mana mungkin langit sentiasa cerah
ada tika awan hitam pasti berarak
kadang boleh banjir kilat di muka bumi
tak selamanya mentari menyinar
tak selamanya pelangi menari
tetapi langit tetap bertemankan bumi
atasi dengan kepercayaan, doa, setia dan perlu, lebihkan berhati-hati daripada curiga. :)
hati-hati dalam menjaga hatinya. hati-hati dalam memahaminya. hati-hati dalam mencintainya. kerana dia punya hati. hati kita pun harus dipelihara juga.
pesanku pada diri sendiri dan rakan-rakan yang sedang dicintai dan mencintai,
termaktub dalam Al Quran, jangan terlalu mencintai, kerana mungkin ia akan jadi pekara paling dibenci, jangan terlalu membenci, kerana mungkin ia akan jadi pekara paling dicintai.
soalan pertama saya utarakan pada rakan-rakan ini dalam sesi luahan hati, "selagi sayang, bertahan, tapi jika rasa sudah memudaratkan, lebih baik berundur tanpa mengeruhkan lagi keadaan. keberdayaan dan ketahanan dalam berkasih sayang ini perlu banyak pengorbanan"
saya tahu saya boleh nasihati, barangkali yang sedang menghadapinya sekarang sedang lirih. tapi saya juga pernah dikhianati dahulu, hati saya diduakan. pedihnya kan? itu mungkin saya dahulu langsung tak curiga. kerana itu kita perlu rasa sedikit curiga dan tak perlu 100% hati padanya. cukuplah 50%, selebihnya simpan untuk merawat hati sendiri.
samaratakan hati. pada dia. pada diri sendiri..InsyaAllah muga tuhan memberkati hati-hati kita yang sedang cintai mencintai ;) InsyaAllah
hebatkan bila hati sudah bilang "aku cinta dia?" adeh...:P
No comments:
Post a Comment