Friday, September 10, 2010

dam dam dum bunyi perut saya mahu diisi ketupat, rendang daging, ayam masak merah, nasi beriyani,soto ayam, laksa johor, kek lapis dan kuih-muih.

Aidilfitiri tahun ini azam saya adalah untuk tidak bergundah gulana. walaupun kenyataannya setiap tahun bila ramadhan hendak berakhir saya akan bersedih sebab roh arwah ibu abah saya harus pulang ke pusara dan kembali dihitung di sana. yang saya doa mereka ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah insyaAllah.

Lebaran kali ini saya sambut di rumah ampang sahaja. tidak pulang ke kampung halaman di johor bahru. maunya tidak merindui tempat saya lahir dan dibesarkan tapi saya patut sangat bersyukur sebab Alhamdulillah saya dapat juga menyambut aidilfitri dengan kakak, abang ipar dan adik saya dengan penuh sederhana tetapi cukup buat saya gembira. Saya harap saudara mara dan sahabat di kampung halaman memahami keadaan saya. Saya rindu dan tidak pernah lupakan kalian. (pergh macam duk overseas tak balik 20 tahun je bunyiknye)

Saya paling suka pasal raya ini kan adalah kesempatan bermaaf-maafan dengan telus ikhlas dengan semua orang, persediaan sebelum raya, mengemas rumah dan menolong famili masak lauk raya, lepas itu dapat pakai baju kurung raya baru ( saya memang suka baju kurung, rasa macam nak beli 30 pasang untuk 30 hari raya, melampau dan mustahil), kemudian dapat menonton televisyen, makan dan tidur tanpa henti dan menjamu para tetamu dengan hidangan aidilfitri.

Saya bersyukur dan berdoa agar semua muslim dan muslimah dapat merasakan keberkatan dan nikmat syawal dengan cara mereka tersendiri walaupun kita tahu ada yang bersedih malah diduga dengan pelbagai pekara bulan syawal ini tapi kita perlu, sangat perlu bersabar dan optimistik dengan ketentuan Allah. Kita juga sesama umat harus tolong menolong dan ingat pada yang kurang bernasib baik kan?

Sempena hari raya ini, saya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin pada semua. singkat sahaja ucapannya tapi dalam maksudnya. saya betul-betul mohon kemaafan sesama kita terutamanya anda yang pernah mengenali saya. itu perlu untuk kedamaian jiwa kita bersama. serius ni, rasa lega dan nikmat dalam hati bila kita dah dimaafkan dan maafkan orang lain kan kan ? ;)



p/s : saya gila minat 4u2c dulu ok. hehe lagu raya ini pun saya suka selain lagu raya anuar zain nyanyi masa dia kecik tu. hehe maaf audionya kurang berkualiti. selamat hari raya!

No comments: