Wednesday, November 4, 2009

itu hari pelangi temani langit



kek cawan sempena rainbow party 2009
kudapan manis ini ada nama kami
sedikit jakon & sangat teruja



rainbow party 2009
adalah hari
bagi meraikan persahabatan kami hampir sedekad lamanya.

tipu kalau aku bilang kami tak pernah dilanda ribut taufan.
bohong jika aku kata kami tak pula perit terkena sinar mentari.
tapi Yang Esa maha adil kerna hadiahkan pelangi yang pelbagai warna
buat kami yang bagaikan laskar untuk terus mempertahankannya.

kami terus saling memaafkan, memahami dan paling penting
mensyukuri persahabatan kurniaan tuhan ini wujud dan
harap kekal kalau boleh sampai
anak-anak ke cucu cicit juga bersahabat baik.

aku mahu keturunan aku tahu betapa indahnya jika
bersahabat dengan keturunan sahabat-sahabat aku ini.

ya memang tinggi melangit aku sayang sahabat sekalian.
aku tahu mereka pun rasai yang sama.
syukur tuhan, Alhamdulillah

"wa manyak ong oo"
terima kasih kerana mewarnai hidupku,
wahai laskar-laskar pelangi!

rujuk cik Kekerr si penganjur untuk tentatif pesta pelangi ini.
syabas big hearted sweet loving friend of mine.

4 comments:

bingbong said...

saya suka paddle pop rainbow..slurpp2 :p huhu

naqibmiller said...

baju pun kene pelangi ek?ish2...

.(ns) said...

bingbong likes paddlepop rainbow! noted! nanti kite lanje wokeh..memang sdap pun! heheh

naqib! sbb tu le parti ni boys were not allowed, one of the reason, mesti boys will complain tang mana nak cari baju kaler2 pelangi..hahah

kerR {abdullah} said...

NANA,
I LOVE U! :)