Thursday, April 16, 2009

antara aura & semangat

rasanya begitulah, secara semulajadi dan sukarela, memang saya mahu buat orang sekeliling gembira, selesa dan bahagia.

barangkali 7 daripada 10 orang yang saya temui, akan cepat mesra dengan saya. bagaikan sudah saling mengenali sejak kecil (tapi mungkin ada yang tak suka saya kot? manalah tau, kita tak boleh puaskan hati semua orang kan?), apatah lagi kalau anda memang rapat dengan saya. saya memang bersedia menjadi pendengar dan penghibur anda. saya sedaya mahu memberi nasihat & menolong anda jika Allah mengizinkan saya. khidmat yang tak perlu berbayar atau ucapan terima kasih. saya hanya mahu lihat senyuman di wajah anda. kerana saya cuma mahu memanafaatkan perhubungan yang kita jalinkan. sebagai seorang adik, sebagai seorang kakak. sebagai seorang kawan. sebagai seorang kekasih. sebagai seorang manusia. bila anda bahagia, saya ceria!


dan sudah ramai mengatakan saya ada aura. aura positif saya pada orang yang saya bertemu dan berkawan..muka saya tak pernah nampak suram kelam kesedihan. saya tidak mahu sesiapa tempias sedikit pun kemurungan yang kadang-kadang saya harus hadapi. pasang surut kehidupankan? takkan semua cantik dan menarik saja kan?


tapi yang semua tidak perasan, adalah semangat saya, ia sudah lama pudar. saya sebenarnya rasa kehilangan jiwa. eh jangan risau, bukan saya cuba meraih simpati. saya akan tetap mesra alam anda semua. saya akan pastikan anda terus gembira dengan saya.


cuma saya juga manusia. nana ini, nana yang anda dikenali, yang pernah digelar Misss Happy Go Lucky ini, yang dipanggil Aura Positif ini sebenarnya menggigil terasa perit hingga ke dasar hati kerana rasa kosong dan kehilangan. kadang rasa bernyawa tapi tidak berjiwa. saya tidak sekuat seperti yang anda rasa. saya sebenarnya lemah di dalam. cuma tidak tahu bagaimana mengeluarkan dan suarakan pada orang lain.


maafkan saya jika terlalu emosi. semangat saya itu Arwah Ibu. saya terlalu merindui arwah ibu. saya tahu jikalau saya meraung atau saya menangis air mata darah sekalipun, saya tidak akan dapat ibu saya kembali. cuma saya rindu pada arwah ibu, tuhan. sampaikan kerinduanku ini pada arwah ibuku, tolong tuhan.


maafkan aura saya tidak menyinar hari ini. semangat saya yang sudah lama hilang sangat terasa hari ini. maafkan saya tuhan. tertewas dengan lamunan rasa.

dan saya sentiasa pegang pesan arwah ibu, "biar hati bernanah sekalipun, jangan biar hati lain turut terasa, hadapi semua dengan senyuman"

insyaAllah ma, InsyaAllah. ;)

Friday, April 10, 2009

owh yeah here it goes again




tetibe azam lama berkobar kembali setelah menonton video musik dari OK GO!tetibe bersenam atas treadmill tampil lebih seronok dan santai yek.ishk

kekawan..ishk keluarga..jangan le gelakkan. jangan le ajak pi tempat2 makan baru tu. jangan le ingatkan tempat makan kite slalu pi pas abis kuliah tu, jangan le masak lelauk sedap macam asam pedas daun kesum, memang le kena makan dengan nasik. ish korang ni..kasi le aura positif bagi orang yang lemah semangatnya bila melihat makanan yang lazat-lazat..i need motivation! Good God, let me have a strong will power!

ehek..saya mahu cuba amalkan gaya hidup sihat & diet seimbang. owh yeah so here it goes again (percubaan menjadikan diri lebih sihat?)


but today, we eat, drink and be merry because tomorrow, we'll be living a healthier lifestyle? ;P

Wednesday, April 1, 2009

the earthling is dying

if you listen, you can hear it. the earth, it cries. if you look across the street, you can see it. the old dirty homeless man is sharing his shelter with the strayed dog. if you inhale. you can smell it. the same belacan fried rice your neighbour is cooking. if you speak, you can tell it. the silence, it tranquils. but those everyday miracle senses means nothing when you STOP feeling. does that define your heart is crushing?

Monday, March 23, 2009

do you notice?

note to self

now

then



notice board saye sekarang dan dahulu. penuh dengan gambar dan aksesori. dari sekolah rendah, habis degree sampai dah kerja ni, notice board saye memang sarat begini. my very own exhibition. syok sendiri. dan setiap hari sebelum tidur dan selepas bangun..inilah wajah-wajah yang saya amati tanpa jemu dan penuh rase sayang..ecehhhhh.. ;)



Friday, March 20, 2009

to unleash my inner child




*** i love the video. all my fav roll into one : lego + starwars + bohemian rhapsody


dua tiga bulan lepas, saya terpandang permainan pedang "light saber" di toys r us. harganya dalam rm200 ke bawah. saya memang gemarkan star wars. dan kalau saya berpendapatan lebih, ingin sahaja jadi pengumpul action figures. saya terus menyimpan niat untuk mendapatkan light saber pada masa hadapan.


tapi ketika saya menyuarakan hasrat saya itu pada kakak sulung dan kakak tengah (yang jauh lebih berusia dan matang), mereka gelakkan saya.
komen kakak sulung, "dah le na, kekadang nak kuar pun macah sikatkan rambut, dah 25 tahun dah, takkan le nak beli mainan lagi?
komen kakak tengah, "dari beli light saber, baik beli pinafore yang kak lynn cakap tu, lagi cantik, harga pun lebih kurang"


sheesh! apa salahnya jika saya memiliki light saber? boleh kan memain lelawan light saber (saya nak jadi darth vader) dengan anak-anak sedara, tak pun anak-anak jiran ke? kalau dah beranak sendiri, boleh saje regu dengan mereka.seronoknye.


i don't see any harm to unleash the inner child in ourselves, kan? heeee..no worries i am matured when it comes to life matters, i do get things done. i know i'll love the pinafore if i buy it.but i just need to have the light saber too. it's a matter of inner satisfaction..;P

Saturday, March 14, 2009

اين بوكن چريتا دوڠيڠ

ادكه ساي ماهير ممباچ دان منوليس جاوي؟
جواڤنڽ ماسيه مرڠكق-راڠكق

ساي ماهو ك تيڬ تمڤت برلاينن د دني

اينديا. اتلي. مقكه

كتيڬ-تيڬ نڬارا ممڤوڽاءي كقواتن بهاس يڠ اينده،سني يڠ تق تروچڤ دڠن كات
بوديا يڠ تولين دان اونيك. دان فلسفه بوات نوراني يڠ مليمڤه رواه

ان شاءالله ساي اكن جيجقكن كاكي كتيڬ-تيڬ نڬارا ترسبوتسبلوم
ساي كمبالي برتمو دڠن امڤوڽا سڬالاڽ.
كيت مولاكن دڠن بسم اللهرحمننيررحيم.


ya sahabat-sahabat, ini translasinya:

adakah saya mahir membaca dan menulis jawi?
jawapannya masih merangkak-rangkak.

saya mahu ke tiga tempat berlainan di dunia :-
india. itali. mekkah.

ketiga-tiga negara mempunyai kekuatan bahasa yang indah, seni yang tak terucap dengan kata, budaya yang tulen dan unik. dan falsafah buat nurani yang melimpah ruah.

InsyaAllah saya akan jejakkan kaki ketiga-tiga negara tersebut sebelum saya kembali bertemu dengan Empunya Segalanya.

kita mulakan dengan Bismillahirahmannirrahim.

ini bukan cerita dongeng (rujuk tajuk nota ini)


نان المباركه سوليايمان
nana al mubarakah suleiman


**mari fasihkan pembacaan dan penulisan jawi di Ejawi: http://www.ejawi.net/converter.php

Wednesday, March 4, 2009

satu sebelas pagi


rizal jose, seorang penulis dari filipina berhujah,
"mata pena lebih tajam daripada mata pedang"
pak agi, seorang sasterawan tanah air pula menyatakan,
"sebaris tinta, selautan makna"
anak suleiman, seorang pemikir non linear menaakul,
" lebih baik berdiam. tulis dalam hati. dan kongsi bila doa hanya pada DIA.
kerana tiada manusia akan bisa faham jiwa manusia sendiri"