Friday, December 7, 2007

bila rasa melimpah ruah

listening: ari lasso – lirih
feeling : grateful
craving : fresh baked scones with black coffee
reading : a backpacker with no sense of direction – zhang su li

Dua kali namaku bergema di Dewan Sri Budiman.
Sekalinya pada 14 November 2007.
Anugerah Yayasan Budiman UiTM.
Sekali lagi pada 25 November 2007.
Anugerah Naib Chanselor.
Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Kreatif & Artistik.
Anugerah Pelajar Terbaik Program Ijazah Sarjana Muda Seni Layar.
Dua kali hati berdegup menyatukan semua rasa.
Rasa gembira. Rasa Lega. Rasa syukur.
Rasa pedih. Rasa Sedih. Rasa lirih.


Kerana niatku dulu aku mahu ibu dan ayahku ada tika itu.
Aku berdoa agar arwah ibu dan ayah dapat lihat dari sisiNya.
Kerana anugerah-anugerah itu hadiahku buat mereka tuhan.
Sampaikan kisah ini pada mereka tuhan.
Sampaikan berita bahawa mereka ibu bapa yang terbaik.
Sampaikan rindu tidak berhujungku pada mereka.
Sampaikan terima kasihku kerana mereka telah wujudkan aku.
Sampaikan pesan pada mereka untuk nantikan aku di syurgaMu.

Namun hadirnya darah daging pada hari hari itu.
Munculnya sahabat-sahabat pada hari hari itu.
Ada antara mereka yang menitis air mata.
Ada antara mereka yang tersenyum bangga.
Anugerah-anugerah itu juga hadiahku buat mereka.

Terima kasih Ilahi. atas segala nikmat melimpah ruah ini.

No comments: