Thursday, December 31, 2009
Tuesday, November 24, 2009
goblok yang gampang
Friday, November 13, 2009
oceania
"eeeeeeeeiiikkkkk...eeeiiikkkk..eeeiikkkkkk? eeiikkkkkkkk!!!!"
"eeeiikk? eeeikkk...eeiikk...eiiik....eeiiikkkkkk"
itu perbualan aku dengan ikan lumba-lumba yang bakal aku jumpa barangkali sebelum usia mencecah 50 tahun.
kerana sebelum aku tua, aku harap aku dapat berenang dengan ikan lumba-lumba di lautan australia. pada suatu saat yang indah jika aku murah rezeki & panjang umur. doa-doakan ya?
InsyaAllah hujung minggu ini aku akan bercanda di pasiran pantai bersama beberapa teman karib. tak lama, cuma sehari dua. dan tak jauh pun, hanya di pulau pangkor.
rasa teruja, mungkin sudah lama tak ketemu kau, ombak... ;)
p/s= ini antara video musik kegemaran aku dari bjork. susahnya nak cari video ini dalam youtube, universal music lokek, jaga sangat copyrightnya. bestkan kalau bleh menari-nari dengan obor-obor macam dalam video musik oceania ni? ;P
Tuesday, November 10, 2009
haiku aku
Wednesday, November 4, 2009
itu hari pelangi temani langit
rainbow party 2009 adalah hari
bagi meraikan persahabatan kami hampir sedekad lamanya.
tipu kalau aku bilang kami tak pernah dilanda ribut taufan.
bohong jika aku kata kami tak pula perit terkena sinar mentari.
tapi Yang Esa maha adil kerna hadiahkan pelangi yang pelbagai warna
buat kami yang bagaikan laskar untuk terus mempertahankannya.
kami terus saling memaafkan, memahami dan paling penting
mensyukuri persahabatan kurniaan tuhan ini wujud dan
harap kekal kalau boleh sampai
anak-anak ke cucu cicit juga bersahabat baik.
aku mahu keturunan aku tahu betapa indahnya jika
bersahabat dengan keturunan sahabat-sahabat aku ini.
ya memang tinggi melangit aku sayang sahabat sekalian.
aku tahu mereka pun rasai yang sama.
syukur tuhan, Alhamdulillah
"wa manyak ong oo"
terima kasih kerana mewarnai hidupku,
wahai laskar-laskar pelangi!
rujuk cik Kekerr si penganjur untuk tentatif pesta pelangi ini.
syabas big hearted sweet loving friend of mine.
Tuesday, October 27, 2009
all better in 30 min-ish
sitcom stands for situation comedy. dan saya, an addicted sitcom junkie. yes i am and proud of it. if most people want their life to be filmed, i would choose to be sitcomed instead. it's the sense of sentimental value that makes me attached with the whole idea of sitcom. before you know it, you have been watching the sitcom for 7 seasons straight and you know the characters like you're one of them, kan kan kan?
first, the narrative is pretty basic intro- a conflict arises - comes solution and end up with a wise wisdom feel to it that anybody can relate to. nothing too fancy and you don't feel bad laughing while watching it. a problem arises then kiss & make up ending always a hit with me. but most of all, the characters in most sitcoms, saya sangat senang dengan perwatakkan bapa yang cool seperti THE COSBY SHOW dan MY WIFE & KIDS or kawan-kawan yang pelik seperti THE 70's SHOW? and tell me, everybody has similarity with all the buddies in FRIENDS right? i think i'm a mix version of phoebe & joey. ;P kamu?
i have so many favourite sitcoms..FRESH PRINCE OF BEL-AIR, FULL HOUSE, PERFECT STRANGERS, BLOSSOM, BOYS MEET WORLD, etc..eh how bout sitkom melayu? the best so far will always be 2+1. siapa boleh lupa karekter sam lakonan imuda? "nama i sam.. S. U. E..SAM" . pak uda of PI MAI PI MAI TANG TU pun lagend kan. ;P erm KOPITIAM pun not bad. and sitcom with zaibo & wardina in workshop pun ok. err i forgot the title..hehe.. but the rest of local sitcoms kurang menarik dan the cast, i dare say, trying too hard to be funny. and i'm sorry, but senario is too crappy. i don't like them at all.
like i said, the magic of sitcom us that you will feel better in 30 minutes and appreciate your family & friends more. so now you know, why my monday night is important to me? sitcom marathon of course..to replenish my soul with positive vibes towards happy ending in life. ;)
Tuesday, October 20, 2009
paradigmaku enggan berganjak?
pertalian aku sama ahli keluarga, para sahabat & kekasih, Alhamdulillah UTUH.
yang kini aku risaukan, AKU.
sekarang ini, al mubarakah adalah seorang perempuan yatim piatu tidak berharta dan tiada pencapaian hebat untuk masa hadapan.
sampai bila aku akan mempertaruhkan diri yang sentiasa mendatar ini? silapkah aku sudah meninggalkan sifatku dahulu yang workaholic & high achiever 24/7 tanpa memperdulikan hal-hal lain? tak salahkan sekarang aku lebih senang berpendapat kecil asalkan aku hidup normal berkeluarga, berkawan dan bercinta macam orang lain?
aku risau tuhan. kenapa aku rasa sebegini? aku tak mahu kesempurnaan, cuma aku tak mahu jika apa-apa terjadi, aku akan komplikasikan hidup orang lain. aku takut tuhan. aku tak mahu merosakkan hati-hati sekalian manusia yang punya hubungan dengan aku kerana aku tidak berjaya pada pandangan mereka.
Ya Ilahi, suntikan lagi dos kesyukuran dan keyakinan pada aku. jadikan aku tekad menghadap qada' qadar mu tuhan.
Thursday, September 24, 2009
in a state OF weirdness IN happiness
inspite of knowing my house where i grew up was sold to a total stranger two days before raya,
and to realise you don't have a place on your own to invite anybody for hari raya,
or to understand some people can get into fight and come clean with a fresh start on third day of raya,
even came across someone from your past who made you walked through hell before then only to feel better u felt that before on fourth day of hari raya,
i can still overcome all this because, i know whatever experiences i've been through, it will only make me a stronger person, to be thankful for everything and hopeful of tomorrow. i still have my dearly family & friends. and for that i'm sincerely happy.
thank you hari raya aidilfitri, the surprises you've given me every year only enriched me, as a whole person. Alhamdulillah.
Thursday, September 17, 2009
kebersamaan 500 hari bumi & langit.
dengan debu-debu itu,
kita coret kisah kita
pada udara dilangitku.
* pesan pada semua pangeran bumi & peri langit. turut doa. seiring dengan usaha kita untuk kekal hingga hujung nyawa.
Tuesday, September 15, 2009
jika tamat pinjaman hidup
kalau saya meninggalkan dunia,
setelah semuanya kembali normal,
ada lagi ke orang ingat saya?
menjenguk blog yang sedikit goblok ini?
sudikah kiranya menghadiahkan saya ayat-ayat suci Al Quran?
seeloknya sebelum pergi, manusia patut tinggalkan nasihat yang boleh digunapakai.
seakan debit untuk ke syurga kelak.
adakah blog saya atau blog kamu itu tersaji ilmu & tips untuk dunia akhirat dengan yang bisa menjana minda malah mungkin merubah menjadi manusia yang lebih baik orangnya?
eh nawaitu saya cuma mengingatkan sesama kita. bukan menakutkan sesiapa.
yang pasti, Alhamdulillah, kita masih ada peninggalan blog-blog seperti blog Allahyarhamah Yasmin & Allahyarham Uztaz Asri padat dengan filsafat untuk kita jenguk, fikir & aplikasikan dalam hidup insyaAllah.
Sunday, September 6, 2009
perlukah?
tolong nana,
tanam dalam kepala kamu,
tanam dalam-dalam,
biar ia berakar tunjang,
setiap individu mempunyai keperluan & kehendakkan yang berbeza.
mungkin apa yang kamu sangat perlu,
pada orang lain, bukan sahaja tak perlu,
malah tak ingin langsung.
oleh itu tolong nana, tolong berhenti.
berhenti memerlukan yang bukan-bukan.
apantah lagi berkehendakkan.
jangan bikin orang lain turut mual sama kamu.
kamu tidak dikehendaki, wahai nana.
nota kaki:
* keperluan =
*kehendak =
Monday, August 31, 2009
olah-olahan sutradara versi realiti
mungkin kau lupa, sekali tuhan petik jari.
apa yang kau arah berbalik pada diri kau sendiri.
Tuesday, August 25, 2009
mungkin hari ini langit engkau hijau, bumi aku ungu.
bukan apa yang kau kira.
biarpun begitu,
jalannya sama,
keberdayaan.
tujunya serupa,
kebersamaan.
Saturday, August 22, 2009
aku barakah kerana jiwanya tenang
tuhan,
malam ini jelangnya ramadhan.
si jiwa tenang mengadukan lagi,
perit rindui ibu abah yang menunggu kami di syurgaMu.
si jiwa tenang itu tampak teguh zahirnya.
dalamnya cukup ampuh.
kadang wajahnya senyum, tapi matanya tidak.
si jiwa tenang perlu tahu, aku masih bertahan kerana dia ada.
si jiwa tenang perlu tahu, aku jadi kuat kerana dia ada.
si jiwa tenang perlu tahu, aku terlalu kasih padanya.
si jiwa tenang perlu tahu, aku sanggup kalah untuk kemenangannya.
si jiwa tenang itu darah dagingku.
si jiwa tenang itu bukti cinta ibu abah sejurus aku.
si jiwa tenang itu antara kurniaan tuhan yang teristimewa buatku.
si jiwa tenangku, kau tahu, aku rasa diberkati kerana wujudnya kamu.
kalaulah cici tahu,
sejak lahirnya cici,
kalau boleh nana tak mahu ada orang & apa sahaja sakitkan cici.
kalau boleh nana mahu cukupkan segalanya untuk cici.
kalau boleh nana mahu tebus setiap salah & buat semua yang baik untuk cici.
tapi kesempurnaan itu hanya milik Yang Esa.
kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar kita,
anak Allahyarham Suleiman & Allahyarhamah Fatimah terus bertahan
kerana nana ini, tetap kakakmu dan cici itu, tetap adikku, dunia akhirat.
insyaAllah, kita bolehkan adik. kita ada masih ada jiwa-jiwa penting dalam hidup,
kita ada mami lynn, babanano, mamacah, bampa, kakmi, bampi, kakyan,
ameer, jazmeen, sofeea, tareeq, abang, hairi, yana, apish, ika, kak fair, boy, didi & jaja.
kita ada syai, kita ada bancik, kita ada sahabat-sahabat.
kita ada mereka yang hidupkan kehidupan kita.
kita perlu bertahan untuk mereka jugakan?
cici, si jiwa tenang, mama & ayah dah dekat dengan kita,
bulan ramadhan mereka pulang ziarahi anak cucunya.
mama & ayah mesti suka tengok kita sentiasa sihat &
kuat semangat & tak pernah sedetik lupakan mereka.
Monday, August 10, 2009
Kawan Baru Saya dari Darjah Dua Molek
But this blog is mostly dedicated to my new friend, a liltle 8 years indian boy, named LALI. He lives a block from mine. it started a week ago, on my way to work, i was walking to the bus stop, LALI was trying to thrust some star fruits using a white pole from his neighbour's tree, suddenly just call out to me,
"kakak, tolong saya, saya tak sampai nak ambil buah belimbing kat atas tu" he spoke clear fluent malay.our conversation was just like bahasa melayu primary two's so called muhibbah short story between ahmad, muthu and chong, seriously. minus chong ler.
and being nana, who loves children, without hesitation, went near him and helped him thrusted his final two savoury starfruits.
"terima kasih kakak, saya dan mak saya tinggal kat rumah tu. saya memang suka sangat belimbing"
LALI, with his twinkling eyes. from that moment i was hooked. this boy is adorably cute and friendly. i took his pictures and promised him i'll give him the photos as soon as possible.
BUT the sweetest thing this lil friend of mine did was when i came back home from work last night, my sister said LALI came by to find me and left me a present.
The present was naively wrapped by LALI, when i opened it, it was his old broken free RIBENA film camera. i was so touched, i almost cried. This is too wonderful to be true.
Perhaps he is happy to have Kak Nana as his new friend. the most important thing of all, LALI, the liltle 8 years old indian boy have tought me the value of friendship is beyond compare to age, sex, race, religion differences, it's only about a mutual company u regard as a friend.
I'm a happier person today because of this new bond of friendship. Thank You, Ilahi. Alhamdulillah.
Tuesday, August 4, 2009
hey love, say hi to jealousy.
uik al mubarakah cemburu?
macam sudah lama terpadam.
barangkali sejak hati putus harap esok tiba.
sejak arwah ibu tiada, fikiran aku, esok biarkan esok.
kalau kau mahu, kau terus ada.
kalau kau tak mahu, kau tinggal saja.
maaf, aku takkan berharap kau ada esok.
tapi dua tiga hari lalu aku cemburu.
takut kehilangan pada orang sudah mula aku harapkan.
akan ada hari esok untuk aku labuh baik & burukku.
akan ada hari esok untuk aku khabar indah & petaka.
akan ada hari esok untuk aku kongsi & laksana semua.
akan ada hari esok untuk aku bilang kau saja yang aku sayang.
aku kembali berharap.
separuh, cemburu itu petanda baik.
mungkin kerana kau, hatiku berdegup kembali.
tapi aku ngerti, jika esok Ilahi tarik kasih kau dari aku.
Itu mutlak keputusanNya.
apapun separuh, terima kasih, kerana kau ada sejak semalam,
harap esok kau masih bilang sayang sama aku.
(dan tolong tuhan, biar sampai tamat nafasku)
Tuesday, July 28, 2009
We're all returnable to Him, permanently
No, we didn't lose her completely.
Her remarkable masterpieces are here to stay with us.
And shall be pass on to our future generations.
Make your children watch her films & commercials,
Let their hearts be touched like Kak Min had touched ours.
Yes, we only return her back to Al Mighty. And that's the best thing of all,right?
Where she will be happily conversing about everything with Allah, of course optimistically.
And someday, InsyaAllah we could join them, you know?
And dear Kak Min, please send my love to my parents too, ok?
Yes, that's how i like to remember Kak Min (after couple of days of being stunned).
Wednesday, July 22, 2009
Pesan Adik jika Dia menemui ajal dahulu "Na, belajar la drive, dalam family na sorang je takut bawa kereta"
but yeah cici's so called WILL stuck in my head since she told me so.
Tuesday, July 7, 2009
Esok, genap 730 hari ibu & ayah bersama Yang Empunya Hidup & Mati
" tengok anak-anak Mah tu, tak pernah lupakan Mah, Alhamdulillah"
Kebenarannya, doaku tak pernah lekang buat arwah ibu & ayah.
tak pernah sehari pun aku tidak mengenangkan mereka.
mereka ada dalam hati. ada dalam darah. ada dalam raut wajahku.
aku pasti begitu juga dengan adik-beradikku yang lain.
Ya Ilahi, rahmatilah ibu & ayahku yang telah pulang ke pangkuanMu.
dan pesan pada mereka, aku terlalu rindukan mereka. tunggu saja kedatanganku nanti ya.
(harapku pastilah syurgaMu tuhan)
Thursday, July 2, 2009
nikmat melimpah ruah
ahlil saudara & para sahabat pada si bumi.
aku dapat lihat kerut matanya. manis bibirnya.
kemungkinan aku juga dapat rasa sama gementarnya.
*muka bumi- raut & ekspresi wajah encik jari kematuan
Wednesday, June 17, 2009
cari makan
where will i go from there?
buru rezeki, haruskah kujejaki:
a) tambak johor. lahirnya aku di jalan storey?
b) pulau singapura. bertaukey si sepet lagi?
c) kuala lumpur. arwah ibu bersemadi?
i'm worried.
i'll be broke in a month time.
i'm worried.
i have to save as much as i can now.
i'm worried.
i lost appetite.
i'm worried.
i feel a bit broken inside.
i'm worried.
i'm worried.
i'm worried.
i'm worried.
i'm worried.
i'm worried.
i'm worried.
Ya Ilahi, have faith in me, tolong tuhan.
Saturday, May 30, 2009
Words of Wisdom from the Qur'an
- Respect and honour all human beings irrespective of their religion, color, race, sex, language, status, property, birth, profession/job and so on [17/70]
- Talk straight, to the point, without any ambiguity or deception [33/70]
- Choose best words to speak and say them in the best possible way [17/53, 2/83]
- Do not shout. Speak politely keeping your voice low. [31/19]
- Always speak the truth. Shun words that are deceitful and ostentatious [22/30]
- Do not confound truth with falsehood [2/42]
- Say with your mouth what is in your heart [3/167]
- Speak in a civilized manner in a language that is recognised by the society and is commonly used [4/5]
- When you voice an opinion, be just, even if it is against a relative [6/152]
- Do not be a bragging boaster [31/18]
- Do not talk, listen or do anything vain [23/3, 28/55]
- Do not participate in any paltry. If you pass near a futile play, then pass by with dignity [25/72]
- Do not verge upon any immodesty or lewdness whether surreptitious or overt [6/151].
- If, unintentionally, any misconduct occurs by you, then correct yourself expeditiously [3/134].
- Do not be contemptuous or arrogant with people [31/18]
- Do not walk haughtily or with conceit [17/37, 31/18]
- Bemoderate in thy pace [31/19]
- Walk with humility and sedateness [25/63]
- Keep your gazes lowered devoid of any lecherous leers and salacious stares [24/30-31, 40/19].
- If you do not have complete knowledge about anything, better keep your mouth shut. You might think that speaking about something without full knowledge is a trivial matter. But it might have grave consequences [24/15-16]
- When you hear something malicious about someone, keep a favorable view about him/her until you attain full knowledge about the matter. Consider others innocent until they are proven guilty with solid and truthful evidence [24/12-13]
- Ascertain the truth of any news, lest you smite someone in ignorance and afterwards repent of what you did [49/6]
- Do not follow blindly any information of which you have no direct knowledge. (Using your faculties of perception and conception) you must verify it for yourself. In the Court of your Lord, you will be held accountable for your hearing, sight, and the faculty of reasoning [17/36].
- Never think that you have reached the final stage of knowledge and nobody knows more than yourself. Remember! Above everyone endowed with knowledge is another endowed with more knowledge [12/76]. Even the Prophet [p.b.u.h] was asked to keep praying, "O My sustainer! Advance me in knowledge." [20:114]
- The believers are but a single Brotherhood. Live like members of one family, brothers and sisters unto one another [49/10].
- Do not make mockery of others or ridicule others [49/11]
- Do not defame others [49/11]
- Do not insult others by nicknames [49/11]
- Avoid suspicion and guesswork. Suspicion and guesswork might deplete your communal energy [49/12]
- Spy not upon one another [49/12]
- Do not backbite one another [49/12]
- When you meet each other, offer good wishes and blessings for safety. One who conveys to you a message of safety and security and also when a courteous greeting is offered to you, meet it with a greeting still more courteous or (at least) of equal courtesy [4/86]
- When you enter your own home or the home of somebody else, compliment the inmates [24/61]
- Do not enter houses other than your own until you have sought permission; and then greet the inmates and wish them a life of blessing, purity and pleasure [24/27]
- Treat kindly " Your parents " Relatives " The orphans " And those who have been left alone in the society [4/36]
- Take care of " The needy, " The disabled " Those whose hard earned income is insufficient to meet their needs " And those whose businesses have stalled " And those who have lost their jobs. [4/36]
- Treat kindly " Your related neighbours, and unrelated neighbours " Companions by your side in public gatherings, or public transportation. [4/36]
- Be generous to the needy wayfarer, the homeless son of the street, and the one who reaches you in a destitute condition [4/36]
- Be nice to people who work under your care. [4/36]
- Do not follow up what you have given to others to afflict them with reminders of your generosity [2/262].
- Do not expect a return for your good behaviour, not even thanks [76/9]
- Cooperate with one another in good deeds and do not cooperate with others in evil and bad matters [5/2]
- Do not try to impress people on account of self-proclaimed virtues [53/32]
- You should enjoin right conduct on others but mend your own ways first. Actions speak louder than words. You must first practice good deeds yourself, then preach [2/44]
- Correct yourself and your families first [before trying to correct others] [66/6]
- Pardon gracefully if anyone among you who commits a bad deed out of ignorance, and then repents and amends [6/54, 3/134]
- Divert and sublimate your anger and potentially virulent emotions to creative energy, and become a source of tranquility and comfort to people [3/134]
- Call people to the Way of your Lord with wisdom and beautiful exhortation. Reason with them most decently [16/125]
- Leave to themselves those who do not give any importance to the Divine code and have adopted and consider it as mere play and amusement [6/70]
- Sit not in the company of those who ridicule Divine Law unless they engage in some other conversation [4/140]
- Do not be jealous of those who are blessed [4/54]
- In your collective life, make rooms for others [58/11]
- When invited to dine, Go at the appointed time. Do not arrive too early to wait for the preparation of meal or linger after eating to engage in bootless babble. Such things may cause inconvenience to the host [33/53]
- Eat and drink [what is lawful] in moderation [7/31].
- Do not squander your wealth senselessly [17/26]
- Fulfil your promises and commitments [17/34]
- Keep yourself clean, pure [9/108, 4/43, 5/6].
- Dress-up in agreeable attire and adorn yourself with exquisite character from inside out [7/26]
- Seek your provision only by fair endeavour [29/17, 2/188]
- Do not devour the wealth and property of others unjustly, nor bribe the officials or the judges to deprive others of their possessions [2/188]
All the words written above are the words of Allah written in Quran. The things which Allah told us to do is called Fard/ Faraz. And the things Allah told us not to do are Haram. So the above verse are also Farz. This is a kind reminder for us not forget to apply it in our daily lives, InsyaAllah.
source : I LOVE ALLAH.com
Monday, May 25, 2009
As Sabur
walau terasa hati calar merata.
benar sungguh sabda tuhan.
hanya sabar sahaja bisa kuatkan aku.
"perlu bagaimana lagi aku harus turutkan? hingga seperti sapi tua hilang punca susunya?
lebih elok, korbankan sahaja nyawanya. sapi tua itu terasa sudah tidak berdaya"
tapi bila iman kembali menemani hati, bilangnya
"As Sabur. Al Mubarakah. As Saburkan dirimu."
Thursday, May 21, 2009
ONCE A UPON A DREAM, I'D STUMBLED ON REALITY
and it hit me hard & cold straight into
my veins & right through my soul.
there are never everlasting sweet dreams,
there are always neverending nightmares.
Thursday, May 14, 2009
TAGGY TAGGED
- Bekas kekasih saya adalah : orang yang lucu & suka main game 24/7.
- Saya sedang mendengar : hati berbicara. eceh.
- Mungkin saya patut: cari duit lebih untuk masa hadapan daripada jawab soalan-soalan ni. hehek.
- Saya suka : berfantasi ketika menghadapi masalah.
- Sahabat-sahabat baik saya : sangat penting dalam hidup saya.
- Saya tak paham : soalan Al Gebra. susah kan kan kan.
- Saya kehilangan : ibu & ayah ketika berusia 23 tahun.
- Ramai yang berkata : wang bukan segalanya. tapi segalanya perlukan wang, kan?
- Makna nama saya : Yang Sentiasa Diberkati.
- Cinta itu adalah: semulajadi dan berfungsi tanpa disedari. tanpa dipinta. walaupun dalam suka atau duka. pergh. hehehe
- Di suatu tempat, seseorang sedang : menipu sang isteri dan berdating dengan kekasih songsangnya. takutnyek.
- Saya akan cuba : terus belajar dan tolong ramai orang selagi belum mati.
- Ayat SELAMANYA membawa maksud : kekal & hakiki milik Tuhan. kita tak ada satu pun selamanya. semua pinjaman belaka.
- Telefon bimbit saya : tak best sebab camera tidak berfungsi..rosak.. sheesh!
- Bila saya terjaga dari tidur : saya nak tidur balik tapi tak boleh.
- Saya paling meluat apabila : orang kerek berbual dengan saya.
- Pesta/Parti adalah : seronok kalau ada banyak tanglung warna-warni.
- Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : ikan lumba-lumba, obor-obor,beruang panda & babi.
- Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 13- 21 tahun.
- Hari ini : Alhamdulillah, kurang panas.
- Malam ini saya akan : tidur awal kerana pening kepala.
- Esok pula saya akan : mencari rezeki. InsyaAllah.
- Saya betul-betul inginkan : keberdayaan dan semangat ketika menghadapi dugaan.
- Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini : saya rasa tak perlu sikat rambut. ehek.
- Pusat membeli-belah atau arked permainan : seronok tapi kalau ramai orang saya jadi rimas.
- Makanan Barat atau Jepun : memang menjadi kegemaran saya.
- Bilik yang terang atau gelap : perlu ada peredaran udara. saya tak tahan panas atau sejuk. kena sedang elok jek. ehek
- Makanan segera adalah : enak! ringkas! tetapi kurang berkhasiat
- Ayat terakhir yang saya katakan pada seseorang? : set. wa on je.
- Siapa yang saya nak Tag?: saya malas plak nak tag sesape. maaf rakan yg mengeTAG. ia berakhir di sini. hoho
Tuesday, May 12, 2009
kamariah
Sunday, May 10, 2009
hari ratu hati
pada ibu yang sedang mengandung. pada bakal ibu-ibu di masa hadapan.
(umumnya pada semua wanita, termasuk diriku InsyaAllah!)
aku hanya mampu mendoakan yang baik-baik buat ibuku yang kini disamping Maha Esa.
tapi kenangan-kenangan bersama arwah ibu sedang membuatku tersenyum sendirian.
oh ya, err (dengan tidak segan silu) kirimkan salam tumpang sayangku buat ibumu boleh?
Saturday, May 9, 2009
aku sifat nombor 7, kamu?
- Peragut
- Penyebar
- Pengemis
- Pembodek
- Penganggur
- Penakut
- Pelupa
ok sifat nombor 6 pun aku. aku rasa selalunya aku terlalu berhati-hati hingga menimbulkan sifat nombor 6 itu. sampai ada pekara yang elok pun aku takut nak mencuba. aku seharusnya lebih berani, yakin & optimis.
erm nombor 5 boleh terjadi kalau aku kurang produktif 2 - 3 bulan akan datang ini. ramai orang tertekan kerana ini. ini adalah antara sifat yang aku risaukan. kalau putus kerja, banyak pekara tertunggak. mungkin boleh menyebabkan kemunduran hidup.
dan aku tak boleh nak mengaplikasi sifat nombor 4 untuk naik pangkat. aku tak faham ada orang boleh memijak orang lain untuk diangkat darjat dalam pekerjaan. maaf kualiti kerja aku lebih penting daripada kuantiti membodek boss.
aku paling risau dengan nombor 1. mengapalah ada orang sanggup meragut? tak tahukah mereka orang yang diragut pun bukan senang mana pun? kalau ibu mengandung pun masih larat bekerja mencari rezeki, lagikan lelaki yang sihat, tidak mahu berusaha, malas lalu meragut? sekaligus boleh dianggap penjenayah. malah pembunuh. ini juga mungkin faktor daripada nombor 5? tapi resesi ekonomi bukan alasan menjadikan kita orang jahat kan? nombor 1 ada sub1- penjenayah & sub2 - pembunuh.
nombor 2 pula lebih kepada virus influenza A yang tersebar di seluruh dunia. walaupun aku bukan golongan yang makan atau dekat dengan haiwan penyebar itu pun, aku masih risau. ini adalah antara petanda awal, kecenderungan pinjaman waktu dunia hampir tamat. dengan gelombang haba lagi. dengan peperangan yang tidak sudah. dengan sifat-sifat jahat lebih penting daripada sifat-sifat baik. maka memanglah aku semakin risau.
pesan arwah ibuku, lebih baik kamu tahan atau paling selamat, mintalah dengan elok, jangan sesekali mencuri. maka aku hormat dan kasihan golongan nombor 3. aku tahu banyak sindiket menggunakan golongan susah atau kurang upaya untuk mendapatkan wang derma daripada orang ramai. tapi terfikirkah kamu, untuk menebalkan muka meminta sedikit derma untuk makan mungkin untuk hari itu sahaja satu keberanian? daripada dia mencuri? lebih baik dia minta dengan baik kan? aku tetap kasihan. tak sampai hati. maka dermalah seikhlasnya. adakala aku lebih suka menderma barangan atau membelikan makanan daripada derma wang terus pada mereka. antara pengemis itu benar meminta pertolongan atau menipu kita, Allahualam. yang penting kita ikhlas menderma, demi membantu sesama manusia, insyaAllah.
ada banyak lagi sifat yang boleh dikupas rasanya. tapi 7 sifat di atas sudah cukup membuatkan aku terasa sentiasa lemah dan kerdil di sisi Tuhan. namun sifat nombor 7 selalu benar berdamping dengan aku. aku tak tahu mengapa, mungkin aku terlalu leka? terlalu berfikir hingga terlupa pekara-pekara yang lebih penting dalam hidup? ya Allah simpangkanlah sifat-sifat ini daripada menular dalam diri aku dan hamba-hambaMu yang lain. jadikanlah semua baik, semua murni untuk semua, InsyaAllah.
Haish haish haish. takut. nombor 6 lagi. haish tak abis-abis takut. haish!
Tuesday, May 5, 2009
doa si langit
Saturday, May 2, 2009
porky pork pork
no. no. no. saya tidak pegang babi.
no. no. no. saya tidak diserang selsema virus babi.
cuma saya suka rupabentuk sang babi. pada saya babi itu chumel. haiwan yang unik.
malah tidaklah pula dalam Al Quran mengatakan sekiranya ia haram ia turut hina kan? mengapa perlu kita menghina babi atau menyamakan manusia dengan babi setiap kali dalam keadaan marah?
babi juga ciptaan tuhan. ;) manaboleh kita mengherdik ciptaan tuhan kan? kita perlu menjauhinya sahaja. semasa kecil dahulu, saya menyukai miss piggy selain kermit dan karekter-karekter lain daripada siri televisyen the muppets show.
tapi benar, jika sudah tuhan memerintahkan jangan makan atau mendekati babi, pastilah bersebab. tuhan uji. kita kaji. mengapa perlu dihindari. mengapa perlu ikut sunnah. selain mendapat pahala. seperti sekarang, terbukti, secara saintifik, babi mengeluarkan virus swine yang boleh membunuh manusia. dan virus swine kini sedang tersebar luas di mexico, usa dan mungkin juga sedang menyerang asia?
virus swine telah tersebar pada tahap 5. kalau masuk tahap 6? paling kritikal dah tu. bahaya kan? kan? kan? hati-hati ya kawan-kawan.
tu la sesetengah manusia degil, sudah kata bahaya, nak juga. inilah padahnya.
daging si lembu, kambing & ayam sedap pe? nak gak porky pork. ;P
Monday, April 27, 2009
ragut jantung tika bernafas
aku pernah.
DUA KALI.
bukan. bukan aku mati hidup semula.
aku rasa jantung aku diragut keras dalam sekelip mata
tapi masih bernafas. masih bernyawa. masih berdegup.
tapi perit. sakit. pedih yang amat.
aku rasa semua itu bila tuhan menjemput ibu dan ayahku pulang ke pangkuanNya. dalam redha. kadang rindu. kadang terasa kembali sisa ragutan itu.
kini salah seorang sahabat handaiku sedang melaluinya. takziah aku ucapkan.
aku pernah bersalam dan berbual dengan arwah ayahnya, pak rahman.
dalam usia yang lanjut, masih mesra pekertinya. walaupun dalam sakit.
aku faham perasaan sahabatku itu. antara lebih parah atau lebih redha dari aku yang terlebih dahulu merasai kehilangan ayah dan ibuku sendiri.
tapi aku tahu, walaupun berjuta orang berkata "sabarlah, dia di tempat yang lebih baik"
kenyataannya, kehilangan ibu & ayah memeritkan. tolong jangan samakan dengan kau yang baru putus bercinta. tolong jangan samakan dengan kau yang kematian kucing peliharaan. aku kehilangan ibu & ayah. tak sama, oleh itu jangan cakap kau faham. tolong biarkan aku. tolong doakan sahaja ibu & ayah aku. tolong jangan cakap kau faham walaupun mungkin benar kau faham. itu raungan emosi aku dulu. lama aku menggigil menerima kenyataan. lama benar. ke tahap tiada orang dapat menenangkanku. kasihan pada ramai orang yang mencuba. mereka tahu mereka siapa. aku ucapkan terima kasih kerana cuba memahami dan mahu bersama dengan aku ketika kesedihan.maafkan aku ya?
sememangnya ia satu fasa kehidupan yang harus dilalui. bila tiba waktu masing-masing, semua orang akan merasainya. antara lewat atau pintas. atau kita yang dahului menemui tuhan dari ibu bapa atau yang lain-lain. Allahualam. yang kita dapat lakukan adalah redha dan teruskan hidup. aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan arwah ayah kawanku. dan juga menjaga kebajikan sahabatku itu sedaya boleh sebagai seorang kawan, insyaAllah. na sayang ziela sangat. ;)
sejujurnya, aku sedang kaku dan seperti mengimbas kembali apa yang aku lalui dua tahu lepas. hanya TUHAN saja tahu rasanya. hatiku sedang menangis untuk seorang sahabat. dan insyaAllah aku akan sentiasa mendoakan arwah pak rahman dan juga ziela sekeluarga.
Thursday, April 23, 2009
fikiran rawak sembilan dua puluh tujuh malam
- saya rindu untuk ke acara "starlight cinema". baru dua kali saya turut serta sepanjang hidup saya. menonton filem secara terbuka di padang terbuka, beratapkan langit malam dan sejuk bumi sebagai tempat berlabuh. dan jika boleh, mestilah mahu bersama teman istimewa.
- saya mahu jadi "tinkerbell", saya mahu hidup di dunia fantasi neverland. tapi saya tidak mahu menjadi orang kanan peter pan. saya mahu berkawan rapat dengan captain hook. escapisme ke alam fantasi penting untuk menghilangkan tekanan hidup selain berdoa pada tuhan.
- saya sekarang suka catu pengambilan makan & minum. bukan untuk orang lain. untuk diri sendiri. dulu 3 cawan kopi sehari. sekarang cukuplah satu cawan kopi setiap hari. misi tidak makan nasi sepuluh hari sedang beroperasi. semua untuk kesihatan.
- saya merasai gelombang haba dari bumi. secara zahir dan batin. bahang luar dalam. cukup meresahkan.
- saya mungkin tidak suka pada haiwan tapi saya tidak pernah menyakitinya. saya masih punya perikemanusiaan. dan saya gemar menonton dokumentari haiwan di saluran national geographic. saya juga penderma tetap persatuan WWF. ironik juga, tak suka tapi mahu memelihara kewujudan mereka.
- saya merindui nur baizura & nurhaslina, dua sahabat baik saya. seorang di desaru, seorang sedang mengerjakan umrah. kadang-kadang keluarga dan kekasih pun tidak boleh menenangkan kita, tapi selalunya sahabat bisa. kenapa ye?
- saya tidak suka pada diri saya sendiri bila sedang tertekan. sila jauhi saya ketika bersituasi sebegitu rupa. seperti saat ini.
Saturday, April 18, 2009
i'm never bored or sick about you
this was my 1st attempt on directing. amateur. but we had jolly good time producing it. we work hand in hand with the juniors and seniors of film, theatre & music departments in faculty of performing arts, UITM.
it even won best music video on hari karyawan 2004. nothing much though but we were really proud of it because we work as one. thank you my friends.
i miss studying. i want to go back to those old good moments in faculty...with supportive and sporting lecturers..with dear crazy friends.. i love everything and every moment there. i love screen arts. i love film. i love theatre. i love music. i love what i've learnt...i've grown so much spirtually, artistically, and insyaAllah intellectually. i want to go back! time machine where are you?
i want to be 19 again. naive and hungry. driven and passionate.
where did my spirits go?
but i can never be bored or sick about screen arts, can i?
*gian berkarya. kekawan bile nak produce short film lagi?? agak-agak we will work together lagi tak?? ;(
Thursday, April 16, 2009
antara aura & semangat
barangkali 7 daripada 10 orang yang saya temui, akan cepat mesra dengan saya. bagaikan sudah saling mengenali sejak kecil (tapi mungkin ada yang tak suka saya kot? manalah tau, kita tak boleh puaskan hati semua orang kan?), apatah lagi kalau anda memang rapat dengan saya. saya memang bersedia menjadi pendengar dan penghibur anda. saya sedaya mahu memberi nasihat & menolong anda jika Allah mengizinkan saya. khidmat yang tak perlu berbayar atau ucapan terima kasih. saya hanya mahu lihat senyuman di wajah anda. kerana saya cuma mahu memanafaatkan perhubungan yang kita jalinkan. sebagai seorang adik, sebagai seorang kakak. sebagai seorang kawan. sebagai seorang kekasih. sebagai seorang manusia. bila anda bahagia, saya ceria!
dan sudah ramai mengatakan saya ada aura. aura positif saya pada orang yang saya bertemu dan berkawan..muka saya tak pernah nampak suram kelam kesedihan. saya tidak mahu sesiapa tempias sedikit pun kemurungan yang kadang-kadang saya harus hadapi. pasang surut kehidupankan? takkan semua cantik dan menarik saja kan?
tapi yang semua tidak perasan, adalah semangat saya, ia sudah lama pudar. saya sebenarnya rasa kehilangan jiwa. eh jangan risau, bukan saya cuba meraih simpati. saya akan tetap mesra alam anda semua. saya akan pastikan anda terus gembira dengan saya.
cuma saya juga manusia. nana ini, nana yang anda dikenali, yang pernah digelar Misss Happy Go Lucky ini, yang dipanggil Aura Positif ini sebenarnya menggigil terasa perit hingga ke dasar hati kerana rasa kosong dan kehilangan. kadang rasa bernyawa tapi tidak berjiwa. saya tidak sekuat seperti yang anda rasa. saya sebenarnya lemah di dalam. cuma tidak tahu bagaimana mengeluarkan dan suarakan pada orang lain.
maafkan saya jika terlalu emosi. semangat saya itu Arwah Ibu. saya terlalu merindui arwah ibu. saya tahu jikalau saya meraung atau saya menangis air mata darah sekalipun, saya tidak akan dapat ibu saya kembali. cuma saya rindu pada arwah ibu, tuhan. sampaikan kerinduanku ini pada arwah ibuku, tolong tuhan.
maafkan aura saya tidak menyinar hari ini. semangat saya yang sudah lama hilang sangat terasa hari ini. maafkan saya tuhan. tertewas dengan lamunan rasa.
Friday, April 10, 2009
owh yeah here it goes again
kekawan..ishk keluarga..jangan le gelakkan. jangan le ajak pi tempat2 makan baru tu. jangan le ingatkan tempat makan kite slalu pi pas abis kuliah tu, jangan le masak lelauk sedap macam asam pedas daun kesum, memang le kena makan dengan nasik. ish korang ni..kasi le aura positif bagi orang yang lemah semangatnya bila melihat makanan yang lazat-lazat..i need motivation! Good God, let me have a strong will power!
ehek..saya mahu cuba amalkan gaya hidup sihat & diet seimbang. owh yeah so here it goes again (percubaan menjadikan diri lebih sihat?)
Wednesday, April 1, 2009
the earthling is dying
Monday, March 23, 2009
do you notice?
then
Friday, March 20, 2009
to unleash my inner child
Saturday, March 14, 2009
اين بوكن چريتا دوڠيڠ
جواڤنڽ ماسيه مرڠكق-راڠكق
ساي ماهو ك تيڬ تمڤت برلاينن د دني
اينديا. اتلي. مقكه
كتيڬ-تيڬ نڬارا ممڤوڽاءي كقواتن بهاس يڠ اينده،سني يڠ تق تروچڤ دڠن كات
كيت مولاكن دڠن بسم اللهرحمننيررحيم.
ya sahabat-sahabat, ini translasinya:
adakah saya mahir membaca dan menulis jawi?
jawapannya masih merangkak-rangkak.
saya mahu ke tiga tempat berlainan di dunia :-
india. itali. mekkah.
ketiga-tiga negara mempunyai kekuatan bahasa yang indah, seni yang tak terucap dengan kata, budaya yang tulen dan unik. dan falsafah buat nurani yang melimpah ruah.
InsyaAllah saya akan jejakkan kaki ketiga-tiga negara tersebut sebelum saya kembali bertemu dengan Empunya Segalanya.
kita mulakan dengan Bismillahirahmannirrahim.
ini bukan cerita dongeng (rujuk tajuk nota ini)
نان المباركه سوليايمان
nana al mubarakah suleiman
Wednesday, March 4, 2009
satu sebelas pagi
rizal jose, seorang penulis dari filipina berhujah,
"mata pena lebih tajam daripada mata pedang"
pak agi, seorang sasterawan tanah air pula menyatakan,
"sebaris tinta, selautan makna"
anak suleiman, seorang pemikir non linear menaakul,
" lebih baik berdiam. tulis dalam hati. dan kongsi bila doa hanya pada DIA.
kerana tiada manusia akan bisa faham jiwa manusia sendiri"
Sunday, February 22, 2009
pinjamkan saya sejuta ketenangan
saya baru faham perasaan marah atau negatif itu hanya sia-sia hingga saya tidak sempat memohon kemaafan dari arwah ayah. rasa kesal dan sedih seperti mahu pergi ke waktu lampau memohon maaf dari ayah. seperti mahu tidak akan menyakiti hati mereka lagi. sudah terlambat. saya harus menerima ujian hidup ini. saya hanya berdoa agar ayah dan ibu telah memaafkan saya kerana saya selalu menyakiti hati mereka dahulu. dan sejak itu, saya berjanji tidak akan merasa hitam dalam hati. oleh itu, saya mahu timbangkan pros & cons setiap pekara. semua ada baik & buruknya kan? kita takkan selamanya membenci. selamanya menyukai. dan yang pasti tidak semua kekal. jika ada peluang, perbaiki dan perelokkan sahaja.
namun begitu, saya tidak menafikan sesuatu sekiranya terlalu memudaratkan atau sudah tercatat dalam sunnah. jika terang tidak betul atau tidak elok, saya akan terus terang sahaja. jika saya salah, beri saya kenyataan yang benar supaya saya juga tidak terus terpesong. tapi ya, kita hanya boleh nasihat, keputusan? terletak pada diri sendiri dan berdoalah Allah memberkati setiap pilihan yang kita buat. ada yang baik dalam buruk. ada yang buruk dalam baik.
Hidup ini sebulatnya pinjaman dari Ilahi. Sekelip mata jika Ilahi mahu ambil semula apa yang dipinjamkan. Masih banyak lagi baki pinjaman dariNya. Dia pinjamkan ahli keluarga & sahabat-sahabat untuk saya. Dia pinjamkan saya akal dan hati untuk menilai baik dan buruk. Dia pinjamkan saya semua rasa dan daya. Dia pinjamkan saya kesihatan fizikal dan pelbagai kebolehan. Dia pinjamkan bumi dan langit untuk saya teruskan kehidupan. Alhamdulillah. Maka itu, saya harus bersyukur.
Friday, February 20, 2009
one of the reasons for me to see tomorrow
my perut sakti, yaya and my chatter box, meen.
dulu ketika berusia 12 tahun sebelum saya dapat anak saudara saya yang pertama iaitu abang atau nama penuhnya zulfakar zulkafli, saya memang tak faham kenapa arwah mama saya, sehari pun dia susah nak lepaskan saya tidur rumah kawan. "mama..umah kawan tu satu taman je pun? lima minit dari je rumah kite?"
tapi bila saya sudah menjadi seorang makcik, auntyna kepada anak-anak saudara saya, barulah saya faham. ya Allah, sayang dan rindu dalam hati itu pada mereka, rasa macam nak terbang peluk dan takkan lepaskan mereka. saya baru faham rasa sayang terhadap seorang anak. aha baru anak saudara tak jumpa lama sikit dah mengagau, tak tahu le nanti anak-anak sendiri. itulah penangan kasih pada anak-anak kan. the overwhelming love you can feel. indescribable..
wahai anak-anak saudaraku....zulfakar, zulhairi, zuliyana, zulhafiz, zulaikha, ameer, jazmeen, sofeea dan tareeq..auntyna rindu sangat kat semua. auntyna rindu leeerrr, awak semua rasa jugak tak? paham tak auntyna rindu ni? hehehe i miss my nephews and nieces. thank you Allah, for this abudance of pure love. i love them to bits. rindunya kat awak semua. sayang sangat. kalaulah semua faham betapa berharganya awak semua pada auntyna. adeh..cair.. ;P
Thursday, February 19, 2009
sebelum nyanyuk
and speak fluently when i visit italy. err only God knows when.
hehe. i can't wait! heee soon my child, soon, insyaAllah.
don't ask me why. i got to do this before i die. i just got to.
oh my now i feel like watching cinema paradiso for the 7th times!
ayundo! ayundo ayundo mi amo!
Tuesday, February 17, 2009
hati hati sang hati
Saturday, February 14, 2009
25 random things about me
2. one of my earliest memories is when i was five years old,i went to the cinema for the first time watching "main-main hantu"with my sisters and bro in law.
3. i find it difficult to be close with anyone that i can’t be sarcastic with.
4. i just got a meaningful sms from one of my friend, haslina mohammad " Cantiknya matahari terbenam, Allahuakbar" how everyday ordinariness can bring such joy to us if only we learn to appreciate kan? how great Allah is..Alhamdulillah..and thank you ina. lebiu!
5. i can be romantic at times as a lover, but i'm much more manja & mushy-mushy with my girl friends. ;P macam kucing..miaoowww...
6. i was never jealous of my youngest sister, cici, i love her to bits from the day she was born. ye cici eventhough sometimes i just feel like strangling you so much!
7. i love number seven because its pronounced as NANA in japanese if i'm not mistaken. and seven is always stated in Al Quran. 7 heavens, 7 skies, Allah kan suka nombor ganjil. ;)
8. i'm obsessed with my digestion system. i feel my day is incomplete if i don't finish my big business in the loo. sistem penyahtinjaan..huhu berry berry cherry berry..
9. i'm still trying not to fart whenever i've taken my wudhuk for solat. susah btol nak control takot terbatal wudhuk & solat.
10. i love children and old citizens. i pray that one i'll have a home for the needy ones. insyaAllah.that's why i melt straight away with my nieces and nephews and becomes very fond of other people's parents. ;P
11. i don't favour animals and the only thing i can have as a pet, is fish, fighting fish would be my favourite. and that's that.
12. 100% of my previous relationships, including my current boyfriend said that i'm not good at "kiss and make up" part. tak pandai pujuk langsung pas bergaduh. haha. too bad. ;P
13. i can be very hardworking if i know i have plenty of time to laze later.owh yeah laziness motivates me.
14. i'm a bibliomaniac and film freak..i love reading and memorize so called philosophic and meaningful sentences and dialogues from books and films. it nurtures my soul ;)
15. i'm very bad at with road directions. please, i warn you, don't ever ask me for direction, even to my own place. yes i'm that bad.
16. two things i wish i could do for all of my life, backpack travelling and studying.
17. i laugh at myself all the time, especially when i’m down. my problems amuse me.
18. money spent on knowledge is never too much or wasted. knowledge once learnt, can never be taken away from you. i learnt this from my late mother.
19. eating, reading, watching films, shopping (even for things i don't need) and taking photographs are my escapism.
20. i'm usually labeled as a blur person but i'm actually observing other things at the same time. don't be surprised if i can say and pin point something that most of other people don't realize or notice them.be it a person/character/situation/etc.
21. i had asthma as a kid, cured but i have a very bad sinus and eczema now.
22. i prefer to exercise, long walk or hit the gym ( sedang membiasakan diri) rather than play sport esspecially futsal/tennis/netball. sorry mumbo jumbo team! i will always be your water/towel girl instead one of your player.ehehehe.
23. my bro in law just renewed my driving license for FIVE years, and yet, i'm still scared of driving. eheh.but i would love to own a 4wd someday!
24. when my loved ones ask me “what’s wrong?” my mind immediately blanks out. my inability to share my problems made me turn to sleep and dream about them. no wonder if people say i talk even curse in my sleep.
25. i'm against man when they dye or straighten their hair. and i hate man wearing PINK.. man who are too conscious over their own looks is a big turn off. man with tanned rather fair skin and have goaty score more points in my list. eceh.
Saturday, January 31, 2009
sang pari-pari
ziela,ker,fafa,bye
ketika berusia 21 tahun, berposing untuk saya,
untuk kelas cinema photography di putrajaya,
tahun pertama ijazah kreatif & artistik,
uitm shah alam, 2005
saya tidak tahu bagaimana ingin menteraikan dengan kata-kata. betapa saya menghargai persahabatan mereka. betapa saya menyayangi mereka. betapa pentingnya mereka dalam hidup saya. sebahagian daripada kewujudan saya di bumi ini.