Sunday, September 6, 2009

perlukah?

bagaikan petani yang bercucuk tanam,

tolong nana,
tanam dalam kepala kamu,
tanam dalam-dalam,
biar ia berakar tunjang,

setiap individu mempunyai keperluan & kehendakkan yang berbeza.

mungkin apa yang kamu sangat perlu,
pada orang lain, bukan sahaja tak perlu,
malah tak ingin langsung.

oleh itu tolong nana, tolong berhenti.
berhenti memerlukan yang bukan-bukan.
apantah lagi berkehendakkan.
jangan bikin orang lain turut mual sama kamu.
kamu tidak dikehendaki, wahai nana.

nota kaki
:

* keperluan =

pekara-pekara asas tapi sangat penting dalam hidup, seperti makan, minum,kediaman. dan pada nana (mungkin bukan pada kamu) bahawa kasih sayang keikhlasan itu juga satu keperluan, seperti oksigen untuk bernafas.

*kehendak =

keinginan & kemahuan untuk menjadikan hidup lebih bermakna tapi jika tidak dapat memperolehinya tidak menjadi masalah. kehendak ini berkawan baik dengan nafsu. seperti kamu, nana punya banyak kehendak, tapi masih berbatas. sedangkan keperluan asas hidup pun tak lengkap, lagi pula nak menginginkan sesuatu kan?

2 comments:

kerR {abdullah} said...

kehendak wa dan keperluan wa adalah SHOPPING!

:)

*lu ni jangan le serius benorrr...smile skit! lebiu~

.(ns) said...

ini le gamaknye kalau kite terlalu mengharap..hehe wa yg over..orang lain tak salah pun.. hehe
lebiu more.. ;)