Sunday, November 7, 2010
November Rain (+) Volcano Eruption
Tuesday, November 2, 2010
semalam aku mimpi lagi
- satu jalan yang luas, ramai orang, di kalangan orang yang aku tidak kenal, dan aku berlari tiba-tiba terhenti. aku tidak menutup aurat. aku tidak berhijab. aku rasa seperti telanjang. aku menangis kemudian ada tangan menghulurkan selendang. aku terjaga.
- suatu tempat, ada seorang lelaki berjubah kelabu, berkopiah putih, kulitnya sawo matang, datang dekat padaku, membawa pisau, tiba-tiba aku menghulurkan tanganku, dia menyiat kulit tanganku, kemudia isinya, seperti daging kebab yang disiat. aku merintih sakit. dia senyum dan menyiat lagi. aku terjaga lagi.
- aku dalam kereta, arwah ibu memandu, tiga orang di belakang, mereka semua berbaju putih termasuk ibuku. mereka semua diam dan tersenyum tenang. di luar aku nampak semua putih dan menuju ke arah cahaya, tiba-tiba aku seperti disentap keluar daripada kereta itu ke tempat yang sangat gelap. aku mula menangis. aku terjaga sekali lagi.
- aku masuk ke rumah lamaku di johor bahru, sudah usang, tapi semua ahli keluargaku berada di situ termasuk arwah ibuku, kemudian aku dimarah oleh dua orang daripada mereka, mereka menangis kemudian ketawa, aku rasa seperti mahu berkata sesuatu, hati aku rasa sayu yang amat, tapi aku tidak sampai hati meluahkannya lalu aku keluar rumah daripada itu, yang aku capai masuk ke dalam satu beg guni adalah Dompet dan Al Quran. Sebaik sahaja aku melangkah keluar, roboh pagar rumah itu, dan sayup terdengar suara seseorang dari dalam memanggilku. Aku cuba menyahut kemudian aku terjaga daripada mimpi itu.
Tuhan sedang memberitahu sesuatu padaku. Aku banyak perlu memperbetulkan diriku. tapi tidurku tidak lena dan bangun dalam peluh dengan hati yang berdegup kencang. Ya Allah, tell me what have i done wrong? Let me fix it before anything get worse. Please Ya Allah, i beg u.Aku paling tidak suka satu perasaan yang boleh menghantui aku, perasaan bernama penyesalan.
Monday, November 1, 2010
rangkaian irama angkasa
sumpah menawan dan majestik ciptaan Allah kan. kalau saya masuk syurga, permintaan kedua selepas mahu cium peluk ibu ayah saya, saya mahu terbang pusing angkasa. InsyaAllah.
banyak benar lagu langit kegemaran saya, berikut antara yang sentiasa dekat dalam hati.
sudah dibilang, blog ini sepenuhnya untuk gratifikasi diri saya sendiri.
oleh itu maaf tuan puan kalau timbul rasa mual dengan obsesi angkasa saya ini.
Monday, October 18, 2010
My name is Al Mubarakah and i'm not a terrrorist.
I'm now watching the 3rd part from 8 parts of uztaz kazim's preach on Yassin & Toha, names for Rasullullah S.A.W. And forgive me, i did't know before this, i often said no one is perfect. I take back my words on that,. There was, He is Rasullullah. Man of Perfection. And you know if i have time machine, i would love to go back to the time while Rasullullah S.A.W. is still alive, even for 5 minutes, i want to see and thank him for his dakwah, sharing and passing Al Quran and his sunnah to us and future generation. He is truly a remarkable man of God. May Allah bless Him and us all.
Do i sound too religious in this entry.?ok i go easy. i'm still the Nana you know. And i'm not a preacher. Pardon me if i went overboard, i'm just sharing what i'm found out and feeling right now. Sharing is caring right?
May Allah have mercy and instill iman in us. Amin.
Sunday, October 10, 2010
ketepatan 101010
Friday, September 10, 2010
dam dam dum bunyi perut saya mahu diisi ketupat, rendang daging, ayam masak merah, nasi beriyani,soto ayam, laksa johor, kek lapis dan kuih-muih.
Saya paling suka pasal raya ini kan adalah kesempatan bermaaf-maafan dengan telus ikhlas dengan semua orang, persediaan sebelum raya, mengemas rumah dan menolong famili masak lauk raya, lepas itu dapat pakai baju kurung raya baru ( saya memang suka baju kurung, rasa macam nak beli 30 pasang untuk 30 hari raya, melampau dan mustahil), kemudian dapat menonton televisyen, makan dan tidur tanpa henti dan menjamu para tetamu dengan hidangan aidilfitri.
p/s : saya gila minat 4u2c dulu ok. hehe lagu raya ini pun saya suka selain lagu raya anuar zain nyanyi masa dia kecik tu. hehe maaf audionya kurang berkualiti. selamat hari raya!
Thursday, September 9, 2010
TAK KYOOT!
- orang bergusti. WWF ke WWE tu semua. kenapa perlu wrestling menyakitkan orang lain, dengan drama segala tambah dengan seluar dalam ketat dan peluhnya? sungguh tidak cute!
- orang berkawad. ok aku tahu orang kata untuk lebih berdisplin. abis kalau tak berkawad tak berdisplin? dengan nak menghadap hujan panas, dengan nak ikut pergerakan serentaknya lagi. adui. displin datang dari dalam bukan dari latihan kawad. mungkin aku tak nampak kecomelan dalam berkawad cuma penyeksaan mental dan fizikal.
- ini mungkin lebih umum. semua orang sama kot. aku memang sama sekali tak boleh berkawan rapat dengan orang yang kerek atau cakap besar. aku tak kira yang apa dikatanya semua betul belaka. bukan iri hati tapi tak perlulah kau canang yang kau baik, kaya, pandai, alim atau apa sahaja, tak perlu beritahu aku. sebab kalau ia pekara itu benar atau ikhlas, aku pasti akan tahu sendiri juga akhirnya. tak cute langsung, cuba kau rileks je boleh kan?
- yang ni pun sangat umum, aku rasa paling tak cute apabila ada manusia yang sampai hati seksa, rogol, bunuh sesama manusia mahupun haiwan. yang membuang bayi lagi. sungguh aku tak faham! macam mana boleh timbul nafsu nak menyeksa. merogol atau membunuh? ini pekara yang aku paling kasihan. kasihan pada yang menjadi mangsa. ini juga pekara aku paling takut. takut aku lebih pada ketakutan aku boleh berubah jadi sekejam itu daripada menjadi mangsa. sumpah aku takut jadi jahat tanpa aku menyedarinya. kalau kau perasan aku berubah walaupun sedikit, tolong doakan dan tegur aku, kalau aku degil juga, tolong pukul aku sampai aku sedar yang aku salah.
- ini nampak ringan, dan memang tak cute sama sekali dan boleh menimbulkan kemarahan aku. aku paling tak suka orang yang berkasar dengan ibu bapa mereka. jangan buat macam ini depan aku walaupun masa itu ibu bapa membuat silap pada kau. tegur mereka seelok yang mampu. tolong. aku alergik, bukan sahaja aku boleh pukul kau malah aku nak sahaja ambil emak dan abah kau jauh dari kau. aku tak sanggup lihat manusia yang bergelar ibu abah dikasari. kalau kau tak mahu mereka, bagi aku. aku sanggup bela mereka macam ibu dan abah aku sendiri.
ish. aku rasa aku teremo. tapi betul la kan, bukan semua benda indah, dan bukan semua bendanya cantik atau dalam kosa kata hidup aku, bukan semuanya cute dalam dunia ni. tetapi selagi kita berakal fikiran dan menpunyai hati budi, tolong hormat dan hargai apa yang ada pada kita, orang lain dan alam semesta. bukan mudah tapi aku percaya kita boleh nampak semua kebaikan walaupun diduga jika kita bersabar dan berusaha memperbaiki diri dan keadaan dari masa ke masa. insyaAllah.
thank you korang rajin baca entri ni. korang memang cute! hahahaha.
eh esok dah raya ek? sedih le plak Ramadhan dah habis. apepun selamat hari lebaran. muga Allah terus memberkati Syawal ini, insyaAllah.
..jpg)
