"aku seperti bau ikan di sini."=
"i smell something fishy here"
"tolong beruang dalam otak" =
"please bear in mind"
"i smell something fishy here"
"tolong beruang dalam otak" =
"please bear in mind"
antara alih bahasa yang aku hargai ketika menonton dvd-dvd cetak rompak. lawak nak mati.
itu aku boleh terima kerana yang mengalih bahasa pun bukannya pakar bahasa.
yang aku kurang setuju, para selebriti tv seringkali malah terbiasa bertutur dengan bahasa melayu & inggeris yang salah. terlepas pandang atau tidak membuat kajian terperinci atau terlalu sibuk nak betulkan mekap dan harap baju tajaan tak kedut sampai sebelum bersiaran langsung? lagipun sekarang zaman full HD. takut penonton nampak jerawat?
aku bukan nak cari silap mereka tapi aku rasa biarpun karam singh walia itu tidak bernilai komersial, tapi penyampaian uniknya bernas dan boleh sampai pada penonton. err walaupun kita akan hilang fokus mengira berapa kali dia angkat tangannya setiap kali membuat kesimpulan pantunnya. hoho.
No comments:
Post a Comment