Tuesday, August 4, 2009

hey love, say hi to jealousy.

cemburu mengetuk pintu hati aku, dua tiga hari yang lalu.

uik al mubarakah cemburu?

macam sudah lama terpadam.
barangkali sejak hati putus harap esok tiba.
sejak arwah ibu tiada, fikiran aku, esok biarkan esok.
kalau kau mahu, kau terus ada.
kalau kau tak mahu, kau tinggal saja.
maaf, aku takkan berharap kau ada esok.

tapi dua tiga hari lalu aku cemburu.
takut kehilangan pada orang sudah mula aku harapkan.
akan ada hari esok untuk aku labuh baik & burukku.
akan ada hari esok untuk aku khabar indah & petaka.
akan ada hari esok untuk aku kongsi & laksana semua.
akan ada hari esok untuk aku bilang kau saja yang aku sayang.

aku kembali berharap.

separuh, cemburu itu petanda baik.
mungkin kerana kau, hatiku berdegup kembali.

tapi aku ngerti, jika esok Ilahi tarik kasih kau dari aku.
Itu mutlak keputusanNya.

apapun separuh, terima kasih, kerana kau ada sejak semalam,
harap esok kau masih bilang sayang sama aku.
(dan tolong tuhan, biar sampai tamat nafasku)

3 comments:

kerR {abdullah} said...

eiii...kurang pasti kalau ni blog nana...ni blog nana kan??? ye ke blog nana?

nana mana nak cemburu2 ni.hihi.kan nana kan? owh come on! ;p

tapi tau tak erti karma...dah rasa kan? hahahaha~
kadang2 best gak perasaan cemburu nih..tambah rasa sayang walaupun kadang2 rasa macam nak tumbuk je perut orang yang kita sayang tu sbb dia jahat dan sgt jahat dan jahat.... :p
maksud wa..pikor.hihihi~


ok..ni blog nana! welcome to cemburu world! hahaha~

.(ns) said...

hahaha sejak dua menjak le ker. :P
thanks welcoming me to a normal world once again.jealousy, satu rasa yang cukup overwhelming! harap2 bleh control.

Anonymous said...

jealousy at a moderate level is good and HEALTHY.

and wa percaya lu boleh control. you always do.