Thursday, July 2, 2009

nikmat melimpah ruah

barangkali tiada sepatah perkataan pun dapat menggambarkan betapa aku

menghargai saat aku ketemu si bumi hujung minggu lalu.

yang aku mahu hanya untuk melihat senyuman pada *mukabumi aku.

tapi aku dapat lebih. malahan, melimpah ruah.

aku dapat mengenali orang-orang penting dalam hidupnya.

ahlil saudara & para sahabat pada si bumi.

aku dapat mendengar bebelannya. lawak jenakanya.

aku dapat lihat kerut matanya. manis bibirnya.

aku dapat kucup tangannya.
kemungkinan aku juga dapat rasa sama gementarnya.


tuhan, terima kasih.

nikmat buat aku melihat senyum pada mukabumi aku.



*muka bumi- raut & ekspresi wajah encik jari kematuan



No comments: