Saturday, May 2, 2009

porky pork pork

no. no. no. saya tidak makan daging babi.
no. no. no. saya tidak pegang babi.
no. no. no. saya tidak diserang selsema virus babi.

cuma saya suka rupabentuk sang babi. pada saya babi itu chumel. haiwan yang unik.

eh saya tahu babi adalah haiwan yang diketegorikan haram seperti anjing.

malah tidaklah pula dalam Al Quran mengatakan sekiranya ia haram ia turut hina kan? mengapa perlu kita menghina babi atau menyamakan manusia dengan babi setiap kali dalam keadaan marah?

babi juga ciptaan tuhan. ;) manaboleh kita mengherdik ciptaan tuhan kan? kita perlu menjauhinya sahaja. semasa kecil dahulu, saya menyukai miss piggy selain kermit dan karekter-karekter lain daripada siri televisyen the muppets show.

tapi benar, jika sudah tuhan memerintahkan jangan makan atau mendekati babi, pastilah bersebab. tuhan uji. kita kaji. mengapa perlu dihindari. mengapa perlu ikut sunnah. selain mendapat pahala. seperti sekarang, terbukti, secara saintifik, babi mengeluarkan virus swine yang boleh membunuh manusia. dan virus swine kini sedang tersebar luas di mexico, usa dan mungkin juga sedang menyerang asia?

virus swine telah tersebar pada tahap 5. kalau masuk tahap 6? paling kritikal dah tu. bahaya kan? kan? kan? hati-hati ya kawan-kawan.

tu la sesetengah manusia degil, sudah kata bahaya, nak juga. inilah padahnya.
daging si lembu, kambing & ayam sedap pe? nak gak porky pork. ;P

* ok2 virus ini dikatakan bukan dalam daging babi. abis tu daripada babi yang selsema ke? ehek. kawan-kawanku yang bukan beragama islam, kurangkan consuming pork wat mase ni..who knows it might spread through flesh & blood? bahaya ooo amoiii

No comments: