tengah kota. tengah panas yang terik.terlihat segenap manusia.
bersama bagasi lutsinar.isinya mimpi-mimpi. cita-cita. doa-doa.
pelbagai warna.beraneka bentuk.yang bakal menjadi nyata?
wahai hamba-hamba tuhan yang lain.aku jua seperti semua.
dengan bagasiku.laluku bangun dari bagasiku
(yang tadi dijadikan tempat duduk seminit dua),
melangkah pada lalu-laluan yang adakalanya perit,
ada ketikanya mudah, ke dunia realisasi.
dengan itu, penuh harap, aku tersengih hingga ke telinga.
sambil mengangkut bagasi mimpi yang boleh tahan berat.hati berdetik,
"selagi boleh, kau pikul le labu. dapat tak dapat, belakang kira"
No comments:
Post a Comment