Thursday, May 14, 2009

TAGGY TAGGED

  1. Bekas kekasih saya adalah : orang yang lucu & suka main game 24/7.
  2. Saya sedang mendengar : hati berbicara. eceh.
  3. Mungkin saya patut: cari duit lebih untuk masa hadapan daripada jawab soalan-soalan ni. hehek.
  4. Saya suka : berfantasi ketika menghadapi masalah.
  5. Sahabat-sahabat baik saya : sangat penting dalam hidup saya.
  6. Saya tak paham : soalan Al Gebra. susah kan kan kan.
  7. Saya kehilangan : ibu & ayah ketika berusia 23 tahun.
  8. Ramai yang berkata : wang bukan segalanya. tapi segalanya perlukan wang, kan?
  9. Makna nama saya : Yang Sentiasa Diberkati.
  10. Cinta itu adalah: semulajadi dan berfungsi tanpa disedari. tanpa dipinta. walaupun dalam suka atau duka. pergh. hehehe
  11. Di suatu tempat, seseorang sedang : menipu sang isteri dan berdating dengan kekasih songsangnya. takutnyek.
  12. Saya akan cuba : terus belajar dan tolong ramai orang selagi belum mati.
  13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : kekal & hakiki milik Tuhan. kita tak ada satu pun selamanya. semua pinjaman belaka.
  14. Telefon bimbit saya : tak best sebab camera tidak berfungsi..rosak.. sheesh!
  15. Bila saya terjaga dari tidur : saya nak tidur balik tapi tak boleh.
  16. Saya paling meluat apabila : orang kerek berbual dengan saya.
  17. Pesta/Parti adalah : seronok kalau ada banyak tanglung warna-warni.
  18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : ikan lumba-lumba, obor-obor,beruang panda & babi.
  19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 13- 21 tahun.
  20. Hari ini : Alhamdulillah, kurang panas.
  21. Malam ini saya akan : tidur awal kerana pening kepala.
  22. Esok pula saya akan : mencari rezeki. InsyaAllah.
  23. Saya betul-betul inginkan : keberdayaan dan semangat ketika menghadapi dugaan.
  24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini : saya rasa tak perlu sikat rambut. ehek.
  25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : seronok tapi kalau ramai orang saya jadi rimas.
  26. Makanan Barat atau Jepun : memang menjadi kegemaran saya.
  27. Bilik yang terang atau gelap : perlu ada peredaran udara. saya tak tahan panas atau sejuk. kena sedang elok jek. ehek
  28. Makanan segera adalah : enak! ringkas! tetapi kurang berkhasiat
  29. Ayat terakhir yang saya katakan pada seseorang? : set. wa on je.
  30. Siapa yang saya nak Tag?: saya malas plak nak tag sesape. maaf rakan yg mengeTAG. ia berakhir di sini. hoho

No comments: