sudahpun jadi jurugambar orang kahwin, letih tapi seronok juga. kemudian saya menyambung ijazah. nak cukupkan credit, saya sanggup amik subjek sinema fotografi lagi. Alhamdulillah dapat A gak. i love the class!

setelah tamat ijazah, saya mula sibuk bekerja, saya jarang memetik kamera hinggalah sekarang. adalah sekali sekala. saya paling suka ambil foto makanan, orang dan jikalau objek, saya suka mengaplikasikan teknik macro. dan di kalangan rakan-rakan, saya antara yang selalu diharapkan membawa kamera. ramai di kalangan rakan saya bukan sahaja mahir fotografi tapi secara sukarela menjadi model-model tak berbayar. senang nak bentuk. jinak-jinak. ;P


dan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, saya perhatikan sudah anak muda mampu memiliki dslr. ada yang memang bagus. memang jauh lebih advance. ada yang sanggup berhabis duit. ada yang sanggup mengikuti kursus. saya salute mereka-mereka ini. self tought photographers yang berjiwa seni.


tapi ada juga yang menjadikan ia hanya sebagai satu objek yang perlu dimiliki, fasa aliran semasa yang dinamakan trend. pakai kejap pastu mula bosan. alahai adik-adikku, janganlah bazirkan wang dan siakan kameramu. fotografi adalah satu medium seni yang harus dimahirkan dan secara berterusan. janganlah setakat gantung di leher dan membawanya ke kompleks membeli belah. cara pegang kamera pun salah. rugi dik, kalau tak mahu, dermakan sahaja pada anak yatim piatu macam kak nana ni. hee

saya bukanpun terlalu berbakat dalam fotografi, cuma terlalu minat, dan bukan kerana ia aliran popular ye? saya hanya memetik dan menghayati foto-foto telah terabadi. rasa puas dalam hati. bukan untuk orang lain pun, ia hanya seperti makanan buat jiwa saya. fotografi sama penting dengan filem, tinggi kedudukannya terletak dalam diri saya ini. kini gian memetik kamera tiba kembali. dan kalau rezekiku dilimpahkan lagi, nak saja upgrade pada nikon d300. soon nana, soon, insyaAllah.