Saturday, May 9, 2009

aku sifat nombor 7, kamu?

  1. Peragut
  2. Penyebar
  3. Pengemis
  4. Pembodek
  5. Penganggur
  6. Penakut
  7. Pelupa


ok sifat nombor 6 pun aku. aku rasa selalunya aku terlalu berhati-hati hingga menimbulkan sifat nombor 6 itu. sampai ada pekara yang elok pun aku takut nak mencuba. aku seharusnya lebih berani, yakin & optimis.

erm nombor 5 boleh terjadi kalau aku kurang produktif 2 - 3 bulan akan datang ini. ramai orang tertekan kerana ini. ini adalah antara sifat yang aku risaukan. kalau putus kerja, banyak pekara tertunggak. mungkin boleh menyebabkan kemunduran hidup.

dan aku tak boleh nak mengaplikasi sifat nombor 4 untuk naik pangkat. aku tak faham ada orang boleh memijak orang lain untuk diangkat darjat dalam pekerjaan. maaf kualiti kerja aku lebih penting daripada kuantiti membodek boss.

aku paling risau dengan nombor 1. mengapalah ada orang sanggup meragut? tak tahukah mereka orang yang diragut pun bukan senang mana pun? kalau ibu mengandung pun masih larat bekerja mencari rezeki, lagikan lelaki yang sihat, tidak mahu berusaha, malas lalu meragut? sekaligus boleh dianggap penjenayah. malah pembunuh. ini juga mungkin faktor daripada nombor 5? tapi resesi ekonomi bukan alasan menjadikan kita orang jahat kan? nombor 1 ada sub1- penjenayah & sub2 - pembunuh.

nombor 2 pula lebih kepada virus influenza A yang tersebar di seluruh dunia. walaupun aku bukan golongan yang makan atau dekat dengan haiwan penyebar itu pun, aku masih risau. ini adalah antara petanda awal, kecenderungan pinjaman waktu dunia hampir tamat. dengan gelombang haba lagi. dengan peperangan yang tidak sudah. dengan sifat-sifat jahat lebih penting daripada sifat-sifat baik. maka memanglah aku semakin risau.

pesan arwah ibuku, lebih baik kamu tahan atau paling selamat, mintalah dengan elok, jangan sesekali mencuri. maka aku hormat dan kasihan golongan nombor 3. aku tahu banyak sindiket menggunakan golongan susah atau kurang upaya untuk mendapatkan wang derma daripada orang ramai. tapi terfikirkah kamu, untuk menebalkan muka meminta sedikit derma untuk makan mungkin untuk hari itu sahaja satu keberanian? daripada dia mencuri? lebih baik dia minta dengan baik kan? aku tetap kasihan. tak sampai hati. maka dermalah seikhlasnya. adakala aku lebih suka menderma barangan atau membelikan makanan daripada derma wang terus pada mereka. antara pengemis itu benar meminta pertolongan atau menipu kita, Allahualam. yang penting kita ikhlas menderma, demi membantu sesama manusia, insyaAllah.

ada banyak lagi sifat yang boleh dikupas rasanya. tapi 7 sifat di atas sudah cukup membuatkan aku terasa sentiasa lemah dan kerdil di sisi Tuhan. namun sifat nombor 7 selalu benar berdamping dengan aku. aku tak tahu mengapa, mungkin aku terlalu leka? terlalu berfikir hingga terlupa pekara-pekara yang lebih penting dalam hidup? ya Allah simpangkanlah sifat-sifat ini daripada menular dalam diri aku dan hamba-hambaMu yang lain. jadikanlah semua baik, semua murni untuk semua, InsyaAllah.

Haish haish haish. takut. nombor 6 lagi. haish tak abis-abis takut. haish!

No comments: