Saturday, August 22, 2009

aku barakah kerana jiwanya tenang




tuhan,
malam ini jelangnya ramadhan.
si jiwa tenang mengadukan lagi,
perit rindui ibu abah yang menunggu kami di syurgaMu.

si jiwa tenang itu tampak teguh zahirnya.
dalamnya cukup ampuh.
kadang wajahnya senyum, tapi matanya tidak.

si jiwa tenang perlu tahu, aku masih bertahan kerana dia ada.
si jiwa tenang perlu tahu, aku jadi kuat kerana dia ada.
si jiwa tenang perlu tahu, aku terlalu kasih padanya.
si jiwa tenang perlu tahu, aku sanggup kalah untuk kemenangannya.

si jiwa tenang itu darah dagingku.
si jiwa tenang itu bukti cinta ibu abah sejurus aku.
si jiwa tenang itu antara kurniaan tuhan yang teristimewa buatku.
si jiwa tenangku, kau tahu, aku rasa diberkati kerana wujudnya kamu.

kalaulah cici tahu,
sejak lahirnya cici,
kalau boleh nana tak mahu ada orang & apa sahaja sakitkan cici.
kalau boleh nana mahu cukupkan segalanya untuk cici.
kalau boleh nana mahu tebus setiap salah & buat semua yang baik untuk cici.


tapi kesempurnaan itu hanya milik Yang Esa.
kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar kita,
anak Allahyarham Suleiman & Allahyarhamah Fatimah terus bertahan
kerana nana ini, tetap kakakmu dan cici itu, tetap adikku, dunia akhirat.

insyaAllah, kita bolehkan adik. kita ada masih ada jiwa-jiwa penting dalam hidup,
kita ada mami lynn, babanano, mamacah, bampa, kakmi, bampi, kakyan,
ameer, jazmeen, sofeea, tareeq, abang, hairi, yana, apish, ika, kak fair, boy, didi & jaja.
kita ada syai, kita ada bancik, kita ada sahabat-sahabat.
kita ada mereka yang hidupkan kehidupan kita.
kita perlu bertahan untuk mereka jugakan?

cici, si jiwa tenang, mama & ayah dah dekat dengan kita,
bulan ramadhan mereka pulang ziarahi anak cucunya.
mama & ayah mesti suka tengok kita sentiasa sihat &
kuat semangat & tak pernah sedetik lupakan mereka.

Maka Ya Ilahi, tenangkan jiwa adikku, seindahnya namanya, Al Mutmainnah. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

amin. :')