Sunday, January 11, 2009

salim si jebat india

jamal. latika. salim (jebat saya)

saya sudah lama tidak menulis tentang filem. ada orang boleh memberi pendapat setelah menonton sesebuah filem sepetik jari sahaja. tapi bukan saya. saya cukup teliti bila membaca dan memahami filem. ya, bukan sekadar menonton. apantah lagi kalau saya gemarkan sesebuah filem tersebut.


bagi saya, appresiasi terhadap sesebuah filem yang telah ditonton adalah berat. lebih-lebih lagi anda sudah tahu segala macam teori dan bahasa filem. hampir 8 tahun, mata kasar serta mata hati saya telah terdidik dengan cara itu.


setiap kali saya ingin membuat rebiu filem, ia bagaikan satu amanah. membincangkan hal-hal pembikinannya dan hasil estetika filem itu sangat kritikal dan bermakna bagi diri saya sendiri, bukan sahaja memberi pendapat pada orang lain.

filem itu sendiri amanah, mendidik masyarakat. hingga ada yang boleh merubah seseorang. betapa pentingnya budaya menonton filem, atau lebih elok, betapa pentingnya budaya mengappresiasi filem.


panjang pula mukadimahnya betapa saya sanjung filem (dan pembikin-bikin filem), tetapi saya terpanggil untuk membuat sedikit kesimpulan tentang filem "slumdog millionaire" pasti anda sudah tonton filem tersebut?

kalau mahu tahu lebih tentang aplikasi teori-teori filem yang saya nampak dalam filem ini, hubungi saya, kita bicara sambil minum kopi. selain naratif, mise en scene, lighting, suntingan, lakon layar yang bernas dalam filem slumdog millionaire, saya sangat terkesan dengan watak salim, abang kepada watak jamal. dari segala segi sudah elok jika lakonan seperti kayu, maka tak kesampaian sesebuah filem. lakanon tiga watak utama melalui 3 lingkungan usia yang berbeza dalam slumdog millionaire memang cukup membanggakan.


watak perwatakkan salim dan jamal bersangkut paut pada akar tunjang intipati filem campuran realisme yang diformaliskan ini, iaitu tentang pengorbanan untuk orang lain walaupun dalam kesesakan hidup sendiri, masyarakat yang masih berkasta. dan dalam sesak, dalam sengsara, mereka percaya pada tuhan, percaya pada qada' & qadar.


" God is great " kata si salim sebelum mati, cukup memberi impak pada saya. bukan pada babak si jamal menangi 20 juta rupee dalam rancangan who wants to be a millionaire. anda perasan tak, jamal bagaikan hang tuah, dan salim bagaikan hang jebat. dan heroinnya, latika pastilah hang lipo.



saya suka hang jebat. tapi salim si jebat india ini jauh lebih telus pengorbanannya.


bagaimanapula dengan anda? apa yang anda paling suka dalam filem ini?



*** owh ye, soundtrack filem slumdog millionaire tidak kurang hebatnya. sangat hebat kot? atau memang saya suka muzik india tapi bukan hindustan ye? saya paling suka lagu mausam & escape. A.R Rahman adalah antara manusia yang berbakat dalam dunia ini. kalau beliau bekerja sama dengan sheila chandra yang saya minati itu, mungkin soundtrack ini akan jadi lebih indah buat saya.

No comments: