- Alhamdulillah saya jarang rasa penat walaupun saya bekerja 12 jam terus menerus tapi apa yang kurang stabil, saya selalu tidak bangun solat Subuh. Dengan itu, solat saya selalunya kurang lengkap 5 waktu. saya sedang berusaha untuk tidak tarik selimut bila dengar alarm clock berbunyi.
- Lagi satu, saya boleh sahaja mengawal perasaan untuk tidak kentut di hadapan orang ramai tapi kenapa, MasyaAllah kenapa, siap-siap ambil wuduk perasaan untuk kentut selalu menduga. agak cemas apabila sedang bersolat. haish. terukkan. adakah saya normal? itu saya selalu tensen. dugaan betul.
- Saya rasa saya berpakaian sederhana sahaja dan tidak melampau dalam bergaya tapi masih belum cukup kuat untuk berhijab. saya suka melihat orang yang berhijab, lebih-lebih lagi yang berjubah. sangat cantik tapi saya takut saya akan mencemari kewajipan menutup aurat dengan melebihkan ke arah berfesyen bukan kerana Ilahi. saya takut tapi secara perlahan saya sedang berusaha ke arah itu. saya sedang belajar melepas pandang dress-dress yang saya suka kepada tudung dan selendang yang cantik.
- Saya jarang diserang penyakit yang berat. Alhamdulillah walaupun saya berbadan besar, saya dikategorikan dalam orang yang sihat dan cergas tapi yang kurang stabilnya, saya kurang bersenam dan saya tak suka bersukan. Saya terlalu adventurous dalam pemakanan selagi halal tapi itulah antara sebab saya berlebihan berat badan. haish. ok saya akan cuba kurangkan selera makan jika boleh. hehe.
- Saya rasa boleh dikata seorang yang cinta pada ilmu. Oleh itu, Alhamdullilah, saya sentiasa teruja & cuba yang terbaik dalam bidang akademik, tetapi yang ketidakstabilannya, saya amat lemah kemahiran kendiri, saya takut memandu kereta. itu kekurangan yang paling ketara dan selalu menyusahkan orang lain. i guess i'm book smart not street smart. and usually street smart survived and book smart just wanna go back to school. bak kata salah seorang rakan saya, "nana ni study CGPA - 3.7 tapi LIFE, CGPA 1.7"
- Saya agak lokek dengan diri sendiri tapi saya kurang menabung kerana saya akan pastikan jika ahli keluarga atau rakan rapat yang memerlukan pertolongan, saya akan tolong sebaik mungkin tetapi yang tidak eloknya, mungkin malu atau ego, saya terlalu takut untuk meminta tolong orang lain walaupun ada masanya saya hanya ada rm5 untuk makan & tambang.
- Saya sering disamakan dengan taugeh, campak mana pun boleh hidup tapi kebenarannya, saya tidak boleh berjauhan dengan ahli keluarga saya. saya takut kalau apa-apa terjadi saya tiada dengan mereka ketika itu. saya terlalu mudah merindui mereka sampai adakalanya adik saya menyampah dengan saya. heheh. mungkin ini antara sebab saya enggan melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya mahu mereka dekat dengan saya, kalaulah boleh angkut semua. dah lama saya bawa.
- Saya senang bekerja dengan apa yang saya suka dengan ikhlasnya tetapi langsung tidak tahu mengambil peluang mengaut keuntungan walaupun saya tahu apa yang lakukan amat bernilai. Saya mahu menjadi seorang peniaga tapi saya takut jika saya letak harga pada sesuatu pekara, saya akan membebankan pembeli. haish bagaimana mahu untung? hehe i have no business sense what so ever. haish.
- Saya kini kurang membeli-belah dan mula membuat perancangan kewangan untuk masa hadapan, Alhamdulillah adalah juga simpanan cuma saya sekarang lebih suka pada barang rumah, saya suka perabot & barang-barang dekoratif. saya akan mengumpul semua jenis shia iaitu bekas makanan bertingkat untuk memuaskan kehendak saya. tapi masalahnya saya menyewa bukan rumah sendiri. hmm. tidak sabar mahu rumah sendiri. tidak sabar.
Tuesday, May 11, 2010
sembilan ketidakstabilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
lu tak masuk kan pada ketidak stabilan pada mata.lu kan suka korek mata sampai nak tercabut bijik mata tu? :p
makna nya lu ada 10 ketidakstabilan! wuuhuu! :p
Post a Comment