Sunday, May 10, 2009

hari ratu hati



pada para ibu.
pada ibuku di syurga.
pada ibumu di kampung.
pada ibumu yang baru selesai menggoreng jemput-jemput bawang di dapur.
pada ibu saudara. pada ibu tiri. pada ibu angkat. pada ibu mertua.
pada ibu yang sedang mengandung. pada bakal ibu-ibu di masa hadapan.
(umumnya pada semua wanita, termasuk diriku InsyaAllah!)
selamat hari mama. selamat hari umi.
selamat hari mummy. selamat hari madre. selamat hari omma.
selamat hari emak. selamat hari ibu.
sila raikan ibumu. ini hari ratu hatimu kan? insan paling terkasih dalam hidupmu.
aku hanya mampu mendoakan yang baik-baik buat ibuku yang kini disamping Maha Esa.
tapi kenangan-kenangan bersama arwah ibu sedang membuatku tersenyum sendirian.
oh ya, err (dengan tidak segan silu) kirimkan salam tumpang sayangku buat ibumu boleh?

No comments: