Thursday, April 16, 2009

antara aura & semangat

rasanya begitulah, secara semulajadi dan sukarela, memang saya mahu buat orang sekeliling gembira, selesa dan bahagia.

barangkali 7 daripada 10 orang yang saya temui, akan cepat mesra dengan saya. bagaikan sudah saling mengenali sejak kecil (tapi mungkin ada yang tak suka saya kot? manalah tau, kita tak boleh puaskan hati semua orang kan?), apatah lagi kalau anda memang rapat dengan saya. saya memang bersedia menjadi pendengar dan penghibur anda. saya sedaya mahu memberi nasihat & menolong anda jika Allah mengizinkan saya. khidmat yang tak perlu berbayar atau ucapan terima kasih. saya hanya mahu lihat senyuman di wajah anda. kerana saya cuma mahu memanafaatkan perhubungan yang kita jalinkan. sebagai seorang adik, sebagai seorang kakak. sebagai seorang kawan. sebagai seorang kekasih. sebagai seorang manusia. bila anda bahagia, saya ceria!


dan sudah ramai mengatakan saya ada aura. aura positif saya pada orang yang saya bertemu dan berkawan..muka saya tak pernah nampak suram kelam kesedihan. saya tidak mahu sesiapa tempias sedikit pun kemurungan yang kadang-kadang saya harus hadapi. pasang surut kehidupankan? takkan semua cantik dan menarik saja kan?


tapi yang semua tidak perasan, adalah semangat saya, ia sudah lama pudar. saya sebenarnya rasa kehilangan jiwa. eh jangan risau, bukan saya cuba meraih simpati. saya akan tetap mesra alam anda semua. saya akan pastikan anda terus gembira dengan saya.


cuma saya juga manusia. nana ini, nana yang anda dikenali, yang pernah digelar Misss Happy Go Lucky ini, yang dipanggil Aura Positif ini sebenarnya menggigil terasa perit hingga ke dasar hati kerana rasa kosong dan kehilangan. kadang rasa bernyawa tapi tidak berjiwa. saya tidak sekuat seperti yang anda rasa. saya sebenarnya lemah di dalam. cuma tidak tahu bagaimana mengeluarkan dan suarakan pada orang lain.


maafkan saya jika terlalu emosi. semangat saya itu Arwah Ibu. saya terlalu merindui arwah ibu. saya tahu jikalau saya meraung atau saya menangis air mata darah sekalipun, saya tidak akan dapat ibu saya kembali. cuma saya rindu pada arwah ibu, tuhan. sampaikan kerinduanku ini pada arwah ibuku, tolong tuhan.


maafkan aura saya tidak menyinar hari ini. semangat saya yang sudah lama hilang sangat terasa hari ini. maafkan saya tuhan. tertewas dengan lamunan rasa.

dan saya sentiasa pegang pesan arwah ibu, "biar hati bernanah sekalipun, jangan biar hati lain turut terasa, hadapi semua dengan senyuman"

insyaAllah ma, InsyaAllah. ;)

No comments: