- saya rindu untuk ke acara "starlight cinema". baru dua kali saya turut serta sepanjang hidup saya. menonton filem secara terbuka di padang terbuka, beratapkan langit malam dan sejuk bumi sebagai tempat berlabuh. dan jika boleh, mestilah mahu bersama teman istimewa.
- saya mahu jadi "tinkerbell", saya mahu hidup di dunia fantasi neverland. tapi saya tidak mahu menjadi orang kanan peter pan. saya mahu berkawan rapat dengan captain hook. escapisme ke alam fantasi penting untuk menghilangkan tekanan hidup selain berdoa pada tuhan.
- saya sekarang suka catu pengambilan makan & minum. bukan untuk orang lain. untuk diri sendiri. dulu 3 cawan kopi sehari. sekarang cukuplah satu cawan kopi setiap hari. misi tidak makan nasi sepuluh hari sedang beroperasi. semua untuk kesihatan.
- saya merasai gelombang haba dari bumi. secara zahir dan batin. bahang luar dalam. cukup meresahkan.
- saya mungkin tidak suka pada haiwan tapi saya tidak pernah menyakitinya. saya masih punya perikemanusiaan. dan saya gemar menonton dokumentari haiwan di saluran national geographic. saya juga penderma tetap persatuan WWF. ironik juga, tak suka tapi mahu memelihara kewujudan mereka.
- saya merindui nur baizura & nurhaslina, dua sahabat baik saya. seorang di desaru, seorang sedang mengerjakan umrah. kadang-kadang keluarga dan kekasih pun tidak boleh menenangkan kita, tapi selalunya sahabat bisa. kenapa ye?
- saya tidak suka pada diri saya sendiri bila sedang tertekan. sila jauhi saya ketika bersituasi sebegitu rupa. seperti saat ini.
Thursday, April 23, 2009
fikiran rawak sembilan dua puluh tujuh malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment