Sunday, June 6, 2010

pesan si parut pada sang hati

toreh.

perit tiada bertepi.

hilang.

datang kembali.

toreh lagi.

aku tetap muncul walaupun engkau lari.

kadang bertalu aku cakari.

aku teman engkau hati,

kesan aku senantiasa sedarkan engkau.

selalunya pedih namun engkau akan pulih.

kerana engkau perlu kuat, hati.

engkau harus kental.

biarpun tidak sempurna, sedaya boleh berdeguplah hati.

untuk hati-hati yang lain. yang engkau tidak sanggup melukai.

yang engkau paling sayangi sampai engkau mati.

mahupun hati-hati itu antara penyumbang kehadiranku dalam dasar hatimu.

No comments: