soalan terdetik pada diri sendiri sejak Mac 2008 hingga kini
"saya ingin bertudung kerana Allah"
saya akui hati terdetik ingin bertudung, menutup aurat tapi BELUM TERLAKSANA. tiada siapa pun paksa, tiada siapa pun pengaruh, bukan kerana ada orang kata saya nampak lebih elok bertudung, buat pertama kali saya terdetik MAHU bertudung kerana Allah. tapi saya takut, saya tidak mahu jadi segelintir perempuan islam, sekejap bertudung, sekejap tidak, ada yang bertudung tapi berlengan pendek, yang bertudung tapi tudungnya berfesyen nampakkan leher. ada pakaiannya masih sendat.pakai setelah boyfriend suruh, suami suruh, tapi bila cerai ke break, tak bertudung balik, ada jadi lebih seksi. saya tahu bukan hak saya untuk mengadili golongan sebegitu. tapi jika boleh, saya harap Allah simpangkan tabiat itu pada saya bila saya bertudung kelak. saya mahu nawaitu saya itu tetap dan tak akan berubah walau apapun akan terjadi setelah saya memakai tudung.
saya tahu seperti saya belajar dahulu, Alhamdulillah saya boleh berjaya, adalah kerana saya betul-betul ikhlas dan minat filem. ia datang dari dalam. tak kisah lah kalau tak terer pun asalkan saya puas. saya rasa konsep yang sama juga boleh diaplikasikan keinginan saya bertudung, saya akan bertudung kerana betul-betul ikhlas dan minat bertudung. tak kesahlah kalau tak cantik pun tapi saya diredhai Allah. hati saya masih semakin dekat ke arah itu, saya sudah mula membeli beberapa tudung, menerima pemberian tudung dari keluarga, insyaAllah saya akan bertudung.
* i gave away a lot of my clothes, i haven't given up my dresses. perkuatkan nawaituku untuk bertudung hanya kerana tuhanku.
No comments:
Post a Comment