Tuesday, December 30, 2008

Welcoming 2009 with big hope and pray

I closed 2008 with loads of Alhamdullillah for the ups and down that I have been through. The 2008 journey made it an enriching year resulted to who and what i am today, not perfect but still a grateful and loved person at the end of the day.
So to all my dear family and friends, i pray all the courage and patience you need for the challenges in 2009 and years to come. Please forgive me for my misspoken words and wrongdoings. Much life lessons to be learnt and experienced.
May God eases our journey toward reaching our goals and dreams we have built. InsyaAllah.
Have a barakah and prosperity 2009

Thursday, December 18, 2008

mimpi panjang berjela



Ya Ilahi,
jika mimpi jelma malam ini,
adakan ibuku,
biar mimpi malam ini panjang berjela.
kerna dia tidak mungkin hadir dalam jagaku.
legakan sedikit rindu yang terasa hingga memamah jiwaku.

Wednesday, November 26, 2008

terbuku dalam blog melankolik

77% bernada melankolik.
bila saya lihat balik entri-entri lama blog ini.
does that define my emotions, most of the time?
walhal tika tidak menulis, si nana ni memang
bukan pasif atau suka bermurung.
tapi mungkin hasil penulisan juga cerminan pada dalaman si penukil?
huih. benar saya suka berimiginasi. benar saya suka menulis.
tapi fikir kembali, kenapa bila saya menulis. ia berirama gelap? tidak ceria?
adakah menulis merupakan tempat saya mengadu yang tak terlihat atau tidak terkata pada yang lain?
kenapa saya sangat terbuka menjadi pendengar & penasihat pada orang lain tapi saya susah benar meluahkan yang terbuku dalam hati?
huih. saya risau sebenarnya ini. pedih juga dalaman ni. tolong tuhan.

Thursday, November 20, 2008

ijab & kabulkan aku

secara lahiriahnya, semua makhluk Allah ada pasangannya. langit dengan bumi. bulan dengan bintang. siang dengan malam. perempuan dengan lelaki. tapi saya tak pernah setuju perempuan dengan perempuan. lelaki dengan lelaki. maaf tapi yang pasangan benar adalah sahih, bukannya salah atau terpesong.

dan adat manusia, haruslah disatukan...bila jodoh kunjung tiba. dan rakan-rakan sebaya saya (semuanya sudah berusia 24 tahun) memang akan sentiasa kemukan topik ini. topik hangat dan sangat common. soalan pencetusnya adalah

" bila nak kahwin?"


rakan-rakan perempuan ini akan terus menerus bercerita bagaikan penilik masa hadapan perkahwinan masing-masing. impian perkahwinan masing-masing. ada yang mahu wedding garden, ada yang mahu wedding by the sea, ada yang mahu tradisional, ada yang mahu mengalahkan perkahwinan artis. lucu dan chumel tapi semuanya dengan harapan yang sama, bersama dengan cinta sejati untuk selamanya. InsyaAllah.

saya percaya pada seruan jodoh. dan saya bukan seperti sesetengah perempuan lain. walaupun jika saya lanjut usia pun, sekiranya seruan belum tiba, saya tidak akan mendesak pasangan untuk berkahwin. dan saya yakin, sekiranya saya akan berkahwin, saya tidak akan membebankan sesiapa, terutamanya pasangan saya. saya mahu semuanya sederhana, yang penting selepas majilis perkahwinan itu nanti. fasa sebagai pasangan suami isteri, saya mahu pastikan ia sebuah perhubungan perkahwinan yang bahagia dan kukuh buat selamanya.

dan saya tidak mahu cemarkan kegembiraan rakan-rakan perempuan saya itu yang sedang rancak memperbualkan dan membayangkan saat mereka diijabkabulkan dengan menyatakan perasaan saya yang sebenarnya sangat sayu dalam hati.

saya tidak mahupun perkahwinan yang besar-besaran. saya tidak perlu bersanding atas pelamin, saya tidak mahu semua itu. saya hanya terbayang alangkah bermaknanya jika ibu dan ayah masih ada. saya mahu mereka lihat anak perempuannya ini bahagia menjadi seorang isteri, berumah tangga, bakal beranak, mereka akan dapat cucu-cucu yang chumel. tapi saya ini anak yatim piatu. tiada ayah untuk dijadikan wali. saya tiada ibu yang akan sibuk menyiapkan perkahwinan anak perempuannya ini. mereka tiada pada hari saya diijabkabulkan kelak. saya rasa amat pilu.

tapi saya tahu saya punyai keluarga dan rakan-rakan yang meraikan saya dan pasangan saya kan? saya akan ada ibu dan ayah mertua untuk saya meraih sedikit kasih sayang kan? saya akan bersama sang suami yang pasti mengasihi saya kan? insyaAllah arwah mama dan ayah akan tetap bersama saya pada hari perkahwinan nanti tetapi dari sisi Mu kan tuhan? saya sepatutnya harus bersyukur kan?

tapi mengapa hati saya lara setiap kali saya terkenangkan bakal hari perkahwinan saya sendiri? ;(

Monday, November 10, 2008

praise praise praise

"do you have doubts in life? are you unsure if it is worth the trouble? Look at the sky:that is for you. Look at each person's face as you pass on the street: those faces are for you. And the street itself, and the ground under the street, and the ball of fire underneath the ground, all these things are for you. They are as much for you as they are for other people. Remember this when you wake up in the morning and when think you have nothing. Stand up and face the east. Now praise the sky. And praise the light within each person under the sky. It's okay to be unsure. But PRAISE. PRAISE. PRAISE."

quoted by Miranda July in one of her short stories novel, The Shared Patio, No One Belongs Here More Than You. 2001.
how i wish i'm at least half as talented as miranda july when i write. how i wish i can teach myself while reading and writing, i wish a lot of things. i wish i could be grateful. And i'm still trying. Dear Ilahi, thank you for everything, Praise you for the bottom of my heart. Thank you.

Tuesday, October 14, 2008

bayangkanlah

terlintas pada satu sudut hidup,
bila apa yang nikmat bagi kamu bisa jadi racun pada yang lain?
atau bila apa yang racun bagi kamu bisa jadi nikmat pada yang lain?
haruskah kamu teruskan ataukan korbankan?

rasanya mendung belum beransur dari langitku..

Friday, October 10, 2008

tell me a story

i like films that tells me its okay to cry in the dark.

i like films that tells me its okay to dance goofily in front of your family without being judged.

i like films that tells me mutants, aliens and freaks exist and even superpower figures need love to live their life.

i like films that tells me its okay to eat with your mouth open.

i like films that tells me its okay to drool on your pillow while sleeping.

i like films that tells me its okay to not shave your legs for weeks and still wear shorts to shopping malls.

i like films that tells me I’m not the only one who's going through what i'm going through even sometimes you don't feel like waking up the next day.

i like films that tells me its okay to not wash your face, not comb your hair and go to class or meeting without grooming carefree.

i like films that tells me its okay to love selflessly.not many films that i like are made these days because we live in a superficial world, a fading reality.

* we, the malaysian audiences have a long way to go...we need to think ahead..when i watch films..i do learn, more or often than not about myself but people in general by watching, observing and understanding films...and as i have been learning all these years..about films..again and again..i can sum up that film is all about storytelling..whether its pure or superficial..whether they carry social dynamics or moral issue or plain entertainment...it just tells a story..safe to say i grow up watching films..and being a film scholar is a dream came true. *
[i wrote this on 15th december, 2006, back in uni days]

Tuesday, September 30, 2008

apakah yang dieja depan ke belakang. belakang ke depan, bunyinya sama?

K-A-T-A-K

Pernah tak korang di kelilingi katak yang banyak sampai nak jalan pun tak boleh. terlompat sana sini. dah le melekit-lekit. dah le tu katak-katak tu attack korang, geli kan kan kan?

haaa na pernah.. tapi dalam mimpi..eh betul..dah dua kali mimpi..masa sekolah dulu dengan semalam.. pergh bangun berpeluh-peluh lari dari katak. dah le memang orang fobia katak dengan cicak. kenapalah tak mimpi berenang dengan ikan lumba-lumba ke...mimpi jalan-jalan dengan kungfu panda kat tembuk besar cina ke.. kenapa katak?

na sempat le google dan baca dalam buku tafsiran mimpi kalau mimpi katak:

1) Google:
Frogs are symbols of self-exploration and transformation. Pay attention to messages from frogs in dreams, which are really messages from your unconscious mind.

2) Buku "Erti Mimpi & amalan penawar mimpi buruk" :
- Jika mimpi suara katak, bermakna kebaikan.
- Jika berniaga akan mendapat keuntungan.
- Jika bujang akan cepat kahwin dan jika sakit akan segera sembuh.

Memang ramai cakap mimpi mainan tidur, betul? perhaps. perhaps. na tidak menidakkan. tetapi secara saintifik, it's about your subconscious mind trying to signal something about yourself. perhaps so?

Dan dalam Al Quran pun ada menerangkan kebaikan bermimpi. Ada ketikanya, dengan izin tuhan, Allah memberi khabar atau peringatan melalui mimpi. Seperti yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim & Nabi Yusuf.

Agaknya na ni, bila ditegurNya masa berjaga na terlepas pandang, mungkin Allah ingatkan, tegur na melalui mimpi kot? We have to remember Allah always try to reach us in so many ways. How about us? Apapun kita kenalah gunakan akal dan fikiran dalam mentafsir diri sendiri. tapi janganlah salah tafsiran hingga terpesong aqidah kan?

Tapi seriously, mimpi katak menggelikan sampai naik bulu roma bangun pagi tadi..erghh..

Wednesday, September 24, 2008

aku selak helaian tiga ratus dua puluh tujuh.

Sebentar tadi,
Aku selak helaian tiga ratus dua puluh tujuh.
Masih aku. Masih sama. Masih bab sembilan belas.
Masih perlu banyak belajar.

Cuma hari ini menjurus kerinduan pada lima pekara :
Rindu menyelak buku.
Rindu memetik kamera.
Rindu belaian qaseh.
Rindu ibu bapa di syurga.
Rindu bersujud pada Ilahi.

Masih berbaki beribu helai dihadapku.
Kapan tamat wahai tuhanku?

Sunday, September 14, 2008

kemaruk memetik kamera merasuk kembali


ini foto yang diambil hujung tahun 2005. masa ini, saya baru 5 bulan dapat kamera dslr nikon d50 daripada nano, abang ipar/baba belikan saya sempena hadiah menjadi pelajar terbaik program dan fakulti konvo diploma dulu. aku namakan d50, obscura. ;).. dan setiap hasil fotoku labelnya ++naphotolica.

sebelum dihadiahkan kamera itu, saya sudah ligat dengan nikon fm10 dan nikon coolpix 5000. semua bermula sejak tahun 2003. sejak mempelajari subjek sinema fotografi dengan profesor rushdi kubon pada zaman saya sedang menuntut diploma seni layar di fakulti seni persembahan, uitm. thanks prof! you rock!


tamat sahaja diploma, saya ada juga mengikuti kursus fotografi. antara tok guru yang sibuk dengan canon rebelnya ketika itu ialah tate ghazi. adalah gak saya menjadi jurugambar bebas untuk beberapa acara, aha sudahpun jadi jurugambar orang kahwin, letih tapi seronok juga. kemudian saya menyambung ijazah. nak cukupkan credit, saya sanggup amik subjek sinema fotografi lagi. Alhamdulillah dapat A gak. i love the class!

setelah tamat ijazah, saya mula sibuk bekerja, saya jarang memetik kamera hinggalah sekarang. adalah sekali sekala. saya paling suka ambil foto makanan, orang dan jikalau objek, saya suka mengaplikasikan teknik macro. dan di kalangan rakan-rakan, saya antara yang selalu diharapkan membawa kamera. ramai di kalangan rakan saya bukan sahaja mahir fotografi tapi secara sukarela menjadi model-model tak berbayar. senang nak bentuk. jinak-jinak. ;P


dan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, saya perhatikan sudah anak muda mampu memiliki dslr. ada yang memang bagus. memang jauh lebih advance. ada yang sanggup berhabis duit. ada yang sanggup mengikuti kursus. saya salute mereka-mereka ini. self tought photographers yang berjiwa seni.


tapi ada juga yang menjadikan ia hanya sebagai satu objek yang perlu dimiliki, fasa aliran semasa yang dinamakan trend. pakai kejap pastu mula bosan. alahai adik-adikku, janganlah bazirkan wang dan siakan kameramu. fotografi adalah satu medium seni yang harus dimahirkan dan secara berterusan. janganlah setakat gantung di leher dan membawanya ke kompleks membeli belah. cara pegang kamera pun salah. rugi dik, kalau tak mahu, dermakan sahaja pada anak yatim piatu macam kak nana ni. hee

saya bukanpun terlalu berbakat dalam fotografi, cuma terlalu minat, dan bukan kerana ia aliran popular ye? saya hanya memetik dan menghayati foto-foto telah terabadi. rasa puas dalam hati. bukan untuk orang lain pun, ia hanya seperti makanan buat jiwa saya. fotografi sama penting dengan filem, tinggi kedudukannya terletak dalam diri saya ini. kini gian memetik kamera tiba kembali. dan kalau rezekiku dilimpahkan lagi, nak saja upgrade pada nikon d300. soon nana, soon, insyaAllah.

Friday, August 29, 2008

boleh tak lu jangan panggil wa babe?

pertama,
saya adalah anak kepada Allahyarham Fatimah Said. Maka panggilan "KAU" "AKU" dilarang digunakan dalam keluarga. Dah pantang arwah ibu. kasar pada tanggapannya. saya hampir ditampar oleh abang ipar saya kerana berbicara kau aku dengan adik saya.ketika itu dalam zaman remaja. mungkin terbiasa di sekolah. hingga terbawa-bawa ke rumah. sejak hari itu. saya tidak guna lagi "KAU" "AKU" melainkan dalam penulisan puisi atau mungkin ketika bicara dengan tuhan dalam hati.

kedua,
saya adalah anak jati johor. saya paling selatan di johor. sekangkang kera dari singapura. bahasa melayu saya bercampur. saya banyak berbual dalam bahasa campuran melayu johor dan melayu singapura. dan sudah dibiasakan berbahasa inggeris di kalangan ahli keluarga saya. bukannya saya fasih benar bahasa inggeris tapi adakalanya ada pekara yang saya utarakan rasanya lebih elok dalam bahasa inggeris. lebih-lebih lagi ketika marah. tapi jangan risau, saya bukan jenis yang suka maki. saya jenis lebih banyak membebel.

ketiga,
setiap orang yang berkawan dengan saya. kalau yang lebih formal, hormat atau memang pada yang lebih tua, saya akan sentiasa bahasakan diri saya "orang" atau nama saya sendiri "na" . dan saya jarang cakap "i" "u" dengan orang lain. tak tahu kenapa, macam tak perlu campur aduk melayu dan inggeris. unless saya sedang bergurau berlakon seperti perempuan gedik dengan rakan-rakan. main-main je ye. kalau betul-betul, tolong lempang je saya.

dan saya minta maaf, jika saya sudah anggap anda rapat dengan saya, saya akan membahasakan diri "gua, lu" pada anda. sebab saya sudah terbiasa, tidak bercakap "kau,aku" dalam keluarga. bukan saya nak bersifat macam bagus kononnya orang jb, pengaruh singapura, tapi itu sahaja caranya saya menunjukkan saya sudah selesa dengan anda. maaf kalau "gua,lu" bunyinya lebih kasar pada anda daripada "kau,aku"

yang peliknya pula, walaupun saya dah biasa dengar pelbagai panggilan buat rakan-rakan ketika berbual, tapi saya tak akan guna dan kurang gemar panggilan "babe atau dude"dan kalau boleh janganlah panggil saya "babe"..kan saya ada nama? tapi kalau anda dah terbiasa. takpelah teruskan.. ;P

keempat,
saya hanya membahasakan diri saya "saya" pada pasangan saya sahaja. dan saya akan panggil dia "awak". bila saya jiwang, saya panggil dia "awakku" hee awak juga sering ditujukan kepada golongan kanak-kanak bila saya cuba mendekati mereka. hee

kelima,
saya juga menggunakan "saya" ketika ditemuduga atau penulisan sebegini sahaja. ;P

sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya tulis entry ini. mungkin saya mahu anda semua tak terkejut bila saya bahasakan diri "gua" "lu" pada anda nanti kot?

Friday, August 8, 2008

the end is the beginning is the end

** wrote this back way back in October 06, 2005, yes i like to dig my old writing the repost it in here**

five months ago, i've read Martin Page’s ‘How I Became Stupid’.. i reckoned i could finish it in a day but i just got my hands on the dictionary..believe it or not, couldn’t let it out of my sight..i went to sleep with one thumb stuck in its pages..dreamt about the last word i saw before i fell asleep,..woke up with its soothing weight on my belly..

anyway everytime i start a novel..read i mean..i would read The End first..not the whole chapter or the whole ending...not even a whole paragraph.. just the final line..or the final two lines.. it's been a habit for a long time..i didn't even notice it at first..i just did it, instinctively..like it was the way it should be done..

my last read has a final line that goes like this ,
"I peaced her back.Then they were gone."

i began to learn that book endings are often not the endings we usually expect.. some endings are a new beginning..some are half the journey.. some are a discovery...some are the end of a book and the start of a new mental sphere..some are simply just what it is.. a string of words..open to interpretation...hung out to dry, to soak up the sun..to be drenched in the rain, to go with the wind of curiosity...

how horrible it must be to have no ending...to leave the reader with no purpose, to abandon a book its voice, to not justify a book its existence..

good endings often bring about the unexplainable tug at the heart..sounds corny, i know... there's the Ahhh, the release of a new breath of air..sometimes a choke of dust..hurm sometimes a squeeze of the chest area..hehe.. it's a good feeling and it could be addictive, i believe..like a book worm's ecstasy...a good beginning makes the heart skip a beat, draws the mind to its potential.. a good ending is Unpredictable..it's not safe......it's not under control..it's free..it has no master...

an ending does not have the ability to contain..sometimes it takes 77 pages to arrive, sometimes hundreds...and then it just flees...it takes off on its own..it has no craft..no style...yet life, no plot, no content..it's the end...


The End.

* i've been too busy..i just miss the moments whenever i'm lost in my own world just by reading a book with my dictionary..owh ever so precious moments *

Sunday, July 27, 2008

senandung si kofiholik

hari begitu mendung. musim sedemikian dingin. kadang kala bahang amat. mari duduk. sejenak bicara dengan saya. mungkin, dapat kita mulai dengan cuaca. lalu, kita bisa lanjutkan tentang kabar dari mimpi, kisah di ujung-ujung harap, ceritera duniawi dan mungkin sedikit rindu dari tepi-tepi hati yang hampir menguning. anugerah dan dugaan sang Pencipta. bikin kita ribut. bikin kita matang. mari kita bicara saja.

bersama secangkir kopi panas. atau kamu mahu ais jeruk?

Monday, July 21, 2008

remedi

setiap hari,
walaupun perit mana,

terlangsai

tika terbaca katanya.
terdengar suaranya.
terlihat senyumannya.
terima kasih, qaseh.

Monday, June 16, 2008

magical sickening mask

"i never see u sad"
i smiled to that statement every time.
should i be proud of myself because i manage to do so,
but in the actual fact,
this smiling face is just a mask i put on?

aa well.. everybody has their magical mask, don't they?
it's so sickening how sadness and disagreebles in life can be fixed by not being yourself. i hate my mask sometimes. don't you?

Friday, June 6, 2008

paradoxicALly

***written this on Friday, July 07, 2006

my tears,mean not sadness..
my laughter, mean not happiness...
for behind certain tears, cries happiness..
and behind certain laughter, lives sadness..
my softness, is my strength..
my weakness, also lies in my strength...
strong am i, that need i no other being..
yet weak am i, that thy warmth i go seeking...
strong am i, that laugh i can without laughter..
but weak am i, that cry can i without tears..
yet how strong am i?
that need i to cry without tears?
yet how weak am i?
that need i laugh without laughter?
having multiple emotions,not mean i'm complex..
not having you, not mean i'm incomplete..

my certain laughter & definite tear amuses me...paradoxically

[what does not bother, matters to me]
AL mubarakah

Tuesday, May 13, 2008

bulan sedang sakit

bulan hampir mengambang penuh.
warna seperti sedang sakit.
pedih.merah jingga. pekat dan gelap.
arwah ibu kata kerana mengikut rasa si pemimpin.
mungkinkah pak lah sedang tidak lena tidur?
adakah pak lah sedang beristighfar panjang?
mendoakan yang terbaik buat negara yang sedang dipimpini?

sambil sang isteri mak jean (dengan masker di muka) mengusap lembut bahu suaminya
"you need to get enough sleep, tomorrow is going to be a long day, dear"

pak lah dengan loghat utaranya menjawab,
"depa sema duk rusuh ja. depa dak paham pesaipa. naik luruh jantung duk pikiaq dari tadi. serba dak kena.. takpa lah maknya pi tidoq dulu neh,"


tidak memihak. cuma sekadar terlintas dalam fikiran saya. kita terus menerus menyalahkan pemimpin. tapi harus juga kita tahu, dia. sama seperti kita. manusia. he can't be perfect. so let's not be so prejudice and judgemental. beri peluang. sesama manusia. mungkin si pemimpin juga ingin tidur lena.

Monday, May 5, 2008

bahasa perasaan

biarpun sejuta puisi
biarpun ada ragamnya
aku cuma mahu memahami
aku juga mahu difahami
maka Ilahi, ajari aku bahasa perasaan.
kerana aku mahu dia rasa apa yang aku rasa.
CINTA

* aku gementar benar. aku rasainya kembali. bikin hatiku tersenyum. rasa seperti bateri sudah dicas. kali ini terbitnya dari utara. kenapalah dari dulu lagi aku cair dengan loghat utara? awat??

Thursday, May 1, 2008

pengakuan si insomnia

Aku memilih tengah pagi mencari sepi, senyap dan murni.

Aku memilih tengah pagi menghindari gaduh, riuh dan polusi.

Aku memilih tengah pagi menemui Maha Penciptaku, mengadu dan mengaku.

Sunday, April 20, 2008

reaLove

cinta, kasih, sayang. love.just a reality check on it. i have this 3 love films on my mind for now:

closer
a twisted tale of wanting to love and to be loved in a relationship. and love somehow can destroy everything. i mean, everything you believe in, in my case, all boils down to love. tragic isn't it? i can never live without believing in love. ever.i've downloaded the script after i got to watch this film last 3 years. it still makes me shiver after watching it again & again.

p.s, i love you

a must watch film. how in the world would we survive without our other half? kan kan? memang bleh leleh air mata kalau feel & fokus naratif film ni. and it tought me , that if i can love myself, i can love another.but still, like notebook, p.s i love you is too mushy for my liking. next!

feast of love

this film is a perfect example about love. it really does. it sums up the whole balance of love. to feel joy. to be hurt. to feel. to give. to take. to hate. to love again. it is so real.owh yeah. i really like this one.besides that, morgan freeman is one of the main cast.why should i elaborate? simply brilliant.
oh dear love, how am i ever going to on without you?

Wednesday, April 16, 2008

Gerimis Semalam



Dulu kita berduaan
Saling mengasyikkan
Kini kau tiada
Tinggal ku sengsara
Hujan renyai semalaman
Tidak kuhiraukan
Laluku terdengar beduk bersahutan
Gerimis pun reda
Angin syahdu bawa berita
Kau telah tiada lagi
Pulang ke hadratnya
Tiada dapat kulihatdan dengar lagi
Wajah dan kata terakhirmu
Kumeratap pilu
Kelu hati kepasrahan
Kumelangkah longlai
Meninggalkan dikau
Tenang sendirian
Hanya doa kuhulurkan
Dalam tangis derai
Harap dikau tahu
Cintaku padamu
Tiada lagi senyum dan tawa
Meneman kita di saat berdua mesra
Hanya ku sendirian
Dalam gerhana senja menuju
Pusara usungmu di hujung desa
Penuh duka hampa

by Sheila Majid.

Jika arwah ibu masih ada, usianya 64 tahun hari ini. hampir setahun dia telah bersama Yang Empunya Dunia & Akhirat.

Iya aku redha ibu bersama ayah di tempat yang lebih baik. cuma rindu. rindu yang amat. rindu yang tiada hujungnya.

Sejak kehilangan ibu, tiada lagi aku mohon dipanjangkan umur, hanya berdoa segerakanlah menjemputku, tuhan. aku mahu seperti dulu bersama ibu dan ayah.

Dan tidak mahu sama sekali kehilangan ibu dan ayah lagi walaupun sesaat.

Saturday, April 12, 2008

good morning, gastronomist

all of a sudden my stiff lips can't stop curving.

caffe latte with pancakes....

Friday, March 28, 2008

my sky screen

the sun sings in warm orange voices
the sky twirls in seven brilliant colours
so why do I stay here among blackness when
I can stray among different brightness?

Sunday, March 16, 2008

toes dipped in clouds

i'm floating
of among the beatings
of our wings
among the echoes our souls whispering
let's fly higher
to HIS 7th Heaven

Monday, February 25, 2008

when everything fails

shoalin soccer

this is a quick way to cheer up yourself after a bitter day or situation..


stephen chow (shoalin soccer is my favourite of all his films), adam sandler (all his films) & p ramlee (esspecially bujang lapok trilogy)..


they have this magic on me. they made me believe in happy endings no matter how screwed my life could be at times and laughter is always the best medicine.


i feel good already just by remembering of stephen chow's exaggeration in shoalin soccer. funny as hell! klako!!

Saturday, February 2, 2008

langit aquamarine



langit ciptaan jiwa saya ni teman setia bumi. langit saya kekadang cerah. kekadang gerimis. kekadang ribut. tapi selalunya berseri. dan langit saya warnanya aquamarine. warna langit kamu/awak/anda? boleh pilih seperti berikut:

a) warna zaitun
b) warna merah darah
c) warna hanya Maha Pencipta saja yang tahu


saya percaya ada pekara boleh dikongsi dan ada yang harus diperibadikan. cukuplah kalau anda tahu 33% tentang saya dalam blog ini (itu pun kalau saya rasa ingin menulis). 20% tercatat di blog langit aquamarine (pun sama, kalau terpanggil untuk menulis, jangan risau, blog ini pun lebih kurang sama dengan yang aquamarine). tetapi peratusan selebihnya hanya antara saya dengan Maha Pencipta.


begitu juga dengan anda kan?

Monday, January 28, 2008

mengimbas coretan lampau

tajuk: mama nana
tarikh: 13 julai 2007
waktu: lima hari selepas mama meninggal

sudah lima hari ibuku pergi. buat selamanya. hanya Allah yang memberi kekuatan untukku meredhai pemergiannya. na cuba tidak meratapi. tapi hingga kini air mata tak berhenti mengalir. kini penghubungku dengan arwah mama hanya bekalan yasin, solat dan doa dari mata terbuka hingga terlelap kembali. na akan terus perbanyakkan amal jariah untuk mama.

Mama dijemput kembali ke rahmatullah dalam tidur waktu subuh ahad lalu. Dalam senyuman yang tenang. 8 pagi mama tak bangun lagi. ku kejut Mama berulang2 kali tapi tiada jawapan. tika itu. lekapkan telinga di dada. tiada degupan. tiada hembusan nafas. mama sudah tiada. menggigil seluruh tubuh badanku. ibuku benar-benar telah tiada. Innalillah. dalam menguruskan jenazahnya dari rumah ke masjid, na x dapat menahan air mata. walau tidak meratapi meraung2 namun MasyaAllah nyawaku bagaikan telah gugur di kaki. na cuba bertenang namun dalam hati MasyaAllah. MasyaAllah. Besar benar dugaanNya buatku.

nana mandikan jenazah mama. dalam kumat kamit na berdoa, tergerak hati mungkin mama akan membuka mata mengatakan dia tertidur. dia akan bernafas kembali. tapi tidak. tangan dan kaki mama sudah kaku. dingin. namun berseri. jenazah mudah dikapankan. ahli surau yang menolong nana, cici dan kak lynn mengatakan mama mudah dikafankan. Alhamdulillah.

setelah solat zuhur dan solat jenazah, mama dikebumikan di tanah perkuburan ampang. nana lihat adik menangis separuh nyawanya. na membeku melihat mama bertemu dengan kembali dengan tanah. sekali lagi pintaku pada Allah, tukar gantikan nyawaku dengan mama. perit benar rasanya. namun nana harus redha. nana merupakan orang terakhir meninggalkan tanah perkuburan. berat hati meninggalkan mama.

sehari sebelum mama pergi, bagai telah disusunkan, na dapat cuti bekerja 2 hari, setelah 2 bulan bekerja tanpa cuti walaupun pada hari minggu. na dapat bawa mama bersiar-siar, makan, dia mengadu sakit perut, na dapat bawa dia ke klinik. sehari sebelum mama pergi, hati tergerak mengambil banyak rakaman video sambil berkata "na amik gamba ma byk2 eh, nanti na rindu na bleh tengok" rupa-rupanya ma tinggalkan na, selamanya.

na x dpt spend byk mase dgn ma. na keje sbb na nak senangkan ma. rezeki na murah sgt sebab doa dan sokongan ma. ma. ma. ma. ma. now ma is not there to greet me with morning kisses and waving goodbye as i go to work. no mama for me to go home to. her bed is empty. her presence still lingers. i can still hear her voice calling out my name. saying how much she loves me. i miss her stubborness. i miss her sweet smile.i can still feel her kisses on my cheeks and forehead. i miss her. she is the most understanding person in my life. she supported me as a whole person. she believes in me. she loves me for what i am. she never ask for anything back in return. she was always there for me. now she remains in my heart and soul.

when i start to grieve. to cry. to mourn. all i can do is doa n read yasin for her. sumpah nana sedih. i'm having sleepless nights. my heart ache so bad. i cry when ever im alone. i can't think straight. i feel like all my dreams, missions and accomplishment became meaningless but then again Subhanallah. i can't just give up. I’m sorry Allah. i have to get back on track. i know. everything happens for a reason. Allah turned me into yatim piatu for a reason. Allah wants me to take care of the family. Give me the strength ya Allah.

i lost both of my parents this year. besar benar dugaan Allah untuk na. im still in grieve. mourning. but i have to be strong for cici, kak lynn and nano. i need to be strong and go on with my life for them. for mama. for ayah. for my family. i cant breakdown now. or ever. even i feel empty. so so empty. it is not easy. at all. i'm surprised to know that i can still put on a smile and wake up the next day no matter how much it hurts. how Great Allah is. Subhanallah. and i should be thankful because I’m still blessed with beloved family and friends who will always be there for me.
terima kasih kepada semua. terima kasih atas doa dan sokongan semua. Muga Allah sahaja membalas jasa baik semua. everybody said the fatimah said they known was a generous loving and kind person. mama akan tolong orang walaupun dia akan susah. mama akan buat apa sahaja untuk tengok arwah ayah and ahli keluarga na bahagia walaupun mama selalu terseksa. sekarang mama dah pulang kembali ke pangkuanNYA. and i know she is happy there. she is not sick anymore. she can finally be with ayah. InsyaAllah.

and yes i miss mama dearly. Muga Allah ketemukan nana dengan mama dan ayah suatu hari kelak. soon. yes hopefully soon. Muga Allah merahmati Allahyarmah Hjh Fatimah Said dan Allahyarham Hj Suleiman Omar. dan ya Allah tempatkan ibu dan ayahku di kalangan orang yang berIman. disampingMu Ya Allah. Muga kita akan kembali bersama ya mama....ayah. Amin. InsyaAllah.

***kepada yang sudi membaca blog ini, na mohon hadiahkanlah AL FATIHAH kepada kedua arwah ibu bapa na. Muga Allah memberkati kedua ibu bapaku dan kita semua. insyaAllah.***

Allahyarhamah Hajah Fatimah Said
160444-080707

anakmu,
Nana Al Mubarakah bt. Hj Suleiman

Friday, January 11, 2008

semantics

words
they mean nothing
and yet they mean everything
i want them to make sense
but it all sounds foreign to me
what is inside my head
doesn't match what my hand writes
and everything is lost
paragraphs
and syllables
grammar and punctuation
similies and metaphors
verbs and nouns
i understand them all
but i can't write a thing
i'd like to let you know
everything inside my head
but i can't find the words


** wrote this piece on june 11th, 2005...perhaps this is my "writers blocked" lullaby.. ehek!