Tuesday, November 24, 2009

goblok yang gampang

aura yang baik-baik sembunyi sejak dua menjak ini.
aku rasa macam gampang. sampah. dan tak boleh dikitar semula.
paksi kehidupan. ada tika meriah. ada kala merana.
tapi sumpah, aku sampai pening kepala, sakit jiwa & tak boleh tidur.
dan seni mengaburi orang lain aku tak menjadi.
ramai perasan aku sedikit lara.
ini baru depresi dalaman, sakitnya tuhan.
mujur Kau tak timpa aku dengan bencana nyata.
mau meraung aku sampai lunyai.
semangat yang baik-baik, hentilah main sorok-sorok.
tolong jangan berpaling jauh daripadaku.

Friday, November 13, 2009

oceania

"eeeeeeeeiiikkkkk...eeeiiikkkk..eeeiikkkkkk? eeiikkkkkkkk!!!!"

"eeeiikk? eeeikkk...eeiikk...eiiik....eeiiikkkkkk"

itu perbualan aku dengan ikan lumba-lumba yang bakal aku jumpa barangkali sebelum usia mencecah 50 tahun.

kerana sebelum aku tua, aku harap aku dapat berenang dengan ikan lumba-lumba di lautan australia. pada suatu saat yang indah jika aku murah rezeki & panjang umur. doa-doakan ya?

InsyaAllah hujung minggu ini aku akan bercanda di pasiran pantai bersama beberapa teman karib. tak lama, cuma sehari dua. dan tak jauh pun, hanya di pulau pangkor.

rasa teruja, mungkin sudah lama tak ketemu kau, ombak... ;)

p/s= ini antara video musik kegemaran aku dari bjork. susahnya nak cari video ini dalam youtube, universal music lokek, jaga sangat copyrightnya. bestkan kalau bleh menari-nari dengan obor-obor macam dalam video musik oceania ni? ;P

Tuesday, November 10, 2009

haiku aku


i'm an empty orchestra.
harmonious, 
yet soundless.




* haiku adalah puisi orang jepun dalam 2 - 3 baris ayat sahaja. ada yang cukup menyengat. dahulu, aku pernah obses baca haiku jepun sebelum tidur sementara kawan-kawan yang lain sedang giat membuat latihan tubi untuk menghadapi PMR. dan macam sekarang, demam itu serang kembali. mungkin gian aku datang balik, aku rindu bau buku baru. nak satu. kalau dapat lebih lagilah boleh. 

Wednesday, November 4, 2009

itu hari pelangi temani langit



kek cawan sempena rainbow party 2009
kudapan manis ini ada nama kami
sedikit jakon & sangat teruja



rainbow party 2009
adalah hari
bagi meraikan persahabatan kami hampir sedekad lamanya.

tipu kalau aku bilang kami tak pernah dilanda ribut taufan.
bohong jika aku kata kami tak pula perit terkena sinar mentari.
tapi Yang Esa maha adil kerna hadiahkan pelangi yang pelbagai warna
buat kami yang bagaikan laskar untuk terus mempertahankannya.

kami terus saling memaafkan, memahami dan paling penting
mensyukuri persahabatan kurniaan tuhan ini wujud dan
harap kekal kalau boleh sampai
anak-anak ke cucu cicit juga bersahabat baik.

aku mahu keturunan aku tahu betapa indahnya jika
bersahabat dengan keturunan sahabat-sahabat aku ini.

ya memang tinggi melangit aku sayang sahabat sekalian.
aku tahu mereka pun rasai yang sama.
syukur tuhan, Alhamdulillah

"wa manyak ong oo"
terima kasih kerana mewarnai hidupku,
wahai laskar-laskar pelangi!

rujuk cik Kekerr si penganjur untuk tentatif pesta pelangi ini.
syabas big hearted sweet loving friend of mine.