ok. ramai tegur aku. "nana ni apa yang tak cute?"
sampai ada rakan berseloroh dengan aku tika melintasi gerai durian dan tong sampah pun berhenti dan mengejek cara aku menyebut " durian dengan tong sampah ni CUTE, na suke"
dan peristiwa ketika penggambaran dokumentari, aku dapat menyaksikan babi hutan dan anak-anaknya lintas di jalan raya tepi hutan pahang pun aku cakap cute. yang itu, ramai kawan tak boleh terima.tapi aku rasa memang cute. terkedek-kedek anak-anak babi ikut ibunya. cutekan?
definisi cute, comel, suwit setiap kali aku ungkapkan adalah kerana aku suka dan terima pekara itu seadanya. kalau aku dah kata chumel tak semestinya rupa bentuk sangat pun tapi lebih pada karekter, pekara atau sesuatu situasi itu sendiri. perbuatan yang baik pun chumel pada aku. maknanya kalau aku kata kau cute tak semestinya aku samakan kau dengan babi hutan melintas jalan raya dengan anak-anaknya ok? semua benda dalam dunia ini ada kecomelannya yang tersendiri. tiada spesifikasi. as long as it makes me happy to say it,i will say it sincerely simply because i appreciate it. bukan untuk menyedapkan hati sesiapa pun, lebih kepada kepuasan hati saya sendiri bila mengatakannya.
tapi memang ada yang langsung tak cute bagi aku, doesn't make sense to me. antaranya:
- orang bergusti. WWF ke WWE tu semua. kenapa perlu wrestling menyakitkan orang lain, dengan drama segala tambah dengan seluar dalam ketat dan peluhnya? sungguh tidak cute!
- orang berkawad. ok aku tahu orang kata untuk lebih berdisplin. abis kalau tak berkawad tak berdisplin? dengan nak menghadap hujan panas, dengan nak ikut pergerakan serentaknya lagi. adui. displin datang dari dalam bukan dari latihan kawad. mungkin aku tak nampak kecomelan dalam berkawad cuma penyeksaan mental dan fizikal.
- ini mungkin lebih umum. semua orang sama kot. aku memang sama sekali tak boleh berkawan rapat dengan orang yang kerek atau cakap besar. aku tak kira yang apa dikatanya semua betul belaka. bukan iri hati tapi tak perlulah kau canang yang kau baik, kaya, pandai, alim atau apa sahaja, tak perlu beritahu aku. sebab kalau ia pekara itu benar atau ikhlas, aku pasti akan tahu sendiri juga akhirnya. tak cute langsung, cuba kau rileks je boleh kan?
- yang ni pun sangat umum, aku rasa paling tak cute apabila ada manusia yang sampai hati seksa, rogol, bunuh sesama manusia mahupun haiwan. yang membuang bayi lagi. sungguh aku tak faham! macam mana boleh timbul nafsu nak menyeksa. merogol atau membunuh? ini pekara yang aku paling kasihan. kasihan pada yang menjadi mangsa. ini juga pekara aku paling takut. takut aku lebih pada ketakutan aku boleh berubah jadi sekejam itu daripada menjadi mangsa. sumpah aku takut jadi jahat tanpa aku menyedarinya. kalau kau perasan aku berubah walaupun sedikit, tolong doakan dan tegur aku, kalau aku degil juga, tolong pukul aku sampai aku sedar yang aku salah.
- ini nampak ringan, dan memang tak cute sama sekali dan boleh menimbulkan kemarahan aku. aku paling tak suka orang yang berkasar dengan ibu bapa mereka. jangan buat macam ini depan aku walaupun masa itu ibu bapa membuat silap pada kau. tegur mereka seelok yang mampu. tolong. aku alergik, bukan sahaja aku boleh pukul kau malah aku nak sahaja ambil emak dan abah kau jauh dari kau. aku tak sanggup lihat manusia yang bergelar ibu abah dikasari. kalau kau tak mahu mereka, bagi aku. aku sanggup bela mereka macam ibu dan abah aku sendiri.
ish. aku rasa aku teremo. tapi betul la kan, bukan semua benda indah, dan bukan semua bendanya cantik atau dalam kosa kata hidup aku, bukan semuanya cute dalam dunia ni. tetapi selagi kita berakal fikiran dan menpunyai hati budi, tolong hormat dan hargai apa yang ada pada kita, orang lain dan alam semesta. bukan mudah tapi aku percaya kita boleh nampak semua kebaikan walaupun diduga jika kita bersabar dan berusaha memperbaiki diri dan keadaan dari masa ke masa. insyaAllah.
thank you korang rajin baca entri ni. korang memang cute! hahahaha.
eh esok dah raya ek? sedih le plak Ramadhan dah habis. apepun selamat hari lebaran. muga Allah terus memberkati Syawal ini, insyaAllah.
.
1 comment:
Nana pun cute..
Post a Comment