pernah rasa begitu?
aku pernah.
DUA KALI.
bukan. bukan aku mati hidup semula.
aku rasa jantung aku diragut keras dalam sekelip mata
tapi masih bernafas. masih bernyawa. masih berdegup.
tapi perit. sakit. pedih yang amat.
aku rasa semua itu bila tuhan menjemput ibu dan ayahku pulang ke pangkuanNya. dalam redha. kadang rindu. kadang terasa kembali sisa ragutan itu.
kini salah seorang sahabat handaiku sedang melaluinya. takziah aku ucapkan.
aku pernah bersalam dan berbual dengan arwah ayahnya, pak rahman.
dalam usia yang lanjut, masih mesra pekertinya. walaupun dalam sakit.
aku faham perasaan sahabatku itu. antara lebih parah atau lebih redha dari aku yang terlebih dahulu merasai kehilangan ayah dan ibuku sendiri.
tapi aku tahu, walaupun berjuta orang berkata "sabarlah, dia di tempat yang lebih baik"
kenyataannya, kehilangan ibu & ayah memeritkan. tolong jangan samakan dengan kau yang baru putus bercinta. tolong jangan samakan dengan kau yang kematian kucing peliharaan. aku kehilangan ibu & ayah. tak sama, oleh itu jangan cakap kau faham. tolong biarkan aku. tolong doakan sahaja ibu & ayah aku. tolong jangan cakap kau faham walaupun mungkin benar kau faham. itu raungan emosi aku dulu. lama aku menggigil menerima kenyataan. lama benar. ke tahap tiada orang dapat menenangkanku. kasihan pada ramai orang yang mencuba. mereka tahu mereka siapa. aku ucapkan terima kasih kerana cuba memahami dan mahu bersama dengan aku ketika kesedihan.maafkan aku ya?
sememangnya ia satu fasa kehidupan yang harus dilalui. bila tiba waktu masing-masing, semua orang akan merasainya. antara lewat atau pintas. atau kita yang dahului menemui tuhan dari ibu bapa atau yang lain-lain. Allahualam. yang kita dapat lakukan adalah redha dan teruskan hidup. aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan arwah ayah kawanku. dan juga menjaga kebajikan sahabatku itu sedaya boleh sebagai seorang kawan, insyaAllah. na sayang ziela sangat. ;)
sejujurnya, aku sedang kaku dan seperti mengimbas kembali apa yang aku lalui dua tahu lepas. hanya TUHAN saja tahu rasanya. hatiku sedang menangis untuk seorang sahabat. dan insyaAllah aku akan sentiasa mendoakan arwah pak rahman dan juga ziela sekeluarga.

No comments:
Post a Comment