Friday, August 29, 2008

boleh tak lu jangan panggil wa babe?

pertama,
saya adalah anak kepada Allahyarham Fatimah Said. Maka panggilan "KAU" "AKU" dilarang digunakan dalam keluarga. Dah pantang arwah ibu. kasar pada tanggapannya. saya hampir ditampar oleh abang ipar saya kerana berbicara kau aku dengan adik saya.ketika itu dalam zaman remaja. mungkin terbiasa di sekolah. hingga terbawa-bawa ke rumah. sejak hari itu. saya tidak guna lagi "KAU" "AKU" melainkan dalam penulisan puisi atau mungkin ketika bicara dengan tuhan dalam hati.

kedua,
saya adalah anak jati johor. saya paling selatan di johor. sekangkang kera dari singapura. bahasa melayu saya bercampur. saya banyak berbual dalam bahasa campuran melayu johor dan melayu singapura. dan sudah dibiasakan berbahasa inggeris di kalangan ahli keluarga saya. bukannya saya fasih benar bahasa inggeris tapi adakalanya ada pekara yang saya utarakan rasanya lebih elok dalam bahasa inggeris. lebih-lebih lagi ketika marah. tapi jangan risau, saya bukan jenis yang suka maki. saya jenis lebih banyak membebel.

ketiga,
setiap orang yang berkawan dengan saya. kalau yang lebih formal, hormat atau memang pada yang lebih tua, saya akan sentiasa bahasakan diri saya "orang" atau nama saya sendiri "na" . dan saya jarang cakap "i" "u" dengan orang lain. tak tahu kenapa, macam tak perlu campur aduk melayu dan inggeris. unless saya sedang bergurau berlakon seperti perempuan gedik dengan rakan-rakan. main-main je ye. kalau betul-betul, tolong lempang je saya.

dan saya minta maaf, jika saya sudah anggap anda rapat dengan saya, saya akan membahasakan diri "gua, lu" pada anda. sebab saya sudah terbiasa, tidak bercakap "kau,aku" dalam keluarga. bukan saya nak bersifat macam bagus kononnya orang jb, pengaruh singapura, tapi itu sahaja caranya saya menunjukkan saya sudah selesa dengan anda. maaf kalau "gua,lu" bunyinya lebih kasar pada anda daripada "kau,aku"

yang peliknya pula, walaupun saya dah biasa dengar pelbagai panggilan buat rakan-rakan ketika berbual, tapi saya tak akan guna dan kurang gemar panggilan "babe atau dude"dan kalau boleh janganlah panggil saya "babe"..kan saya ada nama? tapi kalau anda dah terbiasa. takpelah teruskan.. ;P

keempat,
saya hanya membahasakan diri saya "saya" pada pasangan saya sahaja. dan saya akan panggil dia "awak". bila saya jiwang, saya panggil dia "awakku" hee awak juga sering ditujukan kepada golongan kanak-kanak bila saya cuba mendekati mereka. hee

kelima,
saya juga menggunakan "saya" ketika ditemuduga atau penulisan sebegini sahaja. ;P

sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya tulis entry ini. mungkin saya mahu anda semua tak terkejut bila saya bahasakan diri "gua" "lu" pada anda nanti kot?

No comments: