Sunday, September 14, 2008

kemaruk memetik kamera merasuk kembali


ini foto yang diambil hujung tahun 2005. masa ini, saya baru 5 bulan dapat kamera dslr nikon d50 daripada nano, abang ipar/baba belikan saya sempena hadiah menjadi pelajar terbaik program dan fakulti konvo diploma dulu. aku namakan d50, obscura. ;).. dan setiap hasil fotoku labelnya ++naphotolica.

sebelum dihadiahkan kamera itu, saya sudah ligat dengan nikon fm10 dan nikon coolpix 5000. semua bermula sejak tahun 2003. sejak mempelajari subjek sinema fotografi dengan profesor rushdi kubon pada zaman saya sedang menuntut diploma seni layar di fakulti seni persembahan, uitm. thanks prof! you rock!


tamat sahaja diploma, saya ada juga mengikuti kursus fotografi. antara tok guru yang sibuk dengan canon rebelnya ketika itu ialah tate ghazi. adalah gak saya menjadi jurugambar bebas untuk beberapa acara, aha sudahpun jadi jurugambar orang kahwin, letih tapi seronok juga. kemudian saya menyambung ijazah. nak cukupkan credit, saya sanggup amik subjek sinema fotografi lagi. Alhamdulillah dapat A gak. i love the class!

setelah tamat ijazah, saya mula sibuk bekerja, saya jarang memetik kamera hinggalah sekarang. adalah sekali sekala. saya paling suka ambil foto makanan, orang dan jikalau objek, saya suka mengaplikasikan teknik macro. dan di kalangan rakan-rakan, saya antara yang selalu diharapkan membawa kamera. ramai di kalangan rakan saya bukan sahaja mahir fotografi tapi secara sukarela menjadi model-model tak berbayar. senang nak bentuk. jinak-jinak. ;P


dan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, saya perhatikan sudah anak muda mampu memiliki dslr. ada yang memang bagus. memang jauh lebih advance. ada yang sanggup berhabis duit. ada yang sanggup mengikuti kursus. saya salute mereka-mereka ini. self tought photographers yang berjiwa seni.


tapi ada juga yang menjadikan ia hanya sebagai satu objek yang perlu dimiliki, fasa aliran semasa yang dinamakan trend. pakai kejap pastu mula bosan. alahai adik-adikku, janganlah bazirkan wang dan siakan kameramu. fotografi adalah satu medium seni yang harus dimahirkan dan secara berterusan. janganlah setakat gantung di leher dan membawanya ke kompleks membeli belah. cara pegang kamera pun salah. rugi dik, kalau tak mahu, dermakan sahaja pada anak yatim piatu macam kak nana ni. hee

saya bukanpun terlalu berbakat dalam fotografi, cuma terlalu minat, dan bukan kerana ia aliran popular ye? saya hanya memetik dan menghayati foto-foto telah terabadi. rasa puas dalam hati. bukan untuk orang lain pun, ia hanya seperti makanan buat jiwa saya. fotografi sama penting dengan filem, tinggi kedudukannya terletak dalam diri saya ini. kini gian memetik kamera tiba kembali. dan kalau rezekiku dilimpahkan lagi, nak saja upgrade pada nikon d300. soon nana, soon, insyaAllah.

No comments: